BTC USD 61,956.6 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Kaji Cadangan Bangunkan Media Sosial Khusus Untuk Rakyat Malaysia

'Platform Media Sosial Sendiri Bukan Keutamaan Kerana Kos Tinggi'

06.08.2024 - Pembangunan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia tidak akan menjadi keutamaan Putrajaya pada masa ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Jelas Fahmi, ini kerana kos untuk membina platform itu sangat tinggi.

“Kerajaan perlu menyelesaikan banyak masalah seperti sekolah daif, klinik daif, saya lihat keutamaan bagi kerajaan bukan dalam membangunkan satu platform media sosial yang baru, bukan untuk waktu ini. Tapi sekiranya ada mana-mana pihak swasta di Malaysia yang berhasrat untuk membangunkan, itu terpulang kepada mereka, kita tidak melarang, dan mereka boleh berhubung dengan Mosti (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) atau MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di bangunan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Semasa perhimpunan pro-Palestin anjuran kerajaan yang diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil pada malam Ahad, Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan, berkata Putrajaya sedang mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia. Dia berkata ini kerana beberapa penyedia aplikasi media sosial mengaut keuntungan daripada rakyat Malaysia tetapi gagal memastikan keselamatan pengguna.

"Tahun lepas dianggarkan Facebook sahaja mengaut keuntungan AS$600 juta dari Malaysia, tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia ini selamat? Saya lihat mereka tidak ada kesungguhan, jadi kita perlu kaji dan perlu lihat, tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial sendiri, tetapi ada beberapa negara telah cuba … kita akan teliti dulu," katanya.
1722943667752.png
 
Sponsored Post

Kos tinggi sbb mark up gila2.. skrip blh beli. Melambak & mcm2.. bina team programming utk ubahsuai atau buat baru 5-10 org dh cukup.. server & software 100k-200k.. sewa full rack datacentar 2k sebulan... team support..

Aku ada handle 2 website company MLM. Ahli dh cecah 500k.. guna 1 server jer.. sewa tempat dkt datacenter cyberjaya rm350 sebulan..
 
buat SOCMED pastu filter DNS 🤭

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register