Kerajaan PKR Selangor tidak tahu malu – Shahrizat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LANGAT 26 Nov. – Cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya peruntukan kebajikan yang disediakan kerajaan Pusat diserahkan kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap sebagai memalukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia kerana cadangan itu merupakan jalan mudah bagi menutup kecuaian kerajaan PKR dalam menyediakan peruntukan kebajikan yang cukup kepada rakyat negeri ini.

Justeru kata Shahrizat, Abdul Khalid sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

‘‘Minta maaf. Kalau dia hero dialah kena jaga orang Selangor. Ini minta duit dari kementerian saya yang wanita ni dan kemudian kata pada rakyat, ini duit aku bagi. Banyak cantik. Tak malu,” katanya.

Shahrizat ditemui selepas menyampaikan bantuan Program Gempur Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Kampung Bukit Changgang di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 110 Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar dan Miskin di Parlimen Sepang yang berdaftar di bawah Sistem e-Kasih menerima bantuan NKRA berupa bakul nutrisi, set uniform sekolah, tilam dan bantal serta sumbangan RM300.

Hadir sama Pengerusi Program Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Sepang merangkap Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Marsum Paing.

Shahrizat mengulas cadangan Abdul Khalid agar kerajaan Pusat menyerahkan peruntukan tersebut kepada kerajaan PKR Selangor untuk diagih-agihkan kepada rakyat di negeri ini bagi mengelak pentadbiran berlapis dalam satu majlis di Shah Alam pada 23 November lalu.

Terdahulu, Shahrizat dalam ucapannya sekali lagi melahirkan rasa kesal kerana ramai penerima bantuan kebajikan yang layak di negeri ini tidak mendapat peruntukan secukupnya kerana peruntukan disediakan kerajaan negeri terlalu sedikit.

Beliau berkata, ini memandangkan kerajaan PKR Selangor hanya menyediakan RM14.6 juta berbanding kira-kira RM100 juta oleh kerajaan Pusat.

‘‘Bagi sana sikit, bagi sini sikit. Lepas tu kalau cakap, tak nak kalah. Mana boleh macam tu. Bayangkan bagi pada ibu tunggal RM100. Itu pun sekali saja setahun. Kalau sebulan baru RM8 lebih. Mana cukup,” katanya.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
duit kerajaan pusat bkn duit umno lah.
tak malu gak la minah ni pun.
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
wei Shahrizat ko tu menteri ... kena la jaga rakyat tak kira dari mana parti ~X(~X(
 

nikcashworld

Super Active Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
9,007
Reaction score
5
Points
65
mungkin budak tadika boleh jawab kot...tak payah la kita yg dewasa ni nak jawab...hooooo
 

LELAKI79

Banned
Joined
Dec 27, 2008
Messages
636
Reaction score
2
Points
15
wei Shahrizat ko tu menteri ... kena la jaga rakyat tak kira dari mana parti ~X(~X(
bakper nak bagi kat puak2 pembangkang buang duit jer selangor dah jadi negeri berkebajikan cam dalam manifesto pru ke 12 so gunua duit sendiri lah bakper nak mintak kat federal. sekarang dah dilaksanakan program e-kasih. sapa yang dapat manfaat?...orang umno jer ker?
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
org xpakai otak bile da brckp...memalukan dri sndri..
org umno stil anggap if xskong umno xbly dpt bantuan..beng ap
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
bakper nak bagi kat puak2 pembangkang buang duit jer selangor dah jadi negeri berkebajikan cam dalam manifesto pru ke 12 so gunua duit sendiri lah bakper nak mintak kat federal. sekarang dah dilaksanakan program e-kasih. sapa yang dapat manfaat?...orang umno jer ker?
duit fedral pon dtg dri rkyt gak..bkn org bn je bayo cukai..:))
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
274
Points
136
bakper nak bagi kat puak2 pembangkang buang duit jer selangor dah jadi negeri berkebajikan cam dalam manifesto pru ke 12 so gunua duit sendiri lah bakper nak mintak kat federal. sekarang dah dilaksanakan program e-kasih. sapa yang dapat manfaat?...orang umno jer ker?
adakalanya lawak juga baca ulasan lelaki79 ni.... :D
 

graynicolls

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
3,757
Reaction score
37
Points
30
bodhonye makcik menteri ni...
duit rakyat nk bg kat parti je...
kena gantung la rambut kau kat neraka nnti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register