BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perpaduan Tidak Sekat Pelabur Melabur Di Negeri Pembangkang

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
c87c8163fa827358a7f557aa70c0cb576787b8c775b53

Datuk Azman Abidin

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyekat mana-mana pelabur untuk melabur di negeri yang ditadbir pembangkang.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata kerajaan Persekutuan juga tidak menentukan pelabur perlu melabur di negeri mana sebaliknya mereka sendiri yang akan memilih negeri mengikut kesesuaian.

"(Jika) Pelabur itu sendiri merasakan mereka sesuai di Perlis dan dapat kerjasama baik umpamanya, maka mereka boleh melabur di Perlis atau Kedah atau mana-mana negeri. Kita tidak menyekat mereka untuk melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri untuk menyerahkan sumbangan Ihsan MADANI kepada golongan memerlukan di kawasan Parlimen Kangar di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Terdahulu, Azman turut menyampaikan sumbangan itu kepada golongan memerlukan di kawasan Parlimen Arau dan Parlimen Padang Besar masing-masing di Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Dewan Seri Melati, Beseri.

Azman berkata kerajaan menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menjadi pemudah cara membantu pelabur yang ingin melabur di mana-mana negeri di negara ini termasuk negeri pembangkang.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register