BTC USD 48,849.4 Gold USD 1,784.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan perlu maklumbalas awam berhubung NKRA

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PETALING JAYA 18 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala hari ini meminta orang ramai memberikan maklum balas berhubung enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

"Kami mahu anda (orang ramai) beri maklum balas, agar dalam bidang mana yang kami buat kesilapan, kami mahu membetulkannya,” kata Idris yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) semasa pembentangan mengenai NKRA pada hari terbuka GTP di sini hari ini.

Hari terbuka GTP itu, yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bermula semalam dan berakhir hari ini.

Idris berkata, kerajaan menyedari bahawa orang ramai mempunyai banyak idea yang baik untuk dikongsi bersama mengenai enam NKRA itu.

Katanya, sebaik maklumbalas itu dikumpul, ia akan dikaji oleh pasukan NKRA sebelum ia diterbitkan.

Di bawah NKRA, beliau berkata, kerajaan mahu memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, menambah baik pengangkutan awam, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, memerangi rasuah, mengurangi kadar jenayah dan kemiskinan di negara ini. -
 

CG Sponsors




Top
Log in Register