BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan diminta sedia garis panduan tahap penguasaan, pengetahuan Bahasa Melayu dapat kewarganegaraan

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,918
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,918
Reaction score
5,202
Points
486
Awards
1
30bhhaatm_1729073804.jpg


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menetapkan secara khusus tahap penguasaan dan pengetahuan Bahasa Melayu yang perlu untuk dijadikan penilaian bagi melayakkan seseorang individu itu mendapatkan kewarganegaraan.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata ia penting sebagai garis panduan kepada pihak terbabit yang mengendalikan proses berkenaan sekali gus juga mengelak tiada pihak jadi mangsa.

Cha Kee Chin (PH-Rasah).
Cha Kee Chin (PH-Rasah).

"Saya minta pihak kerajaan supaya beri penjelasan setakat mana tahapnya. Bagi saya, untuk kemasukan ke universiti awam pun kena dapat kredit dalam Bahasa Melayu.

"(Jadi) tahapnya mungkin dalam berkomunikasi secara umum dalam masyarakat. Saya mohon penjelasan jelas mengenai perkara ini supaya tidak ada pihak jadi mangsa.

"Kita tidak mahu nanti ada pegawai (kerajaan), di tempat berbeza menggunakan standard yang berbeza. Perlu ada garis panduan tahap penguasaan tentang bahasa kebangsaan kita ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

RUU itu antara lain bertujuan meminda Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan bagi mengenakan syarat tambahan untuk mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bahasa Melayu kepada mana-mana wanita bersuami yang membuat permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran.

RSN Rayer (PH-Jelutong) pula berkata selain penguasaan bahasa Melayu, seseorang pemohon warganegara itu perlu menghormati Rukun Negara.

RSN Rayer (PH-Jelutong).
RSN Rayer (PH-Jelutong).

"Kesetiaan kepada raja, saban hari kita dengar dari bekas Perdana Menteri, bekas menteri besar yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang memperlekehkan institusi raja-raja.

"(Jadi) yang ingin memohon kewarganegaraan, mereka bukan saja perlu menguasai bahasa Melayu tapi perlu menghormati Rukun Negara kita. Ini perkara penting dan jangan kita perlekehkan," katanya.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula membangkitkan kemungkinan wujud kelonggaran dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga menyebabkan pemegang MyKid tidak dibenar memiliki MyKad.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).
Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).

"Satu kenyataan oleh menteri tempoh hari, mengatakan bahawa pemegang MyKid hanya boleh di 'trace' (dikesan) penggunaan MyKad palsu bila mereka dewasa dan mahu tukar kepada MyKad. Sebab penipuan berlaku kepada pihak yang mengangkat anak itu.

"Dia sebenarnya bukan bapa kandung, tapi bapa angkat. Tapi dia tipu, mengatakan itu anak dia. Jadi saya nampak semacam ada satu kelonggaran di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ini.

"Jadi, adakah ujian DNA perlu dibuat untuk menentukan seseorang itu adalah sah anaknya dan bukan anak angkat," katanya.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dibahaskan 57 Ahli Parlimen hari ini, dengan sesi penggulungan dan pengundian dijadual esok.

 
Back
Top
Log in Register