Kerajaan disaran kuatkuasakan semula GST

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,142
Reaction score
3,175
Points
201
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menguatkuasakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar tiga peratus, bagi mendapatkan kembali hasil cukai yang hilang akibat aktiviti ekonomi gelap.

Selain itu, dalam mempergiat usaha menutup ketirisan hasil kerajaan, Pakar Kriminologi, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zalmizy Hussin menyarankan keperluan untuk membina dan menaik taraf tembok di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti penyeludupan barangan serta pemerdagangan manusia.

Zalmizy menjelaskan, aktiviti dalam pasaran ekonomi gelap menyebabkan negara kehilangan wang berbilion ringgit.

"Jika aktiviti ini dapat dikekang, sudah pasti ia akan menyumbang kepada hasil negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Selain itu, kerajaan juga disaran mencontohi Australia, yang mana pihak berkuasa tempatan (percukaian) di negara itu menggunakan khidmat peguam percukaian terkemuka untuk mewakili kerajaan bagi mendapatkan semula hasil cukai yang hilang atau berlaku ketirisan," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas langkah yang boleh dilakukan kerajaan bagi menutup ketirisan hasil, susulan muka depan BH hari ini yang melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menyelamatkan RM2.1 bilion hasil kerajaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan penguatkuasaan ketat dan kemampuan mengesan taktik penipuan cukai serta penyeludupan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir, dilaporkan berkata, pihaknya menyasarkan untuk menutup ketirisan hasil kerajaan sehingga RM5 bilion menjelang hujung tahun ini.

Selain itu, Zalmizy juga menyarankan kerajaan menyemak semula kadar duti eksais sedia ada bagi semua produk yang laris di pasaran seperti rokok dan minuman keras, dengan melaksanakan kadar yang sama dengan negara jiran.

"Dengan langkah ini, tidak wujud dorongan untuk penyeludup membawa masuk produk seumpamanya untuk dijual di negara ini.

"Kadar duti tinggi yang melampau, disulitkan lagi dengan penguatkuasaan yang lemah dan amalan rasuah dalam kalangan pihak berkuasa menggalakkan penyeludup untuk mengedar produk ini pada harga rendah," katanya.

Beliau menegaskan, pengedar, peruncit dan pengguna produk yang menjalankan aktiviti ekonomi gelap juga perlu dibawa ke muka pengadilan menerusi peruntukan undang-undang sivil dan jenayah yang lebih tegas serta berat.

"Selain itu, penjawat awam juga perlu mengamalkan sikap integriti dan amanah dalam menjalankan tugas supaya ketirisan hasil dapat terus dikurangkan," katanya.

Sementara itu, Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata JKDM boleh menambah baik aspek penyiasatan dan pemeriksaan barangan yang keluar dan masuk ke dalam negara, termasuk melalui semakan prosedur operasi standard (SOP) dan penugasan pegawai.

"Pihak kastam perlu menyelidik punca berlakunya penyeludupan barangan terutama yang menipu pengisytiharan.

"Ketika ini memang ada borang pengisytiharan barangan tetapi bagi tujuan pengesahan itu, mungkin SOP perlu disemak sama ada ia mencapai matlamat yang ditetapkan supaya ketirisan tidak berlaku," katanya.

Selain itu katanya, kerjasama orang awam dalam memberi maklumat mengenai kegiatan yang meragukan juga dapat membantu usaha berkenaan.

 
Sponsored Post

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,504
Reaction score
162
Points
43
yes...GST lagi bagus..... tp janganla tinggi sangat...
 

WalKing

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2014
Messages
335
Reaction score
38
Points
30
Setuju. Kembalikan GST. Dah serik kena tipu dgn PH.
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
1,909
Reaction score
174
Points
43
3% kira ok la dari 6%, baru2 ni aku nak hidup kan insurans pun terang2 tulis sst 6%, dekat 60 ringgit lebih jugak la aku kena.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register