BTC USD 50,990.2 Gold USD 1,776.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan mohon lucut wang milik Alvin Goh, isteri Addy Kana

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Kerajaan mohon lucut hak wang lebih RM500,000 milik ahli perniagaan, Alvin Goh Leong Yeong dan isteri kepada 'Datuk Addy Kana', Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff serta beberapa buah syarikat mereka yang disita SPRM.

Kerajaan mohon lucut wang milik Alvin Goh, isteri Addy Kana
| | 28 Oktober 2021


1635408774655.png


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan memohon untuk melucut hak wang lebih RM500,000 milik ahli perniagaan, Alvin Goh Leong Yeong dan isteri kepada 'Datuk Addy Kana', Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff serta beberapa buah syarikat mereka yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis usul itu difailkan oleh pendakwa raya selaku pemohon secara berasingan pada 29 September lepas dengan menamakan Alvin, 33, dan syarikatnya, Malaysian House of Internet Sdn Bhd dan Networld Computer (KL) Sdn Bhd serta Alyaa Syuhaila, 34, dan syarikatnya, Nine Nine International Sdn Bhd selaku responden.

Dalam notis usul itu, pendakwa raya memohon untuk melucut hak wang milik Alvin berjumlah RM60,232.01 yang disimpan di dalam tiga akaun bank lelaki itu dan wang RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik syarikatnya iaitu Malaysian House of Internet dan Network Computer.

Pendakwa raya juga memohon untuk melucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International.

Permohonan itu difailkan atas alasan wang yang disita pada Disember 2020 dan Januari tahun ini didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram iaitu perjudian secara dalam talian dan dagangan mata wang kripto tanpa lesen sah dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada Khamis, mahkamah menetapkan 29 Disember ini untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak memaklumkan berhubung status penyiaran notis warta kepada pihak ketiga.

Pihak ketiga berkepentingan perlu tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Dalam prosiding pada Khamis, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala Alvin diwakili peguam Lim Jin Wen dan Alyaa Syuhaila diwakili peguam Effa Azuin Aidrul Hisyam. - Bernama


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
perkembangan terdahulu:


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
Dalam notis usul itu, pendakwa raya memohon untuk melucut hak wang milik Alvin berjumlah RM60,232.01 yang disimpan di dalam tiga akaun bank lelaki itu dan wang RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik syarikatnya iaitu Malaysian House of Internet dan Network Computer.

Pendakwa raya juga memohon untuk melucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International.

Takkan banyak tu je ada
 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,760
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,760
Reaction score
2,778
Points
201
Dalam notis usul itu, pendakwa raya memohon untuk melucut hak wang milik Alvin berjumlah RM60,232.01 yang disimpan di dalam tiga akaun bank lelaki itu dan wang RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik syarikatnya iaitu Malaysian House of Internet dan Network Computer.

Pendakwa raya juga memohon untuk melucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International.

Takkan banyak tu je ada
Bg nmpk buat kerja satgi ampa jgk bising hahaha
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,199
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,199
Reaction score
16,633
Points
2,376
Bg nmpk buat kerja satgi ampa jgk bising hahaha

Nampak gaya gitu la bang
Tapi sebab dalam mahkamah perlukan fakta dan bukti
Ceq caya ja la
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,936
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,936
Reaction score
22,066
Points
1,671
Tpr yg jujur2 ni la yg pg fight sisa2 yg ada.

Ady kana sudah bebas. Kita paham je dragon sdh pegang
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,483
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,483
Reaction score
4,296
Points
236
Mahkamah Tolak Permohonan Bebas Ahli Perniagaan Di Tahan Bawah POCA

23.11.2021 - Kuala Lumpur, Seorang ahli perniagaan yang ditahan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) tahun lepas, selepas dituduh terbabit dalam sindiket judi dalam talian, akan kekal di pusat tahanan Simpang Renggam setahun lagi. Mahkamah Persekutuan dalam prosiding dalam talian hari ini menolak permohonan Alvin Goh Leong Yeong untuk menyemak keputusan awal tahun ini berhubung permohonan habeas corpus untuk dibebaskan.

“Bagaimanapun, mahkamah masih belum memberi alasan penolakan itu,” kata peguamnya, Jacky Loi.

Selain Loi, Goh diwakili peguam Gopal Sri Ram dan Gobind Singh Deo, manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti dan Farah Ezlin Yusop Khan mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN). November tahun lepas, Lembaga Pencegahan Jenayah, agensi bawah KDN, mengeluarkan perintah tahanan dua tahun bawah POCA terhadap Goh, serta seorang lagi ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah, dan dua pegawai polis atas dakwaan terbabit dengan sindiket judi dalam talian.

Zaidi, yang lebih dikenali sebagai Addy Kana, dan dua pegawai polis itu memenangi rayuan untuk mencabar penahanan mereka di Mahkamah Persekutuan awal tahun ini. Mahkamah memutuskan bahawa penahanan itu dilakukan dengan niat jahat. Sementara itu, Goh dan adiknya, Yeong Hui, didakwa atas tujuh tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.14 juta.

Mereka didakwa menerima hasil daripada kegiatan menyalahi undang-undang oleh dua warga China, Wang Hangang dan Feng Chuang, antara 9 Sept dan 11 Nov 2019.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...nan-bebas-ahli-perniagaan-ditahan-bawah-poca/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,483
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,483
Reaction score
4,296
Points
236
LHDN Saman Addy Kana Tuntut Bayar Tunggakan Cukai RM1.4 Juta

23.11.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan saman terhadap ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Datuk Addy Kana yang menuntutnya membayar cukai pendapatan berjumlah RM1,427,915.45.Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 1 Okt lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Zaidi, 37, sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama dua tahun. Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi sistem mahkamah (e-filing), Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-tahun Taksiran 2018 dan 2019, defendan telah ditaksirkan dengan taksiran tambahan masing-masing berjumlah RM380,025.73 dan RM918,079.23.

“Oleh kerana defendan telah gagal membayar keseluruhan cukai pendapatan dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus berjumlah RM38,002.57 dan RM91,807.92 telah dikenakan dan ditambahkan ke atas keseluruhan cukai pendapatan yang masih belum dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2018 dan 2019 (Tambahan) itu,” menurut Kerajaan Malaysia dalam pernyataan tuntutan itu.

Dakwa plaintif, defendan masih gagal membayar kepada plaintif keseluruhan cukai pendapatannya yang masih terhutang dan genap masanya dan kena dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2018 dan 2019 (Tambahan) termasuk kenaikan-kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM1,427,915.45.

“Plaintif berhak untuk mendapatkan kembali jumlah cukai pendapatan yang masih terhutang itu serta kenaikan-kenaikan yang dikenakan ke atas defendan sebagai satu cukai yang genap masanya dan kena dibayar,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM1,427,915.45, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah. Menerusi semakan sistem mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 22 Nov ini untuk memaklumkan mengenai status serahan saman itu.

Pada 28 Okt lalu, kerajaan memohon untuk melucut hak wang lebih RM500,000 milik ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong dan isteri kepada Addy Kana, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff serta beberapa buah syarikat mereka yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mahkamah Persekutuan pada 27 April lalu memerintahkan Addy Kana dan dua anggota polis yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian, dibebaskan dengan serta-merta.Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.

Berita asal https://sabahbarunews.com/lhdn-saman-addy-kana-tuntut-bayar-tunggakan-cukai-berjumlah-rm1-4-juta/
 
Last edited:

QIPIDELANA

Legendary Member
Messages
10,503
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,503
Reaction score
417
Points
146
2.59 Juta Remaja Lengkap Vaksinasi

23.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 2,597,622 individu atau 82.5% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sebanyak 2,758,317 individu atau 87.6% populasi remaja pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.7% atau 22,413,570 individu telah lengkap vaksinasi, manakala 97.9% atau 22,930,251 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 dos pertama dan 92,163 dos penggalak. Perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,082,943.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...uta-populasi-remaja-negara-lengkap-vaksinasi/
Aik salah umah ni bang..hahahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register