Kerajaan lancar portal Pembelajaran Sepanjang Hayat

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,766
Reaction score
1,299
Points
206


PUTRAJAYA - Sebuah portal Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang berperanan sebagai pusat sehenti bagi semua portal PSH dari pelbagai kementerian dilancarkan hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Portal PSH yang boleh diakses menerusi pshnasional.moe.gov.my akan menjadi platform menyelaraskan segala maklumat berkaitan di peringkat nasional.

Selain itu, ia membantu memudahkan komuniti awam, akademik dan industri untuk membuat rujukan mengenai pelaksanaan dan program-program PSH di negara ini.

Nie Ching berkata, KPM sebagai penyelaras pelaksanaan PSH di peringkat nasional kementerian itu akan terus berusaha memastikan impak dan keberhasilan tinggi PSH.

"Kita akan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk 14 kementerian, agensi kerajaan, wakil NGO (badan bukan kerajaan) dan industri serta pihak-pihak berkepentingan lain," katanya.

Beliau berkata, bilangan penyertaan dalam program PSH sejak tahun 2017 sehingga Ogos 2019 adalah seramai 6.9 juta peserta.

"Tiga pembekal utama PSH adalah KSM (Kementerian Sumber Manusia) seramai 2,914,424 peserta, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) seramai 930,240 peserta dan diikuti dengan dan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) seramai 900,868 peserta.

"Melalui penyertaan dalam program PSH ini, pelbagai lapisan masyarakat dapat meningkat pengetahuan, kemahiran dan sikap seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat di sini.

Persidangan PSH merupakan satu agenda nasional dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat di negara ini.

Beberapa ikon yang dicungkil dari program PSH turut berkongsi kisah kejayaan masing-masing dalam memajukan diri dan melengkapkan pengetahuan serta kemahiran.

 
Top
Log in Register