BTC USD 63,984.2 Gold USD 1,776.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kerajaan Kedah jangan "lepas tangan"

penguin_comel

Banned
Joined
Jun 12, 2008
Messages
584
Reaction score
17
Points
15
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor di Pagoh, Sabtu.

Pada Jumaat, ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, berkata kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS kurang bersedia untuk menghadapi bencana banjir.

Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, yang akan melawat Kedah esok bagi meninjau keadaan terkini bencana banjir di negeri itu, berharap usaha pemberian bantuan kepada mangsa ketika ini yang tidak tersusun, akan menjadi bertambah baik.

Katanya kerajaan negeri perlu mengukuhkan persediaan logistik terutamanya operasi lori dan bot untuk memindahkan mangsa bagi melicinkan operasi menyelamat. Mengenai pemberian bantuan kepada golongan petani dan pesawah yang terjejas dengan bencana banjir, Muhyiddin berkata kerajaan akan memaklumkan mengenai bentuk bantuan selepas keadaan bencana itu reda.

"Kita (kerajaan) sememangnya memandang berat masalah yang ditanggung oleh petani dan pesawah dan kita akan mencari jalan untuk membantu mereka," katanya.

Tentang persiapan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian berharap bencana banjir itu akan reda sebelum bermulanya peperiksaan terbabit dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kita akan lihat situasi dan berharap keadaan (banjir) akan reda, tetapi kita bimbang akan ada gelombang kedua. Kita kena ambil perhatian, tetapi walau apapun kita kena kekalkan persiapan," katanya.

Terdahulu ketika berucap, Muhyiddin meminta setiap rakyat memiliki sekurang-kurangnya satu bentuk kemahiran dan mempraktikkan pembelajaran seumur hidup sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara maju.

Dengan 80 peratus daripada tenaga kerja di negara ini hanya memiliki kelulusan SPM dan ke bawah, beliau berkata usaha 'upskilling' atau 'multiskilling' pekerja negara ini perlu diperhebatkan.

"Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kelulusan akademik sahaja, tetapi soal kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat juga penting dalam usaha kita untuk menjadi negara maju," kata Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Prof Madya Dr Kamaruddin Kasim.
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,282
Reaction score
32
Points
70
Banjir: BN hanya berlakon, tuduh melulu

Banjir: BN hanya berlakon, tuduh melulu
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

az2.jpg


(Gambar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak turun bertanya khabar mangsa banjir di pusat pemindahan)

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh Barisan Nasional.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.

Menurutnya juga, keadaan banjir di negeri itu sudah semakin pulih namun ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian bantuan khususnya bekalan makanan dan air bersih.

"Banjir makin pulih dan sebahagian besar mangsa sudah pulang.Tapi masak dan makan minum masih di pusat penempatan. Dijangka esok sebahagian besar mangsa akan pulang ke rumah masing-masing.

"Bantuan masih diperlukan kerana kita nak pastikan setelah pulang dari pusat pnempatan, mereka dapat bagi tumpuan untuk cuci rumah yang mengalami banyak kerosakan dan harta benda.

"Kita akan bagi apa-apa sumbangan yang ada dalam stok kita khususnya air bersih kerana di kawasan tertentu bekalan air terputus," katanya lagi.

Mahfuz juga memaklumkan, misi bantuan banjir di kawasannya akan bergerak ke Kampung Empa dan Kampung Seberang Paya di Dun Bukit Lada hari ini untuk menghantar bantuan kepada mangsa di kawasan itu yang terputus hubungan dengan kawasan lain sejak beberapa hari yang lalu.

"Penduduk di sana terputus hubungan dengan kawasan lain. Bomba pun tak berani nak pergi sebab bot mereka kecil dan arus deras," jelasnya.
Bekalan makanan juga akan dihantar ke Dun Bukit Pinang hari ini.

Sumber

----------
Kerajaan pusat tak patut tuduh kerajaan negeri tak buat kerja. Kerja kena ikhlas. Sepatutnya dalam bencana banjir yg menimpa rakyat, kerajaan pusat bergandingan tangan dgn kerajaan negeri bantu rakyat. Jgn bantuan banjir pun dipolitikkan atau menangguk di air yg keruh.

2010-11-06_055428.jpg
 
Last edited:

autorm

Active+ Member
Joined
Oct 24, 2009
Messages
2,939
Reaction score
9
Points
35
tak habis2 nak politikkan isu banjir..aku nak tgk puak PAS marah TT x sebab mainkan isu ni..
 

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30
isk3... x da modai sampai teqa 2 ka... goyang tahab anjing la 2...:))
 

car_they

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
8,061
Reaction score
20
Points
65
entah la... lu pk la sendiri..hihihhi..
p/s : gua nak p tolong orang banjir kena panggil press dulu baru best.. haha
 

ARIFFX

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
hehehe.. dah agak dah,, permainan media..
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
umno tau guna tv aje :eek::eek: dasar pengecut :eek::eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register