BTC USD 40,393.9 Gold USD 1,867.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kerajaan pinda akta benarkan dana petroleum untuk beli vaksin

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906
1619067194520.png


Kerajaan pinda akta benarkan dana petroleum untuk beli vaksin​

Diterbitkan 21 Apr 2021, 6:35 pm

Dikemaskini 21 Apr 2021, 7:13 pm



Kerajaan telah meluluskan undang-undang untuk menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (Kwan) untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Ini dilakukan melalui pewartaan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 hari ini.
Menurut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.

Menurut seksyen 5 (c) akta itu, sumbangan boleh dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia yang mendapat royalti daripada petroleum dan sumber alam lain yang akan habis.

Sumbangan ke dalam Kwan juga boleh datang dari mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya merangkumi penyelidikan atau pengembangan sumber alam yang akan habis.
Ordinan darurat yang diwarta hari ini menambah subseksyen baru ke dalam Seksyen 6 akta itu, yang mana subseksyen (a) dan (b) menyatakan dana tersebut boleh digunakan sama ada untuk Dana Pembangunan atau pemberian pinjaman atau pendahuluan dengan syarat konsesi kepada kerajaan persekutuan atau pemerintah dari mana-mana negeri.

Seksyen baru (c) ini menyatakan dana Kwan boleh digunakan untuk "pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan brhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."

Pada 31 Mac lalu Putrajaya mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 yang memberi kuasa Perdana Menteri (PM), Ketua Menteri (KM) atau Menteri Besar (MB) meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

Ini bermakna ketua kerajaan dan ketua kerajaan negeri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.
Parlimen dan DUN digantung dari 11 Jan sehingga 1 Ogos susulan proklamasi darurat.

Sebelum darurat, sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri yang berhubungan dengan perbelanjaan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan atau Kumpulan Wang Disatukan bagi negeri.
Perbelanjaan tambahan pula memerlukan suatu Akta atau Enakmen atau ketetapan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan negeri (DUN) bagi negeri dan pengeluaran daripada mana-mana Kumpulan Wang itu.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906

Jelaskan kenapa guna dana amanah untuk vaksin, gesa ahli Parlimen DAP​


Dikemas kini 28 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 12:11PM · 0 Komen
parlimen__full.jpg
Parlimen perlu bersidang segera bagi membolehkan wakil rakyat dan seterusnya orang awam tahu mengapa kerajaan memerlukan dana tambahan RM16 bilion untuk membeli vaksin, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 April, 2021.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin perlu segera memanggil Parlimen bersidang bagi membolehkan wakil rakyat dan seterusnya orang awam tahu mengapa kerajaan memerlukan dana tambahan RM16 bilion untuk membeli vaksin, kata Dr Kelvin Yii.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata kerajaan mesti telus bagaimana dana tersebut akan dibelanjakan, dan sama ada ia dibenarkan.

Beliau mengulas kerajaan mewartakan pindaan terhadap penggunaan dana dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN ) untuk kegunaan pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang berkaitan.

“Mengikut Seksyen 5(c) Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, sumbangan boleh dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia yang mendapat royalti daripada petroleum dan sumber alam lain yang akan habis, dalam kata lain Petronas.


“Bermaksud dana amanah ini, yang diwujudkan dari sumber semulajadi negara, dikhaskan untuk kegunaan dan manfaat generasi masa depan,” katanya dalam kenyataan semalam. – 22 April, 2021.

MENYUSUL

 

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,862
Points
141
Guna dana parti amanah ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906
DARURAT | MP Klang Charles Santiago mempersoalkan mengapa kerajaan PN memanfaatkan Tabung Amanah Nasional sedangkan RM3 bilion diperuntukkan untuk pemerolehan vaksin #COVID19 di bawah Belanjawan 2021. #BeritaMkin

1619067778362.png


Kenapa guna dana amanah beli vaksin, apa jadi peruntukan RM3b?​

Diterbitkan 22 Apr 2021, 12:37 pm

Dikemaskini 12:43 pm



Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan mengapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memanfaatkan Tabung Amanah Nasional sedangkan RM3 bilion diperuntukkan untuk pemerolehan vaksin Covid-19 di bawah Belanjawan 2021.

Charles berkata, bahawa kerajaan perlu menjelaskan apakah ini adalah suntikan dana tambahan.
"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus bersikap terbuka, bertanggung jawab dan telus dalam cara kerajaan membelanjakan dana tersebut untuk kepentingan umum.

"Biar rakyat melihat butiran perbelanjaan itu," katanya.
Semalam, kerajaan menggunakan kuasa darurat untuk memanfaatkan Tabung Amanah Nasional dengan tujuan untuk pembelian vaksin.
Ini dilakukan dengan meminda Akta Tabung Amanah Negara (KWAN) 1988. Secara konvensyen, kelulusan Dewan Rakyat diperlukan tetapi badan itu kini digantung dan Putrajaya mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan.

Dana Amanah Negara dikumpulkan selama beberapa dekad lalu, dengan sebahagian besarnya adalah sumbangan syarikat minyak nasional Petronas.

"Dana ini adalah khusus dikhaskan untuk masa depan, mengapa harus gunakannya sekarang.

"Apakah kerajaan menghadapi kekurangan dana sehingga harus menggunakan dana yang dikhaskan untuk masa depan?" soalnya.
Menurut Laporan Tabung Amanah Nasional 2018, yang dibentangkan di Parlimen pada tahun 2020, dana ini mempunyai jumlah keseluruhan RM17.4 bilion.

Charles mempersoalkan sejauh mana Putrajaya berhasrat menggunakan kuasa daruratnya untuk membelanjakan wang tersebut.
Anggota parlimen DAP itu berkata, bahawa kerajaan seharusnya mengadakan sidang Parlimen dan memohon bekalan atau wang tambahan.

Bulan lalu, Putrajaya juga melaksankan kuasa darurat untuk mendapatkan dana tambahan dan memanfaatkan dana yang disatukan tanpa persetujuan Parlimen.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906
17jam lepas

Najib Razak

17j ·

Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) telah ditubuhkan pada 18 Februari 1988 di bawah Akta KWAN 1988.

Objektif penubuhan KWAN adalah untuk memastikan penggunaan optima hasil sumber-sumber asli Negara yang menyusut agar dapat memberi sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang.

Mengikut peruntukan Akta KWAN 1988, pihak-pihak yang wajar membuat sumbangan termasuklah PETRONAS atau sumber-sumber menyusut yang lain dan pihak yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan sumber-sumber alam semulajadi.

Sejak ditubuhkan, hanya pernah ada satu pengeluaran dibuat kerajaan iaitu sebanyak RM42 juta untuk projek projek pemeliharaan tanah dan ekosistem Wetland Sanctuary di Putrajaya.

Masa saya PM, tiada pengeluaran dibuat dari KWAN.

Malah saiz dana berkembang hampir 4 kali ganda dari RM4 bilion menjadi lebih RM16 bilion pada akhir tahun 2017 dalam tempoh saya PM hasil sumbangan lebih tinggi dari Petronas serta pulangan pelaburan yang tinggi.
Laporan Tahunan Kwan 2017: https://www.parlimen.gov.my/.../ST.112.2018%20-%20ST...

Namun hari ini, kerajaan PN telah menggunakan kuasa Darurat untuk wartakan satu pindaan ke atas akta KWAN untuk benarkan pengeluaran bagi pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin.
http://www.federalgazette.agc.gov.my/.../pua_20210421...

Ini berikutan satu lagi warta kerajaan PN pada masa darurat untuk gantung akta-akta kewangan negara supaya kerajaan boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan atau pemantauan parlimen.

Saya tiada masalah jika pindaan pada Akta KWAP hari ini adalah untuk tujuan vaksin Covid namun saya ada keraguan apa yang terjadi kepada peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam belanjawan tahun 2021 yang diluluskan dalam parlimen pada tahun lalu.

Namun kerajaan pernah beritahu kita bahawa peruntukan RM2 bilion sudah cukup untuk membeli vaksin bagi 83% daripada penduduk Malaysia manakala RM1 bilion diperlukan untuk kos penyimpanan dan pengagihan.

"Saya telah memohon dari Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) sebelum ini berilah anggaran harga kita (kerajaan), pada waktu itu kita perlukan RM3 billion untuk 70 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, tetapi sukacita (kini) kita dapat 82.8 peratus dengan komitmen harga RM2.05 billion," katanya."
https://www.astroawani.com/.../kerajaan-beli-vaksin...

Akan tetapi selepas darurat dilaksanakan PM8 secara tiba-tiba telah naikkan peruntukan RM3 bilion ini sebanyak 66% kepada RM5 bilion dengan alasan mahu memendekkan tempoh pemberian vaksin sebanyak 2 bulan dari Februari 2022 ke akhir tahun 2021.

"Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal iaitu pada suku pertama tahun 2022," katanya
https://www.astroawani.com/.../pemerkasa-kerajaan...

Kenapa pula perlu dana tambahan sebanyak RM2 bilion untuk pendekkan tempoh vaksin selama dua bulan sahaja?

Dan apa telah terjadi dengan peruntukan asal RM3 bilion untuk vaksin dalam bajet 2021, dana dari hasil penjualan aset negaram rizab-rizab tunai kerajaan lain seperti Khazanah Nasional dan BNM serta pinjaman baru kerajaan sebanyak RM75 bilion sejak tahun bermula sehingga dana KWAN yang dibina masa BN untuk generasi masa depan perlu dijarah?


1619067986110.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906
Bekas perdana menteri mempertikai apa terjadi dengan RM3 bilion yang sebelum ini diasingkan untuk membeli vaksin.

Kenapa perlu ‘jarah’ dana amanah untuk vaksin, soal Najib​





April 21, 2021 10:50 PM


Najib-Razak-Malaysia-Democracy-Forum-300321-FMT-1.jpg


Najib Razak berkata ketika beliau menjadi perdana menteri Kumpulan Wang Amanah Nasional berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion.

PETALING JAYA: Najib Razak mempertikaikan perlunya dana tambahan untuk membeli vaksin susulan ordinan darurat baharu diluluskan yang membolehkan kerajaan menggunakan kumpulan wang amanah kebangsaan bagi tujuan itu.

“Saya tiada masalah jika pindaan pada Akta KWAP hari ini adalah untuk tujuan vaksin Covid namun saya ada keraguan apa yang terjadi kepada peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam belanjawan tahun 2021 yang diluluskan dalam Parlimen pada tahun lalu,” kata bekas perdana menteri di Facebook.

Kenyataannya itu merujuk kepada jumlah yang telah diperuntukkan bagi pembelian vaksin.

Menurutnya, Putrajaya sebelum ini berkata peruntukan RM2 bilion itu mencukupi untuk memvaksin 83% rakyat Malaysia, manakala RM1 bilion akan digunakan untuk menyimpan dan mengagihkan vaksin berkenaan.



Bagaimanapun, selepas darurat diisytiharkan, peruntukan RM3 bilion untuk vaksin ditambah kepada RM5 bilion atas alasan kerajaan mahu mempercepatkan sasaran untuk memvaksin 80% daripada 32 juta penduduknya sebelum Disember dan bukan Februari 2022 seperti dirancang.

Najib menyoal kenapa tambahan RM2 bilion diperlukan untuk memendekkan tempoh vaksin itu sekadar dua bulan.

“Apa telah terjadi dengan peruntukan asal RM3 bilion untuk vaksin dalam bajet 2021, dana dari hasil penjualan aset negara (dan) rizab-rizab tunai kerajaan lain… sehingga dana KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) perlu dijarah?” soalnya.

Najib berkata tiada pengeluaran KWAN ketika beliau menjadi perdana menteri, malah ia berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion pada akhir 2017.

Kerajaan hari ini meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan.

Dana yang ditubuhkan pada 1988 dan diuruskan Bank Negara Malaysia itu dilaporkan mempunyai aset bernilai RM16.9 bilion setakat akhir 2017, dengan Petronas sebagai penyumbang paling penting.

Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini antara lain menyatakan dana itu boleh digunakan untuk pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan bagi epidemik sebarang penyakit berjangkit seperti dikhususkan di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)”.

Ordinan itu berkuat kuasa serta-merta.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906

DrPuad Zarkashi

1j ·

2 HARI TAMBAH HUTANG NEGARA RM6 BILION.

Hari selasa pinjam RM4.5 Bilion. Hari rabu pinjam RM1.5 Bilion. Dalam tempoh dua hari hutang negara naik RM6 Bilion (BNM).

Maka dalam tempoh 4 bulan 2021 (Januari-21 April) pinjaman yang dibuat oleh kerajaan PN ialah sebanyak RM75 Bilion.

Semalam kerajaan PN mewartakan ordinan baru darurat iaitu boleh guna RM16.9 bilion wang Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Antara penyumbang dana KWAN ialah hasil petroleum. Pengambilan dana itu untuk tujuan vaksin dan program imunisasi kebangsaan.

Lepas ni nak korek mana pula?
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,789
Reaction score
2,437
Points
201
geng sendiri pun persoal jugak tu. Kira ok lah orang persoal takkan nak setuju je apa Muhyiddin buat.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,521
Reaction score
12,890
Points
1,906
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register