kerajaan jgn terlalu masuk campur...

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
Punca utama ekonomi jadi rosak dan cacamarba adalah politician fikir dia tahu semua benda pasal pasaran. Jadi mereka mahu masuk campur dan cuba tentukan harga mengikut rasa sendiri. Sedangkan, ia kurang betul.

“Oh harga ini tinggi sangat. Jadi kita buat harga siling.”

“Oh harga ini rendah sangat. Jadi kita buat harga minima.”

Politician selalu nak ambil hati sama ada peniaga atau pengguna. Jadi mereka selalu campur tangan dalam penentuan harga. Ini semua nak undi punya pasal. Atau nak jaga kepentingan sendiri.

Kalau mereka nak bantu peniaga atau jaga kepentingan sendiri sahaja, mereka akan buat keadaan jadi monopoli.

Kalau pengguna marah, cukup marah, maka mereka akan suruh peniaga turunkan harga dan beri subsidi kepada peniaga.

Kalau mereka nak bantu pengguna, mereka akan buat keadaan sampai peniaga tak boleh cari makan.

Kalau peniaga marah, mereka akan cuba gunakan undang-undang menghukum atau beri subsidi sekali lagi.

Oleh kerana mereka telah campur tangan, pasaran menjadi biol. Sebab ia berlaku hasil campur tangan kerajaan. Kemudian mereka pening kepala bila pasaran biol dan mereka marah-marah. Sedangkan mereka lah penyebab pasaran jadi biol.

PM bidas peniaga enggan turunkan harga barang

TASHKHENT (Uzbekistan) 17 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas sikap peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak empat kali.

“Saya tidak suka dengar bila harga barang tidak mahu turun walaupun minyak sudah empat kali turun (tidak termasuk penurunan yang berkuat kuasa esok), seolah-olah mereka nak cari untung besar,” tegas Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Uzbekistan mengulas langkah kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak lima kali sejak Ogos lalu termasuk penurunan 15 sen, berkuat kuasa esok.

Pak Lah ini lupa kot. Harga minyak walaupun sudah menjadi RM 2 / liter (mulai 18 November 2008) tetapi ia sebenarnya masih mahal RM 0.08 dari harga RM 1.92 / liter (terus naik 78 sen) atau RM 0.68 dari harga RM 1.62 / liter (terus naik 30 sen)

Itu belum campur tarif elektrik yang juga naik. Kadar tol yang dah naik.

Baguslah tu kalau harga minyak turun. Untuk orang yang beli minyak. Tapi negara yang jual minyak macam Malaysia, pening kepala sebab pendapatan kurang.

Baguslah tu, harga komoditi macam getah dan sawit turun. Untuk orang beli getah dan sawit. Tapi negara yang jual getah dan sawit macam Malaysia ni, pening kepala sebab pendapatan kurang.

Kerajaan sepatutnya tidak berniaga.

Kerajaan juga tidak patut berpihak kepada peniaga. Kerajaan juga tidak patut berpihak kepada pengguna.

Kerajaan perlu neutral.

Kerajaan perlu wujudkan keadaan di mana peniaga selesa berniaga tanpa banyak gangguan, dan pengguna boleh menggunakan hak mereka tanpa banyak gangguan.

Kerajaan hanya perlu memainkan peranan hisbah dalam pasaran.

Maksudnya, kalau peniaga jual harga mahal, biar sahaja pengguna tentukan tindakan yang wajar. Boikot ka. Demo ka. Selagi mana ia dibuat secara aman.

Ini tidak, bila syarikat tol buat hal, demo dibuat, FRU datang pukul orang ramai buat apa?

Konsep kawalan harga perlu dihapuskan. Dalam keadaan terbiasa dengan subsidi sebegini, lakukan sedikit demi sedikit. Biar pasaran tentukan harga yang sesuai secara semulajadi.

Politician yang dimaksudkan baik dari BN atau PR. Semua perlu hormat kepada pasaran.

BIla ada ura-ura kerajaan Negeri Selangor nak beli balik SYABAS saya rasa inilah masa terbaik untuk PAS cadangkan agar khidmat bekalan air ini dijalankan mengikut konsep waqaf. Biar rakyat Selangor memiliki syarikat air ini melalui proses waqaf.

Kalau kerajaan Selangor ingin berniaga dengan memilik negerikannya , maka ia tidak betul.

Kalau kerajaan Selangor ingin beri kontrak SYABAS kepada orang lain pula yang boleh terima tawaran subsidi mereka, itu juga tidak betul.

Orang kata, kalau harga tidak dikawal nanti peniaga jadi tamak.

Sedangkan persaingan terbuka syarikat telekomunikasi Maxis, DiGi, Celcom dan U-Mobile terbukti menguntungkan pengguna.

Dan yang lebih penting dari itu, Nabi Muhammad saw sendiri tidak campur tangan dalam penentuan harga ini.

Daripada Anas beliau berkata, orang ramai telah mengadu kepada Nabi, Ya Rasulullah saw, “Harga barangan telah naik, oleh sebab itu tentulah dan turunkanlah harga untuk kami.

Maka Baginda menjawab,”Bahawa sesungguhnya Allah swt sahaja yang menjadikan yang Maha Kuasa menyempitkan, yang Maha Kuasa menyederhanakan penghidupan, yang Maha Kuasa melapangkan, yang Maha Kuasa memberi rezeki, dan aku sesungguhnya sangat berharap dapat menemui Allah swt dan tidak lah ada seorang pun di antara kamu yang dapat menuntut daripadaku terhadap kezaliman yang telah aku lakukan berkaitan dengan harta benda bahkan aku hanya berdoa kepada Allah swt.”

Hadis Abu Dawud & Tirmidhi

Nabi saw dah sebut begini, saya hanya perlu patuh. Saya tak berani nak lawan cakap Nabi saw.
 
Last edited:
Sponsored Post

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
maybe pak lah bau tau ttg effect kenaikan harge minyak secare mendadak.. me too...huhhuu
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
yang berani lawan Nabi ni UMNO je...
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
kan dia ado penasihat tingkat 4...skang apo yg jadik....
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
nila akibatnye memberi kuasa pada yg bukan ahlinye... pk 2 minit kemudian terus on...jahanam mesia dpt pm n bakal pm mcm ni :(
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
pak bedolah oohhh pak bedolah da bangun ker belumm...
 

nash_d

Active Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
2,287
Reaction score
0
Points
20
ni la akibat hasil daripada perancangan yang tidak strategik. PakLah:(scam
 

achoy76

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
2,706
Reaction score
70
Points
35
mencari 10 kesalahan orang lain cukup mudah , tetapi mencari 10 kesalahan diri sendiri adakah mampu anda melakukannya? renung2kanlah
 

rafiz2000

Active+ Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
4,266
Reaction score
14
Points
25
aku bercita2 nak menubuhkan parti buruh...
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Bagus...bagus...good opinion...ape kate hang forward gi wesite paklah or assistant dier tuh em...najib...biar terbuka sikit minda diorang..hehehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register