balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
POKET kerajaan boleh dibandingkan dengan poket seorang bapa. Tanpa wang, segalanya akan terjejas. Makan minum, pendidikan anak-anak, pergerakan sana-sini, bayaran cukai rumah, tanah dan pelbagai lagi.
Justeru satu tanggungjawab yang pasti ialah berusaha mencari wang. Yang tiada, diadakan; yang kurang, ditambahkan.
Sebahagian besar sumber kewangan kerajaan adalah daripada cukai dan pembayaran. Dalam hal ini, langkah paling akhir ialah kenaikan harga minyak yang mencerminkan kenaikan cukai yang boleh membawa lebih wang ke dalam poket kerajaan.
Kerap benar kenaikan harga minyak berlaku. Kali ini ia berlaku tanpa tanda dan isyarat.
Kerajaan adalah politik dan penentuan politik tidak terlepas daripada pilihan raya. Oleh kerana pilihan raya baru berlalu dan yang akan menjelang lama lagi, maka sensitiviti reaksi rakyat dianggap tidak begitu mencabar.
Tidak ada ahli keluarga yang wajar yang tidak mahu pembawa rezekinya mempunyai sebanyak mungkin wang. Apabila ia kerajaan dan cara mendapatkan lebih wang itu berkaitan pula dengan poket rakyat, maka ia pasti menimbulkan masalah.
Pergi saja ke stesen minyak, pasti terdapat kereta bersaing dengan motosikal untuk mengisi minyak. Yang hendak ditekankan di sini ialah pembeli minyak terdiri daripada semua golongan rakyat; daripada mereka yang berpendapatan kecil hingga kepada mereka yang berpendapatan besar.
Kita tidak salah menyorot kepada tahap wang rakyat dalam poket kerajaan dan bagaimana wang itu dikutip dan dikeluarkan. Setiap tahun kita boleh membuat anggaran kemampuan kewangan kerajaan apabila bajet dibentangkan di Parlimen, tetapi hakikatnya ia hanya sebahagian daripada cerita sepenuhnya.
Cerita wang rakyat sepenuhnya termasuk badan-badan niaga yang ditubuhkan dengan wang rakyat. Badan-badan begini adalah off budget yang tidak boleh dicerakinkan melalui pembentangan bajet di Parlimen. Segalanya tertutup di dalam bilik lembaga pengarah, di kamar pengurusan dan dalam fail-fail sulit.
Sebahagian besar rakyat dipercayai terpinga mengetahui terdapat eksekutif di badan-badan begitu mendapat lebih 10 juta ringgit setahun. Apabila dijumlahkan dengan ramai lagi eksekutif yang mendapat satu, dua dan tiga juta ringgit setahun, malah lebih lagi, maka bilangan mereka amat ramai sekali.
Gaji mereka secara total berjumlah ratus juta ringgit. Kini, Perdana Menteri keseganan kerana mengetahui bahawa gajinya bukan paling tinggi dalam penggajian wang rakyat. Ia terlalu kurang berbanding dengan sesetengah eksekutif.
Alasan bahawa mereka akan bekerja dengan swasta jika tidak mendapat gaji besar di badan-badan rakyat belum teruji lagi.
Lebih tepat jika dikatakan mereka harus berterima kasih kepada kerajaan kerana berpeluang mendapat kedudukan dan gaji tinggi.
Demokrasi penggajian bererti peluang bekerja terbuka luas. Perbezaan gaji tertinggi dengan yang terendah tidak seluas 2,000 kali ganda. Negara-negara terbaik dalam kalangan dunia pertama; Sweden, Norway, Finland dan Denmark, boleh diambil sebagai role model kita.
Lebihan daripada total gaji besar yang disebutkan di atas boleh meringankan beban kerajaan terhadap rakyat.
Justeru kerajaan tidak perlu kerap ke pam minyak untuk menampung sebarang defisit.
* Tan Sri Adam Kadir ialah bekas Presiden Senat