BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Pilih Kad Pengenalan Berbanding Bantuan Tunai - RON95

Sponsored Post

Ujian Rintis MyKad & Dompet Digital Untuk Subsidi Petrol Bersasar Sudah Di Jalankan Selama 20 Bulan

Seperti yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 tahun ini, kerajaan dijangka akan memperkenalkan program subsidi petrol bersasar pada pertengahan tahun hadapan, apabila semua kajian dan ujian berkenaannya sudah lengkap dilakukan. Menjawab pertanyaan MP Kuala Krau, Kamal Ashaari berkaitan samada kerajaan hanya mengumumkan dahulu polisi tersebut sebelum menguji-kajinya kemudian, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata bahawa ujian rintis menggunakan MyKad dan dompet digital seperti Touch’n’Go eWallet dengan gabungan sistem PADU sudahpun bermula sejak 20 bulan yang lalu.

Menjawab lagi soalan berkenaan bagaimanakah subsidi bersasar ini akan berfungsi, beliau mengatakan bahawa sistem subsidi bersasar ini adalah gabungan kerjasama diantara Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan, dimana proses pengesahan kelayakan subsidi akan dikendalikan oleh kementerian beliau, manakala penetapan harga dua taraf petrol RON95 akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Petrol


Beliau juga berkata bahawa untuk masa ini, kedua-dua kementerian ini masih lagi sedang dalam proses menentukan cara terbaik untuk mengimplimentasi mekanisma subsidi ini, dan ia dijangka akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet pada pertengahan tahun ini, selari dengan pelan Belanjawan 2025 untuk memperkenalkan subsidi bersasar ini. Ia juga ditekankan bahawa pihak kerajaan sedar buat masa ini tentang beberapa kesukaran yang perlu dihadapi, khususnya untuk mereka di luar bandar yang mungkin tidak ada akses kepada sambungan internet yang diperlukan untuk pengesahan MyKad dan penggunaan dompet digital. Isu seperti cip ID yang rosak dan penyalahgunaan kad pengenalan juga sedang dibincangkan, dan pihak kerajaan nampaknya tekad dalam memastikan bahawa sistem subsidi ini mudah dan selamat digunakan oleh rakyat Malaysia.​
Kalau betul lah dah start buat kajian selama 20 bulan sedangkan kerajaan Madani baru nak masuk 24 bulan.
Ini membuktikan Rafizi menteri terpaling cemerlang.
Dalam diam2 rupanya “sistem sedang berjalan”.
Tabik Rafizi.
 
Kalau betul lah dah start buat kajian selama 20 bulan sedangkan kerajaan Madani baru nak masuk 24 bulan.
Ini membuktikan Rafizi menteri terpaling cemerlang.
Dalam diam2 rupanya “sistem sedang berjalan”.
Tabik Rafizi.

janji usaha ada. klu duk keluar statement setiap hari tapi 30thn tak de hasil pon tak guna gak
 
MyPAKW Berpotensi Di Gunakan Dalam Penyasaran Subsidi RON95 Tahun Depan

14.11.2024 - Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (MyPAKW) berpotensi digunakan dalam penyasaran subsidi RON95. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, MyPAKW mempunyai maklumat terperinci termasuk data Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Mengikut Daerah.

“Dengan adanya (MyPAKW) meletakkan angka ikut daerah berpotensi bukan sahaja terhad pada penyasaran tapi banyak perkara,” kata beliau ketika ditanya mengenai kemungkinan perbezaan jumlah bantuan mengikut daerah dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.

Terdahulu Sesi Townhall Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Daerah tengah hari tadi. Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.
1731565002082.png
 
Saya Dah Jumpa Bumipeda, Kata Fuziah Berkait Subsidi RON95

20.11.2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan sudah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) berhubung pelaksanaan mekanisme penyasaran subsidi RON95. Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata beliau sendiri berjumpa persatuan itu.

“Kalau tak ada jumpa itu mungkin dengan kementerian lain. Tetapi dengan KPDN saya sendiri jumpa, saya sendiri sahkan ada jumpa,” katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2025 peringkat kementerian.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Setiausaha Bumipeda, Hanny Julia Haron, berkata tiada sebarang sesi libat urus atau rundingan setakat ini antara kerajaan dan pihaknya atau wakil pengusaha stesen minyak berhubung pelaksanaan mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet bagi pembelian RON95. Hanny berkata, kerajaan sepatutnya mengadakan perbincangan bersama ekoran pihaknya adalah pemegang taruh utama yang akan berdepan langsung dengan rakyat dalam pelaksanaan dicadangkan. Sementara itu, Fuziah berkata dalam sesi libat urus KPDN bersama Bumipeda beliau meminta pihaknya berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara dibangkitkan persatuan berkenaan.

“Kita ambil berat apa dibangkitkan persatuan tersebut. Saya sendiri dengar ambil maklum,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 secara berperingkat pada pertengahan tahun depan dengan penjimatan daripadanya digunakan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak. Beliau berkata, 85% rakyat akan terus mendapat manfaat daripada subsidi kerajaan untuk 2025 yang dianggarkan berjumlah RM12 bilion.
1732101765171.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register