BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Pilih Kad Pengenalan Berbanding Bantuan Tunai - RON95

Sponsored Post

Ujian Rintis MyKad & Dompet Digital Untuk Subsidi Petrol Bersasar Sudah Di Jalankan Selama 20 Bulan

Seperti yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 tahun ini, kerajaan dijangka akan memperkenalkan program subsidi petrol bersasar pada pertengahan tahun hadapan, apabila semua kajian dan ujian berkenaannya sudah lengkap dilakukan. Menjawab pertanyaan MP Kuala Krau, Kamal Ashaari berkaitan samada kerajaan hanya mengumumkan dahulu polisi tersebut sebelum menguji-kajinya kemudian, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata bahawa ujian rintis menggunakan MyKad dan dompet digital seperti Touch’n’Go eWallet dengan gabungan sistem PADU sudahpun bermula sejak 20 bulan yang lalu.

Menjawab lagi soalan berkenaan bagaimanakah subsidi bersasar ini akan berfungsi, beliau mengatakan bahawa sistem subsidi bersasar ini adalah gabungan kerjasama diantara Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan, dimana proses pengesahan kelayakan subsidi akan dikendalikan oleh kementerian beliau, manakala penetapan harga dua taraf petrol RON95 akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Petrol


Beliau juga berkata bahawa untuk masa ini, kedua-dua kementerian ini masih lagi sedang dalam proses menentukan cara terbaik untuk mengimplimentasi mekanisma subsidi ini, dan ia dijangka akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet pada pertengahan tahun ini, selari dengan pelan Belanjawan 2025 untuk memperkenalkan subsidi bersasar ini. Ia juga ditekankan bahawa pihak kerajaan sedar buat masa ini tentang beberapa kesukaran yang perlu dihadapi, khususnya untuk mereka di luar bandar yang mungkin tidak ada akses kepada sambungan internet yang diperlukan untuk pengesahan MyKad dan penggunaan dompet digital. Isu seperti cip ID yang rosak dan penyalahgunaan kad pengenalan juga sedang dibincangkan, dan pihak kerajaan nampaknya tekad dalam memastikan bahawa sistem subsidi ini mudah dan selamat digunakan oleh rakyat Malaysia.​
 
Sebelum ..

Kerajaan Sedang Jalankan Ujian Rintis Penawaran Subsidi Petrol Bersasar Guna Dompet Digital

Kerajaan kini mengatakan sedang melakukan ujian rintis dalam menawarkan subsidi untuk petrol secara bersasar melalui penggunaan dompet digital. Ujian rintis subsidi bersasar ini dijalankan dalam memastikan golongan B40 dan M40 menikmati subsidi petrol, sementara golongan lain tidak salah guna subsidi berkenaan.

ePenjana Dompet Digital


Buat masa ini, ujian rintis ini masih pada fasa awal, dan pelbagai perkara sedang diteliti. Ini termasuk mengambil kira kaedah penggunaan dompet digital yang mungkin kurang digunakan di luar bandar, selain cabaran dalam mengimplementasi pemberian subsidi kepada individu dari golongan yang tepat. Langkah ujian pemberian subsidi bersasar ini dalam memastikan mereka yang berpendapatan tinggi atau dari golongan T20 membayar penuh tanpa subsidi, dan memastikan bantuan kerajaan mencapai golongan yang memerlukan.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register