Kerajaan cadang beli semua tanah di Kampung Baru

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,335
Reaction score
20,969
Points
1,671
Credits
0
Belum putuskan 'nasib' Kampung Baru



“SAYA akan terlebih dahulu mendengar taklimat kementerian dan meneliti Pelan Pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya,” ujar Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.


Menurutnya, beliau terlebih dahulu akan mengenali kesemua agensi di bawah kementerian itu dan mendengar taklimat mengenainya.

“Beri peluang terlebih dahulu kepada saya untuk mendengar taklimat oleh ketua-ketua jabatan. Mereka patut beri taklimat kepada saya dan ia tidak akan mengambil masa yang lama. Profesion saya sebelum ini ialah seorang perancang bandar.

“Tidak terlalu sukar untuk saya memahaminya ...kemudian saya akan buat keputusan,” katanya sebelum memulakan sesi taklimat bersama kesemua agensi di bawah kementerian diterajuinya di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Annuar mengulas mengenai saranan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang dilaporkan berharap barisan Kabinet baharu akan meneruskan Pelan Pembangunan Kampung Baru dan tidak membatalkannya.

Berpengalaman luas dalam aspek perancangan bandar dan menjadi Ahli Institut Perancang Malaysia, Annuar juga pernah berkhidmat sebagai penolong pengarah Perancang Bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1981 hingga 1982.

Ditanya mengenai kenyataannya di laman Twitternya, Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata kerajaan baharu yang baru dibentuk akan berusaha menyelesaikan permasalahan besar yang dihadapi negara demi rakyat.

 
Sponsored Post
Joined
Oct 6, 2015
Messages
26
Reaction score
6
Points
8
Credits
0
teliti la sangat, senang cite ko just let go Kampung Baru cam Kampong Glam, xyah nak clear kawasan buat serba canggih, just performance kemudahan saja...tgk area Kampong Glam serta Masjid Sultan..rilek je..x canggih tapi hapenning
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,335
Reaction score
20,969
Points
1,671
Credits
0
Hampir 40 peratus tak setuju pembangunan semula Kampung Baru



KUALA LUMPUR: Hampir 40 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru tidak bersetuju dengan pelan pembangunan semula kampung berkenaan yang dicadangkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata hanya sekitar 61 peratus pemilik dan pewaris tanah yang bersetuju dengan kaedah pembangunan semula yang dicadangkan sebelum ini.

Menerusi taklimat ketika bertemu pengurusan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) pagi tadi, beliau mendapati ada beberapa masalah dan komplikasi besar yang tidak dimaklumkan kepada umum sebelum ini, yang perlu diberi perhatian.

“Berdasarkan taklimat itu, perlu beberapa tindakan susulan terutama berkemungkinan saya perlu membentuk satu jawatankuasa profesional terdiri daripada pakar pembangunan dan perundangan, serta individu daripada sektor pembinaan kerana ada beberapa masalah dan komplikasi agak besar yang tak dikongsi kepada umum sebelum ini.

“Ini termasuklah hanya 61 peratus pemilik dan pewaris tanah yang bersetuju dengan cara yang dicadangkan, dan hampir 40 peratus tak bersetuju, iaitu satu jumlah yang agak besar.

“Jika status kekal begini, ia menimbulkan persoalan besar kerana kita tidak harus melakukan sesuatu yang tidak dipersetujui pemilik tanah,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar mengesan beberapa masalah lain yang timbul daripada rancangan pembangunan semula Kampung Baru itu, membabitkan isu perundangan serta pihak yang akan dipertanggungjawab memajukan Kampung Baru.

Katanya, kerajaan sebelum ini juga belum menyediakan sebarang peruntukan untuk membeli tanah Kampung Baru, dengan anggaran yang belum dimuktamadkan adalah sekitar RM7 bilion.

“Saya pernah buat tesis berkenaan Kampung Baru dulu, dan nampaknya isu yang dibincangkan secara akademik pada 30 atau 40 tahun lalu, masih wujud sampai sekarang.

“Sesuatu perlu difikirkan kerana yang jelas, pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru wajar menikmati kemajuan dan pembangunan, sejajar pembangunan Kuala Lumpur,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan di bawah pentadbiran PH akan memuktamadkan rancangan pembangunan semula Kampung Baru pada Jun depan.

Pada 24 Oktober tahun lalu, kerajaan membuat tawaran muktamad kepada penduduk Kampung Baru untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembangunan semula pada harga RM1,000 satu kaki persegi, iaitu RM850 secara pulangan tunai dan baki RM150 dalam bentuk pegangan saham.

 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,705
Reaction score
2,255
Points
191
Credits
0
Standby utk jilat ludah masing2... 😆

tapi aku doakan moga2 harapnya idak lah ye... kesian sumpah seranah maki hamun tu jdi sia2 belake udahnya ia menjadi perkara fitnah semata2....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,335
Reaction score
20,969
Points
1,671
Credits
0
Tiada dana bangunkan Kg Baru

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata tiada dana atau peruntukan untuk membiayai pelan pembangunan mega Kampung Baru setakat ini.


“(Masalah) paling besar, siapa sebenarnya yang akan memajukan Kampung Baru?

“Kerana setakat ini, tak ada sebarang peruntukan, tak ada dana yang sangat besar yang diperlukan untuk membeli (tanah), kalau pun semua setuju (menjual tanah),” katanya dalam siaran langsung Faceboknya semalam.

Katanya, pembelian keseluruhan tanah di Kampung Baru akan menelan hampir RM7 bilion, sedangkan masih terdapat beberapa masalah agak besar yang tidak dikongsi sebelum ini kepada khalayak.

Hal itu termasuklah masih ada hampir 40 peratus pemilik atau pewaris tanah tidak bersetuju menjual tanah mereka yang menurut Annuar, satu jumlah yang besar.

“Kita tidak harus melakukan sesuatu yang tidak disenangi atau tak dipersetujui oleh pemilik tanah,” katanya lagi.

Annuar berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru semalam dan diberikan taklimat oleh pegawai eksekutif dan pegawai-pegawai terbabit berhubung perkara itu.

Pembangunan Kg Baru tidak mudah

Jelasnya, pembangunan Kampung Baru adalah satu hal yang “tidak mudah” baik dari segi perundangan mahupun perancangan fizikalnya.

Beliau yang pernah menghasilkan tesis berhubung pembangunan Kampung Baru, berkata masalah yang pernah dihadapi sejak 30 hingga 40 tahun lalu masih wujud di Kampung Baru sehingga ke hari ini.

“Bagaimanapun, satu perkara yang pasti, kita harus melakukan sesuatu yang sesuai untuk memastikan tuan-tuan tanah di Kampung Baru dan Kampung Baru itu sendiri mesti menikmati kemajuan pembangunan yang sejajar dengan pembangunan Kuala Lumpur,” katanya.

Annuar berkata beliau berhasrat membentuk satu jawatankuasa profesional terdiri daripada pakar, termasuklah daripada bidang pembangunan, perundangan, pembinaan dan sebagainya bagi mengkaji perkara tersebut.

Isu projek pembangunan Kampung Baru yang diperjuangkan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, sempat menjadi polemik tahun lalu apabila penduduk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap harga yang ditawarkan kerajaan untuk pembelian tanah.

Khalid pada November tahun lalu berkata projek pembangunan itu akan dimulakan pada Jun tahun ini, sekiranya persetujuan diperoleh daripada sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk.

Bulan lalu, Annuar meminta diberikan masa untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Beliau pada tahun lalu pernah menyuarakan pandangan bahawa isu itu tidak perlu dipolitikkan dan boleh diselesaikan jika pemilik tanah ditawarkan dengan harga pasaran untuk tanah milik mereka.

Sebelum ini kerajaan PH menawarkan harga RM1,000 untuk setiap kaki persegi tanah yang akan dibangunkan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
Ia membabitkan semua urusan perbandaran termasuk lesen penjaja dan lalu lintas

#BHnasional

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,359
Reaction score
1,922
Points
206
Credits
17
preserve jelah kampung baru ni.
cuba buat cadangan-cadangan macam ni pada kampung baru cina, mau meloncat cina.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,630
Reaction score
1,965
Points
201
Credits
0
preserve jelah kampung baru ni.
cuba buat cadangan-cadangan macam ni pada kampung baru cina, mau meloncat cina.
Malaysia ni ada tanah sikit semua nak buat bangunan tinggi2. tengok kondo je tanah kecik tapi menjulang ke atas siap parking bertingkat.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
preserve jelah kampung baru ni.
cuba buat cadangan-cadangan macam ni pada kampung baru cina, mau meloncat cina.
Kampung² cina jarang dibuat pembangunan
Elok je terjaga bangunan² lama
Tapi perkampungan melayu la selalu nak dibangunkan
Tak semua
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,359
Reaction score
1,922
Points
206
Credits
17
Malaysia ni ada tanah sikit semua nak buat bangunan tinggi2. tengok kondo je tanah kecik tapi menjulang ke atas siap parking bertingkat.
semua sebab duit ma.
baik wa bikin bangunan tinggi boleh juai manyak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register