BTC USD 97,531.6 Gold USD 2,688.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan cari jalan selesaikan masalah projek tebatan banjir di Kelantan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,541
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,541
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Kerajaan cari jalan selesaikan masalah projek tebatan banjir di Kelantan

Kerajaan cari jalan selesaikan masalah projek tebatan banjir di Kelantan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyaksikan majlis menandatangani dokumen antara Pengarah Jurutera Awam Penguasa Kanan Jabatan Kerja Raya (JRK) Kelantan Ir Zakaria Semail (kanan) kepada Timbalan Setiausaha bahagian kanan, Bahagian Pembangunan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) Mohd Rashidi Yahaya (dua,kanan) pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di sini hari ini. - Foto BERNAMA
BACHOK: Kerajaan akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah projek tebatan banjir di Kelantan dan memastikan ia siap mengikut masa yang ditetapkan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kerajaan Persekutuan akan memastikan projek berkenaan disiapkan sebagaimana yang dirancang.

"Kini menjelang musim tengkujuh dan Kelantan sering berdepan masalah banjir. Kelantan menjadi salah satu fokus dan projek tebatan banjir kini ada masalah.

"Saya akan turun sekali lagi ke Kelantan untuk mencari jalan penyelesaian supaya kita dapat menyiapkan mengikut sebagaimana yang dirancang.

"Cuma sekarang ini kita mahu menyelesaikan masalah kontraktor," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan projek tebatan banjir dan loji bekalan air bersih di Kelantan perlu disegerakan.

Perdana Menteri berkata, projek itu perlu dilakukan demi kepentingan rakyat negeri meskipun kedua-dua projek membabitkan kos yang agak tinggi.

Dalam perkembangan lain, Fadillah berkata, satu lagi projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) Fasa 2B akan bermula November ini.

Projek itu tertangguh selepas kontraktor yang sebelum ini dilantik tidak mampu menyiapkan projek yang kemudiannya ditamatkan perkhidmatannya.

KBKK bagi Pakej 2B membabitkan projek sejauh 6.2 kilometer dari Ketereh ke Kok Lanas dijangka siap sepenuhnya 2026.
 
Sponsored Post

MB saran solat hajat hadapi musim tengkujuh

AZMI YUSOFOctober 16, 2024

Foto hiasan.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri berharap rakyat Kelantan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan sepanjang musim tengkujuh dijangka bermula November ini.

Menteri Besar (MB), Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, ada ramalan dikeluarkan agensi berkaitan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan tahun ini.

“Saya menyeru seluruh rakyat Kelantan agar mengadakan solat hajat memohon kepada Allah SWT kurniakan kesejahteraan dan dijauhi segala musibah tidak diingini berlaku,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Musim tengkujuh dijangka berlaku bermula November ini hingga Mac 2025 bakal menyaksikan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan terutamanya di Pantai Timur.

Menurut Jabatan Meteorologi, episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember.

Kerajaan Kelantan turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menambah jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi banjir.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Rohani Ibrahim sebelum ini memberitahu semua agensi terbabit turut diminta membuat persediaan rapi sebagai persediaan banjir. – HARAKAHDAILY 16/10/2024
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register