Kerajaan kaji kesan negatif jika terus turunkan harga petrol, diesel

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LIMA 22 Nov. – Kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu kewajaran untuk menurunkan lagi harga petrol dan diesel ketika harga minyak mentah di pasaran dunia merudum sehingga di bawah paras AS$50 (RM175) setong minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di sini kerana menyertai sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkata, pengurangan mendadak harga petrol dan diesel yang dilakukan ketika harga minyak tidak stabil boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan konsumer jika dilakukan secara tidak berhati-hati.

"Saya tidak fikir harga minyak yang rendah itu akan terus berada di paras ini. Ada kemungkinan dalam masa terdekat harga minyak akan naik.

Kalau kita kurangkan harga petrol dan diesel terlalu cepat, apakah ini bererti bila harga naik nanti kita perlu naikkan harga kepada pengguna. Ini satu aspek yang perlu diambil kira," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga minyak di pasaran dunia merudum kepada AS$50 setong daripada paras tertinggi AS$147 setong pada bulan Jun lalu. Ia merupakan harga yang terendah dalam tempoh tiga tahun.

Kerajaan telah menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing kepada RM2.70 dan RM2.54 seliter pada bulan Jun tetapi kemudian apabila harga minyak mula menurun, kerajaan secara berperingkat-peringkat menyemak harga runcit petrol dan diesel setiap dua minggu sekali.

Pada I November lalu, kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel masing-masing kepada RM2.15 seliter dan RM2.05 seliter, sebelum menurunkannya lagi pada 18 November lalu kepada RM2.00 dan RM1.90 seliter.

- Utusan


Sian kat Najib...sapa leh tolong dia

:mad:
 
Top
Log in Register