BTC USD 117,905 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan MADANI Sentiasa Hargai Golongan Agama - Zulkifli

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,516
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,516
Reaction score
217
Points
38
0780017862e313230f8ba3cea25a8d3167de4d7c583a2

bfdb6dbdc0fa97b25fd2347efe321e0767de4d90ca4d4

e1aaa1b373f453c3fafc8410dd8eaa1667de4da6e1107

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan bercakap kepada media selepas menghadiri Program Ihsan MADANI di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata bantuan sebanyak RM250 kepada guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal tok siak, noja dan marbut, simbolik penghargaan kerajaan terhadap usaha yang dilakukan golongan agama dalam meningkatkan syiar Islam.

“Syukur Alhamdulillah tahun 2025 bermula sangat cemerlang dengan kenaikan gaji penjawat awam, kemudian disusuli pula BKK Aidilfitri bukan hanya penjawat awam, pesara termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, malah golongan agama tidak terkecuali.

“Kita harapkan sumbangan yang disalurkan ini mampu digunakan sebaik mungkin sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah dan Program Ihsan MADANI dekat sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.

Terdahulu, Zulkifli dalam ucapannya berkata guru-guru Muslim berperanan memimpin para pelajar untuk mempromosikan Islam yang aman, rahmah dan damai seperti yang digagaskan oleh kerajaan.

“Para pendidik mampu menjadi contoh karakter insani dan akhlak yang baik untuk mempromosikan Islam seperti yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW.

“Prinsip wasatiyyah terus menjadi asas dalam menangani perbezaan aliran pemikiran dalam kalangan umat Islam di negara ini, selaras dengan Maqasid Syariah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata Gagasan Malaysia MADANI yang diperjuangkan kerajaan hari ini, bukan hanya mempromosikan kesederhaan dalam berfikir dan bertindak, malah menyeru kepada kesatuan masyarakat yang berbilang kaum.

 
Back
Top
Log in Register