Info Kerajaan Hadir Dengan Kempen Menanam 100 Juta Pokok Antara 2021 - 2025

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Kerajaan kini hadir dengan sebuah kempen baru dinamakan “Kempen Penanaman 100 Juta Pokok”, selari dengan program penghijauan Malaysia. Kempen ini akan berlangsung bermula tahun ini sehingga 2025 kelak.

Dengan melaksanakan kempen ini, ia menyasarkan untuk mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara, selain pada masa yang sama memelihara dan memulihara kawasan berhutan. Pada masa yang sama memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok.

Selari dengan kempen ini, aplikasi khusus turut disediakan untuk pengguna Android dan iOS. Pengguna boleh memuat-naik maklumat pokok yang ditanam dan mendapatkan mata ganjaran untuk dituntut kelak. Pengguna juga turut boleh melihat data semasa dalam pencapaian penanaman 100 juta pokok di Malaysia ini. Data boleh direkodkan bermula 5 Januari 2021

Pokok-Hijau-950x647.jpg



Muat-turun https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.penghijauanmalaysia
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,468
Reaction score
372
Points
46
meanwhile, puak2 tertentu senang2 membotakkan hutan dgn kadar yg amat menakutkan..
2014 banjir besar, jalan bandar ke kampung aku takde masalah ..boleh lalu..
tp semalam, 3 tempat air naik, tak boleh lalu..punca? operasi penggondolan hutan di hutan belakang kampung dlm 3-4 tahun ni..
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,799
Reaction score
2,228
Points
201
tanam sawit dikira jugak ke?

 

crossfire

Fun Poster
Joined
Oct 26, 2014
Messages
188
Reaction score
4
Points
25
tanam pokok plak... dulu pun dh ada kempen hijaukan alam rasanya.. yg dbkl suka2 potong pokok elok2 rendang tepi jalan.. elok2 pokok tu dh rendang tebas buang bagi panas..
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,799
Reaction score
2,228
Points
201
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok | #PokokKitaKehidupanKita


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Muhyiddin Lancar Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

05.01.2021 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menanam pokok Merbau di perkarangan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, bagi memulakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025. Usai menanam pokok itu, Muhyiddin menyampaikan amanatnya yang turut disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan mengajak rakyat Malaysia menjayakan agenda penghijauan Malaysia dengan menanam pokok.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama menjayakan agenda penghijauan Malaysia dengan menanam 100 juta pokok di seluruh negara menjelang tahun 2025,” katanya ketika melancarkan kempen itu serta aplikasi mudah alih dan laman web khas Program Penghijauan Malaysia; www.100jutapokok.gov.my.

Turut hadir Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSa) Datuk Zurinah Pawanteh. Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok turut diadakan secara serentak di seluruh negara dengan tema ‘Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita’ atau ‘Greening Malaysia: Our Trees, Our Life’.

Dalam kenyataan media sempena kempen itu, Muhyiddin berkata Kempen Penanaman 100 Juta Pokok adalah sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia, yang merupakan satu daripada agenda nasional bagi perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Beliau berkata program itu akan memulihara kepelbagaian biologi yang merupakan khazanah negara yang tidak ternilai, meningkatkan kualiti persekitaran semula jadi dan sungai.

“Program Penghijauan Malaysia juga merupakan satu ikrar dan komitmen kerajaan yang berlandaskan Wawasan Kemakmuran Bersama, untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau,” katanya.

Kempen anjuran KeTSa itu dilaksanakan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), jabatan-jabatan perhutanan negeri, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan kerajaan negeri, dengan menyasarkan penanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025. Muhyiddin berkata melalui kempen tersebut, JPSM menganggarkan akan terdapat peningkatan kawasan hutan dipulihara sebanyak 20,000 hingga 80,000 hektar menjelang tahun 2025, bergantung kepada jarak penanaman.

"Kempen ini dijangka menyumbang kepada penyerapan karbon dioksida, di antara 30 juta tan di kawasan bandar hingga 85 juta tan di kawasan hutan dan lain-lain dalam setahun,” katanya.

Muhyiddin berkata Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan mempertahankan kekayaan alam semula jadi negara, dalam semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dan mengekalkan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai antara 12 buah negara ‘megadiverse’. Sehingga kini, katanya Malaysia berjaya mencatatkan litupan hutan sebanyak 55.3 peratus selari dengan komitmen negara di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992, iaitu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.

Ketika menyeru semua lapisan masyarakat termasuk syarikat serta badan korporat untuk menyokong agenda nasional itu, Muhyiddin berkata, “Mulakan azam tahun baharu 2021 dengan bersama-sama menghijaukan bumi Malaysia! Pokok Kita, Kehidupan Kita”.


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1918660
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Sabah Sasar Tanam 36 Juta Pokok Dalam Tempoh 5 Tahun - Ketua Menteri

05.01.2021 - Kota Kinabalu, Kerajaan negeri Sabah menyasarkan untuk menanam 36 juta pokok dalam tempoh lima tahun, sebagai usaha memulihara dan menghijaukan kembali kawasan yang diteroka di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Beliau berkata melalui inisiatif sempena Kempen Penanaman 100 juta itu, ia membabitkan lima kategori termasuklah ladang hutan, restorasi hutan, pembangunan ladang getah, pokok buah-buahan dan tanaman mengaya dalam hutan.

“Khazanah hutan yang menghijau bukan sahaja memberi kebaikan kepada kesihatan, tetapi membantu dalam pembangunan ekonomi negara. Ini sejajar dengan Sabah sebagai negeri yang menawarkan destinasi pelancongan, berasaskan flora dan fauna. Sumber hutan yang banyak juga sudah pasti akan membangunkan industri berasaskan kayu seperti negeri ini. Perkembangan ekonomi berasaskan sektor pelancongan dan industri kayu, pastinya meningkatkan keupayaan kerajaan negeri menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyat, serta peluang pekerjaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menanam pokok Merbau di perkarangan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, bagi memulakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025. Hajiji berkata inisiatif penanaman pokok, pasti dapat membantu kerajaan dalam usaha pengurusan hutan secara berkekalan di negeri ini dan diharap kempen penanaman pokok itu dapat menaikkan semangat rakyat, dan menyemarakkan usaha menanam pokok khususnya tanah milik persendirian.

Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usaha positif bagi memastikan khazanah hutan negeri terus kekal, terpelihara dan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1918731
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,723
Reaction score
1,178
Points
151
Yg bagi lesen balak pun depa yg kempen tanam pun depa, yg gondolkan pun depa hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register