BTC USD 28,415.8 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Longgar Syarat Pemilikan 30 Peratus Ekuiti Bumiputera !!!

ahib0205

Legendary Member
gem
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
746
Points
166
Ini sudah ada jawapan bagi thread yang kita sudah bincang kat sini dulu:

Mansuhkan Syarat Ekuiti Bumiputera?


Kerajaan Longgar Syarat Pemilikan 30 Peratus Ekuiti Bumiputera


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan memberi kelonggaran terhadap syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera bagi syarikat yang mahu disenaraikan tetapi masih belum mematuhi kuota itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kelonggaran yang diberikan serta-merta itu dibuat bagi memastikan pasaran modal Malaysia terus berdaya maju, kompetitif dan berdaya saing.

Beliau berkata syarikat berkenaan perlu menjalani proses semakan semula dan perlu mematuhi syarat Dasar Pembangunan Negara (NDP), selain menawarkan saham mereka kepada institusi dan pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Najib bagaimanapun berkata sekiranya terdapat saham yang tidak dilanggan, ia akan ditawarkan kepada bumiputera lain sebagai sebahagian daripada proses undian saham.

"Saya nak menegaskan bahawa 30 peratus penyertaan ekuiti bumiputera semasa penyenaraian, akan terus dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, ada sedikit perubahan dari segi kaedahnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Sekuriti, di sini hari ini.

"Ini bererti bumiputera boleh memohon saham-saham tersebut. Sekiranya saham itu dibuka untuk individu bumiputera tetapi masih tidak ada pengambilan (saham) sepenuhnya, maka syarikat berkenaan akan disahkan ataupun dianggap sebagai telah memenuhi syarat 30 peratus (ekuiti bumiputera) tersebut," katanya.

Ditanya sama ada langkah itu akan menjejaskan ekuiti 30 peratus bumiputera, Najib berkata tindakan itu akan membolehkan individu kaum itu menyertai dan dapat menguasai undian awam bagi bumiputera.

"Terdapat dua peringkat. Selepas dua peringkat, ia (saham) tidak dilanggan. Ini adil untuk syarikat yang akan disenarai. Jika tidak, akan berlaku ketidaktentuan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Seri Zarinah Anwar berkata sehingga ini tujuh syarikat masih belum memenuhi syarat pemilikan tersebut.

Beliau berkata syarikat-syarikat berkenaan sudah bertemu SC dan telah diberikan tempoh untuk memenuhi syarat 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera.

"Namun bagi syarikat ini, harga saham hari ini turun di bawah harga penawaran awal. Dan pastinya, ia tidak adil untuk mereka mematuhi syarat langganan bumiputera memandangkan bumiputera yang berminat membeli saham, boleh membelinya dengan harga yang lebih murah di pasaran," katanya.

Kelonggaran ini juga tidak mengecualikan syarikat daripada mematuhi mana-mana syarat ekuiti bumiputera yang dikenakan oleh Kementerian-kementerian berkaitan sebagai sebahagian daripada syarat pelesenan mereka.

Dasar sedia ada yang tidak mengenakan syarat ekuiti bumiputera ke atas syarikat asing yang memohon penyenaraian di Bursa Malaysia akan dikekalkan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif dalam menarik syarikat yang beroperasi di luar Malaysia dan yang mempunyai pilihan untuk memohon penyenaraian di negara lain.

-- BERNAMA

Jom teruskan perbincangan kat sini. Apa pendapat kalian semua? :-?
 
Sponsored Post

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
6,761
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
Parti UMNO & BN nak mansuhkan syarat ekuiti Bumiputera 30%, tak apa. Tak salah. Naib Canselor UiTM Ibrahim Abu Shah & bebudak UiTM pun tak bising, tak demo. Kalau PAS & PKR yg cadangkan (Baru nak cadangkan), semua bising, bebudak UiTM dgn NCnya siap cabar-mencabar PAS & PKR lagi.

PAS depa mana tau bab bab ekonomi ni.BN saja terlebih paham..:)):)):eek::eek::mad:
 
Sponsored Post

Top
Log in Register