Kerajaan Peruntuk RM48J Untuk Pengambilan Guru Ganti

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
31.10.2019 - Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM48 juta bagi pengambilan seramai 21,656 guru ganti pada tahun ini berbanding RM40 juta pada tahun lepas bagi mengatasi masalah kekurangan guru ketika ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Menurut Teo, perkara itu timbul disebabkan masalah ketidakseimbangan antara kekosongan yang ada berbanding jumlah guru yang menamatkan pengajian daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setiap tahun.

“Kalau saya boleh bagi contoh seperti keperluan guru di sekolah kebangsaan pada tahun ini melebihi 6,000 orang, tetapi mereka yang tamat pengajian di IPGM hanya 1,676 orang yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah pada November ini.

“Jadi untuk mengatasi masalah ini, kementerian mengambil inisiatif melatih guru interim pada Februari akan datang dan jumlah yang kita sasar seramai 3,000 orang untuk sekolah kebangsaan dan 800 orang lagi untuk sekolah jenis kebangsaan Cina,” katanya semasa sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan sentiasa bersedia memberikan peruntukan sewajarnya untuk pengambilan guru ganti ini mengikut kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Sementara itu, Teo berkata cadangan untuk mewujudkan perjawatan pengkeranian untuk meringankan beban tugas guru di sekolah masih dalam peringkat kajian.

“Buat masa ini, pendekatan guru interim telah dilaksanakan dan kita berharap bahawa tidak lama lagi kita dapat mewujudkan satu penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi isu itu,” katanya.

Pada awal tahun ini, kementerian itu dilaporkan bercadang memansuhkan tugas perkeranian dalam kalangan guru yang merupakan satu daripada lima inisiatif yang digariskan oleh kementerian bagi mengurangkan beban guru.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498073
 
Sponsored Post

oso050

Fun Poster
Joined
Feb 25, 2018
Messages
872
Reaction score
55
Points
20
mana yg interim bagus...bg deme ni peluang...Wujud kan KDC ...bg peluang...
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,229
Reaction score
397
Points
81
sementara kementerian kesihatan... nevermind hahaha..

tahniah kementerian pendidikan, dari dulu sampai sekarang always top priority.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,040
Reaction score
2,420
Points
191
yang kdc\kpli tu ada aura nak jadi cikgu ke??

ke sebab xde kerja baru nampak nak jadi cikgu??
 

Laici

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
4,945
Reaction score
481
Points
41
aku rasa banyak jer graduan lepasan pendidikan...cuma takde peluang jadi cikgu jer..

upsi tu berapa ramai keluar tak dapat interview..belum campur universiti awam dan swasta lagi..

member aku dulu, habis degree upsi, tunggu dekat setahun lebih baru dipanggil interview jadi cikgu..

realitinya, gomen duk berkira nak ambil guru tetap sebab jimat $$$$$..sama cam bebudak IPGM..kalau nak boleh jer tambah pengambilan, tapi kena habis $$$$ bayar elaun pulak
 

Epal10

Active Member
Joined
Jan 20, 2013
Messages
1,149
Reaction score
24
Points
25
yang kdc\kpli tu ada aura nak jadi cikgu ke??

ke sebab xde kerja baru nampak nak jadi cikgu??
skrg guru interim kontrak 5tahun xsalah, bru diserap itu pun jika lulus iv. ramai minta interim tapi x lepas, x mcm dulu last choice kpli
 

GPK1

Active+ Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,175
Reaction score
74
Points
30
Sementara itu, Teo berkata cadangan untuk mewujudkan perjawatan pengkeranian untuk meringankan beban tugas guru di sekolah masih dalam peringkat kajian.


dah berapa tahun kajian.... sampai aku dah boleh isi borang pencen
politaik ini semua
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,709
Reaction score
79
Points
30
Dlu awal2 mohon guru ganti dpt je, lpas setengah tahun jenuh mohon x dpt. Ppd da xde duit nak bayo, last2 terpaksa kawtim ngn pibg utk bayo guru ganti sbb da kurang sgt guru.
 

say-p

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2009
Messages
3,040
Reaction score
12
Points
25
Alasan gov utk jimatkan duit
 
Sponsored Post
Top
Log in Register