Kerajaan DAP pilih bulu roboh gerai?

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BUTTERWORTH 26 Nov. - Di sebalik tindakan agresif agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai penjaja sejak kebelakangan ini, banyak gerai lain yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti dibiarkan beroperasi tanpa diambil tindakan.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kerajaan negeri bersikap adil memandangkan gerai-gerai berkenaan secara terang-terangan tidak mengikut peraturan termasuk didirikan melebihi bahu jalan sehingga sering menyebabkan kesesakan trafik.

Keadaan itu boleh dilihat di sekitar Taman Chai Leng dan berhampiran Kompleks Makanan Sin Tat di Jalan Raja Uda di sini yang sinonim dengan keadaan sesak ekoran kewujudan gerai-gerai yang didirikan di bahu-bahu jalan.

Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Saadin Kadir berkata, kerajaan negeri seolah-olah bersikap pilih bulu dalam mengambil tindakan dengan hanya memberi tumpuan terhadap sesetengah peniaga kecil sahaja.

''Sikap pilih bulu ini begitu ketara. Kalau betul kerajaan negeri mahu bersikap adil kenapa gerai lain yang terang-terang melanggar peraturan terlepas daripada tindakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kerajaan negeri kebelakangan ini bertindak merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil kerana didakwa beroperasi secara haram.

Terbaru, enam pengusaha gerai makanan dan minuman di Bandar Perda, dekat sini hilang mata pencarian selepas gerai mereka dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam satu operasi semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi itu, pelbagai peralatan termasuk khemah dan payung gerai, dapur, meja serta kerusi milik peniaga terbabit dirampas.

Saadin berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan kawasan tersebut boleh dijadikan lokasi tapak perniagaan sementara bagi memberi peluang kepada peniaga terbabit mencari rezeki.

Menurutnya, alasan yang diberikan kepada peniaga terbabit bahawa gerai mereka mengganggu lalu lintas juga tidak munasabah memandangkan mereka sudah berniaga sejak bertahun yang lalu tanpa sebarang masalah.

''Tetapi keadaan trafik yang sesak di Jalan Raja Uda misalnya tidak pula diberi perhatian sedangkan umum mengetahui kesesakan di situ berpunca daripada kewujudan gerai-gerai yang dibina berhampiran jalan," jelasnya.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Rasanya mana mana bandaran pun perangai sama saja...kalau gerai melayu memang cepat kena roboh atau saman tapi gerai bangsa asing memang lepas punya
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
Rasanya mana mana bandaran pun perangai sama saja...kalau gerai melayu memang cepat kena roboh atau saman tapi gerai bangsa asing memang lepas punya
majlis mmg perangai mcm tu ... ~X(~X( kat man pun sama aje
 

nikcashworld

Super Active Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
9,007
Reaction score
5
Points
65
kita ada undang2 dan peraturan...ni susah kerja penguatkuasa...heeee
 

nikcashworld

Super Active Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
9,007
Reaction score
5
Points
65
buat salah....tak buat salah...semua salahhhh....
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
kalo gerai melayu mmg cpt je kne roboh..gerai cine xde pon..
yg robohkn org melayu gak..
 

azamnetwork

Active Member
Joined
Aug 26, 2007
Messages
1,073
Reaction score
13
Points
25
orang melayu yang robohkan tu takpa bro, dia menjalankan tugas. kang tak roboh nanti dia pulak kena buang kerja. sikap pemimpim pilih bulu ni yang tak boleh terima. tapi penang memang obvious laa sikap pilih bulu menteri dia. terang-terang dia ambil tindakan kepada peniaga2 melayu kebanyaakan nya
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,337
Reaction score
1,548
Points
201
bayar je ... kompom x kene roboh ...
 

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
x mashyuk kena roboh la:))
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
tumpang tanya .... kerajaan negeri ada kuasa ke atas PBT ke ?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register