BTC USD 61,863.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkenal PuTERA35 Untuk Angkat Martabat Bumiputera

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,898
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,898
Reaction score
6,856
Points
916
Awards
1
19.08.2024 - Kementerian Ekonomi memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dengan hala tuju baru pembangunan ekonomi bumiputera sebagai satu langkah proaktif mengangkat darjat dan martabat golongan terbabit. Menterinya Rafizi Ramli berkata pelan itu menggagaskan tiga teras yang sejajar dengan ekonomi Madani iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi, dan ketiga, menegakkan keadilan sosial.

“Berpaksikan semangat inklusif, kerajaan perpaduan komited untuk memastikan agenda bumiputera terus diberi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan sosioekonomi negara. Ini sama sekali tidak akan menafikan hak kaum lain, sebaliknya mampu memberi kesan manfaat kepada semua kaum dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara,” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran PuTERA35 yang disempurnakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi serta barisan jemaah menteri. Berdasarkan kenyataan media PuTERA35 dibangunkan dengan tiga tema iaitu penyertaan, pemilikan dan penguasaan (3P) bumiputera yang lebih bermakna. Pelan berkenaan juga disokong dengan tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiar yang pebih komprehensif, berani, berpandangan jauh serta lebih inklusif yang merupakan anjakan besar dalam membawa pembangunan bumiputera ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau. Justeru Rafizi berkata dia mengajak anggota kabinet, penjawat awam, pihak swasta serta yang lain untuk bersama-sama berusaha untuk memastikan apa yang diaspirasikan dalam PuTERA35 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Kita boleh ada perancangan yang hebat. Namun, perkara yang mustahak adalah kecekapan pelaksanaan demi keberkesanan rancangan yang dirangka.Pada Jumaat yang lepas, kita telah mendengar amanat perdana menteri supaya setiap daripada kita mesti mempunyai iltizam yang tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, serta bersedia untuk melaksanakan perubahan demi meningkatkan daya saing negara,” jelasnya.

Tambah ahli parlimen Pandan itu lagi, harapan besar bersama adalah supaya PuTERA35 akan melahirkan generasi bumiputera yang positif, progresif dan inovatif sekali gus mampu bersaing bukan sahaja di peringkat domestik malah di peringkat antarabangsa.
1724060504468.png
 
Sponsored Post

Anwar Akui 'Paling Kurang' Bicarakan Isu Bumiputera

19.08.2024 - Anwar Ibrahim hari ini mengakui dia antara perdana menteri Malaysia yang paling kurang bercakap mengenai soal dan dasar ekonomi bumiputera. Bagaimanapun, tegasnya, itu tidaklah bermakna dia tidak cakna terhadap isu berkenaan sebaliknya memilih pendekatan lain iaitu lebih berminat untuk melihat pelaksanaannya berjalan.

“Saya antara perdana menteri yang paling sedikit bicara soal bumiputera, dan dasar ekonomi bumiputera, kerana saya lebih berminat untuk memastikan pelaksanaanya daripada menghebahkan dasarnya.Sebagai contoh apabila kita sebut tentang dasar ekonomi bumiputera, kita ada Bandar Malaysia - satu tanah yang paling berharga dalam negara ini, dan dulunya kita terlepas pegangan. Sekarang kita wujudkan di bawah perbadanan dan sejak merdeka pada 1957, inilah pertama kali kerajaan Madani mengisytiharkan 50 ekar sebagai tanah rezab Melayu,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 di Putrajaya, hari ini.

751a0be75728d93c9fc42692e15b3609.jpg

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan anggota kabinet kerajaan perpaduan. Terdahulu Kementerian Ekonomi memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dengan hala tuju pembangunan ekonomi baru bumiputera sebagai satu langkah proaktif untuk mengangkat darjat dan martabat masyarakat berkenaan. Rafizi antara lain berkata pelan itu menggagaskan tiga teras yang sejajar dengan ekonomi Madani iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi, dan ketiga, menegakkan keadilan sosial. Anwar turut memberi gambaran betapa pendekatan kerajaan Madani adalah berbeza berbanding pentadbiran terdahulu. Dia turut menyinggung pihak-pihak yang menunggang nama bumiputera dan Melayu untuk mengaut keuntungan sendiri.

“Sebab itu saya katakan berbeza, simpang siur politik kita faham. Tetapi riuh-rendah siapa (lebih) Melayu, ini Melayu, itu Melayu tetapi kadang-kadang atas nama Melayu bumiputera itu juga hak bumiputera dan hak Melayu pun kita sakau. Kalau tidak badan-badan macam Bank Bumiputera (suatu ketika dulu) tidak sampai terlingkup. Saya beritahu perbadanan ini tentunya pembangunan untuk rakyat Malaysia,” jelasnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/716212
 
ikut la cara abahkaw...

projek bumiputera tapi kasi kt cina... pentaksub tetap kata kerajaan terbaik 😂
 
PuTERA35 Beri Anjakan Besar Pembangunan Bumiputera

19.08.2024 -
Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) diperkenalkan sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata selaras peredaran masa negara memerlukan satu pelan baharu yang akan memacu agenda Bumiputera ke tahap lebih baik serta jelas.

“Negara harus dipacu dengan tahap kelajuan yang lebih meyakinkan dan dalam masa sama, negara masih bertapak kepada kenyataan bahawa pemacuan ini tidak harus meminggirkan mana-mana pihak.

Kerangka pemikiran bahawa pemacuan ekonomi itu harus bersama dengan penyertaan seluruh rakyat tanpa meminggirkan mana-mana suku kaum atau wilayah, katanya dalam ucapan ketika melancarkan PuTERA35 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). PuTERA35 diperkenal bagi mengangkat darjat dan martabat Bumiputera agar sejajar dengan aspirasi Ekonomi Madani iaitu memperkasa rakyat serta dijajarkan dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) yang akan membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti. Ia menggarap tiga teras utama iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara, memperteguh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial. Pelan itu juga menggarap 12 pemacu dan 132 ikhtiar dalam memperkasakan lagi agenda Bumiputera. Anwar yang juga menteri kewangan menegaskan PuTERA35 tidak sesekali mengetepikan kepentingan suku atau kaum lain dalam negara. Sementara itu, Anwar juga mahu pembangunan baharu di Kuala Lumpur pada masa akan datang perlu menerapkan ciri warisan Melayu kerana ia adalah tunggak pembangunan di bandar raya tersebut.

“Pembangunan Kuala Lumpur harus ada ciri unik, jangan dianggap sebagai hutan konkrit sahaja.

Bila bicara soal warisan di Tanah Melayu tentunya menjadi tonggak masih warisan Melayu, itu harus ketara dalam pembangunan baru seluruh Kuala Lumpur, katanya yang menambah pembangunan di Kuala Lumpur tidak sesekali meminggirkan sumbangan dan warisan kaum lain. Selain pembangunan dan kemajuan di Kuala Lumpur, Anwar juga mahu melihat bandar raya itu bersih terutama kawasan gerai dan warung makanan.​

1724063693316.png
 
Institusi, Pegawai Urus Agenda Bumiputera Mesti Cekap, Bertanggungjawab - PM

19.08.2024 - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan institusi dan pegawai yang menguruskan agenda Bumiputera supaya melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan matlamat Kerajaan Madani tercapai. Malah, Perdana Menteri turut memberi amaran kepada beberapa pihak daripada ‘merosakkan’ dan menyalahgunakan agensi untuk kepentingan mereka sendiri dan mengumpul kekayaan.

“Mereka yang melaksanakan agenda Bumiputera mesti melihat (inisiatif di bawah agenda) secara terperinci dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan cekap,” katanya dalam ucapan pada Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035.

Dalam pada itu, Anwar berterima kasih kepada agensi penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Ketua Audit Negara dalam memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan dengan bijak dan membendung ketirisan.

“Sebagai contoh, agensi ini perlu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap kerana kita (kerajaan) mencurahkan berbilion ringgit. Kita kena pastikan mereka yang cuba merencatkan usaha perlu dihalang. Selain itu, kuasa yang lebih diberikan kepada Ketua Audit Negara untuk memastikan ketiadaan ketirisan,” katanya.
1724063785775.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register