BTC USD 63,779.7 Gold USD 1,775.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan pantau penularan superbug

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PUTRAJAYA 6 Dis. - Kerajaan sentiasa memantau penularan bakteria Superbug yang dikesan di beberapa negara termasuk Singapura melalui Jawatankuasa Infeksi Kebangsaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, jawatankuasa dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican itu akan menghebahkan setiap maklumat dari negara berdekatan kepada orang ramai secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan lebih awal iaitu sekiranya diberikan antibiotik kerana sakit tertentu, mahu tidak mahu mereka perlu menghabiskannya kerana jika tidak ia akan mengundang superbug.

"Apa sahaja yang dikesan di Singapura, di Malaysia pun kita akan tahu melalui jawatankuasa itu yang mana antara agendanya membincangkan penggunaan antibiotik dan keupayaannya untuk melawan bakteria itu.

"Tiap-tiap hari kita akan pantau, tetapi kalau orang awam tidak makan antibiotik dengan betul, bakteria tersebut boleh membiak," katanya.

Katanya, Bahagian Farmasi diberi tanggungjawab sebagai urus setia jawatankuasa itu yang akan bermesyuarat tiga kali setahun.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1) ialah sejenis enzim yang mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan.

Pada bulan lalu, kes superbug pertama dikesan pada seorang wanita berusia 24 tahun di negara ini.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia diminta tidak panik kerana pesakit itu satu-satunya pembawa bakteria yang kebal kepada hampir semua antibiotik itu dan wanita berkenaan telah sembuh selepas menerima rawatan di sebuah hospital.

Berikutan pengesanan kes pertama itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan semua hospital dan klinik mematuhi secara ketat garis panduan dalam pemberian antibiotik kerana bakteria berkenaan kebal terhadap ubat berkenaan dan boleh membiak.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,193
Reaction score
15,590
Points
2,376
mgkn jgk bakteria ni ciptaan manusia yg ingin lihat mesia x aman
pastu ley la jual vaksin utk hapus kan bakteria tu
 

haudli

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
mgkn jgk bakteria ni ciptaan manusia yg ingin lihat mesia x aman
pastu ley la jual vaksin utk hapus kan bakteria tu

mmg banyak penyakit yg dicipta utk kesenangan pihak tertentu..
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
cipta virus,jual vaksin.dari dulu sampai la ni.
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
betambah-tambah lagi la penyakit yang pelik-pelik nanti
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
semakin banyak virus yg terjadi ,maka mereka2(virus2) akan bercampur dan membentuk virus baru ..semakin bahaye wooo...mane lah tahu kan jadi camni ...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register