BTC USD 38,092.6 Gold USD 1,831.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan cadang beli semua tanah di Kampung Baru

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,256
Points
1,831
Awards
1
bf519eebc79de9d1f86a66b7a981a749.jpg


PUTRAJAYA memerlukan antara RM6 bilion hingga RM10 bilion untuk membeli semua tanah daripada pemilik tanah di Kg Baru supaya penempatan tanah rizab Melayu di tengah ibu kota itu boleh dibangunkan semula tanpa menghapuskan identiti dan statusnya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Keputusan kerajaan untuk membeli semua tanah dari pemilik tanah akan membolehkan kawasan itu mengekalkan status rizab Melayu, katanya.

Ia juga memastikan pembangunan semula yang lebih terancang di kawasan itu, katanya hari ini.

Dengan campur tangan kerajaan membeli tanah tersebut, ia juga boleh menghalang pemaju menjual hartanah tidak terjual kepada orang bukan Melayu.

“Cadangan kami adalah supaya kerajaan mengambil alih Kg Baru. Untuk itu, kami perlukan duit mencukupi untuk beli keseluruhan (tanah) daripada pemilik.

“Kita bangunkan tersusun bagaikan bandar baharu mengikut pelan asal. Ia akan dibangunkan secara runcit tapi kita nak kekalkan sebagai kawasan Melayu, ada rumah mampu milik, kawasan perniagaan yang boleh dikendalikan penduduk.

“Pengiraan harga bergantung kepada tawaran dan rundingan sama ada nak ambil rumah atau duit, tapi kalau semua nak amik duit, jumlah (duit) kita kena sediakan dalam RM6 hingga RM10 bilion.”

Kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk memberikan pemilik tanah gabungan wang tunai dan apartmen.

Tentang bagaimana dana itu akan diperolehi, Khalid berkata terdapat beberapa pilihan.

Salah satunya adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan sukuk khas, tambahnya.

“Satu lagi adalah mewujudkan syarikat bertujuan khas, yang akan membuat pinjaman dijamin DBKL untuk membiayai pembelian itu.”

Tetapi, beliau turut menyatakan yang semua ini bergantung kepada rundingan antara pemilik tanah dan bentuk pampasan yang dimahukan mereka.

Tambahnya, hampir 80% penduduk Kg Baru bersetuju dengan usaha kerajaan mengambil alih tanah mereka berbanding menjualnya kepada pihak persendirian. – 22 April, 2019.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/149508

RM61 bilion bangunkan semula Kampung Baru

image.jpg

Muhyiddin Yassin melihat cadangan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan), Johari Abdul Ghani (kiri) dan Astaman Abdul Aziz (dua dari kiri). – utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) bakal melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM61 bilion dan merangkumi kawasan lantai pembangunan seluas 8.36 juta meter per segi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penyediaan pelan induk itu memfokuskan kepada dua aspek penting iaitu perancangan fizikal dan pengurusan pembangunan Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan berkeluasan 121.9 hektar.

“Apa yang pasti, kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa pembangunan semula Kampung Baru tidak akan sesekali meminggir dan mengabaikan hak pemilik dan pewaris tanah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran PITPKB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Datuk Astaman Abdul Aziz.

Menurut Muhyiddin, PKB telah mengadakan sebanyak lima sesi program turun padang yang dihadiri 2,388 orang atau 56 peratus pemilik tanah Kampung Baru dan sebanyak 88 peratus daripadanya menyatakan persetujuan untuk penempatan itu dibangunkan.

“Selebihnya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Semua usaha ini diadakan bagi memastikan penyediaan pelan induk ini adalah bersifat menyeluruh dan meraih sokongan serta persetujuan penduduk setempat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembangunan Kampung Baru itu bakal dilaksanakan di kawasan yang dianggarkan tiga kali lebih luas daripada pembangunan keseluruhan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan dijangka mewujudkan sebanyak 46,237 peluang pekerjaan menjelang tahun 2035.

“Jumlah penduduk di Kampung Baru turut diunjur meningkat kepada 77,000 orang berbanding 18,732 orang pada masa kini. Bagi menampung jumlah berkenaan, pelan induk ini menetapkan penyediaan 17,500 unit kediaman dengan 2,100 kediaman difokuskan kepada pewaris serta anak-anak Kampung Baru,” katanya.

Beliau memberitahu, pelan induk itu turut memberi penekanan kepada peningkatan kemudahan infrastruktur termasuk stesen Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2 serta kemudahan masyarakat merangkumi sekolah, masjid dan taska.

“Pelan induk ini bakal mengubah landskap bandar raya Kuala Lumpur sekali gus menjadikan Kampung Baru sebagai satu-satunya penempatan Melayu yang ikonik di tengah-tengah ibu negara,” katanya.

Muhyiddin turut menyeru agar pihak swasta, badan korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan Kampung Baru dan seterusnya merangsang minat pelabur.

Sementara itu, dalam sidang akhbar sempena majlis berkenaan, Muhyiddin memberitahu, kerajaan berharap PKB dapat menyegerakan pelaksanaan fasa pertama projek pembangunan yang akan mengambil tempoh sehingga tahun 2035 agar semua pemilik tanah dapat melihat manfaat pembangunan berkenaan.

Jelas beliau, kerajaan mempunyai peruntukan undang-undang untuk tanah-tanah di Kampung Baru diambil untuk tujuan pembangunan namun beliau berharap PKB dapat berbincang dengan seluruh pemilik tanah dan waris terlibat bagi mendapatkan persetujuan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/kg-baru-dibangun-semula-rm61b-1.48312#sthash.ELaVmy8m.dpuf
 
88 peratus pemilik, waris setuju hasrat kerajaan beli Kampung Baru

DIANGGARKAN 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersetuju dengan hasrat kerajaan membeli tanah milik mereka, kata Pengarah Pengurusan dan Komunikasi Korporat Perbadanan Kampung Baru, Roslan Mohamad


“Kita dah buat kajian dan tinjauan memang 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru setuju jika tanah mereka dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan bersepadu.

“Jika pemilik dan pewaris bersetuju dengan penjualan tanah ini kepada kerajaan, maka penyewa atau pengusaha premis di Kampung Baru juga harus bersetuju untuk menjualnya kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun Roslan menetapkan syarat, dalam tempoh kerajaan melaksanakan projek pembangunan di Kampung Baru kelak, penduduk mahu rumah transit bagi pemindahan sementara mereka juga dibina di situ.

“Nanti jika tanah ini jadi dijual kepada kerajaan, kami penduduk mahu kerajaan sediakan rumah transit sebelum rumah kekal kami siap juga di Kampung Baru,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu negara.

Khalid berkata, dana sebanyak itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.

Bagaimanapun katanya, dana RM10 bilion diperlukan dengan syarat seluruh pemilik tanah di Kampung Baru bersetuju menerima tunai sebagai rundingan pengambilalihan tanah milik mereka untuk dibangunkan pemaju yang akan dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejarah Kampung Baru sebagai kawasan penempatan orang Melayu terbesar di ibu kota bermula pada 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman).

Kampung Baru ini telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur daripada sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama.

Keluasan asalnya ialah 223 ekar dan menaungi tujuh kampung, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Seiring itu, Malay Agricultural Settlement (MAS) ditubuhkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baru di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS.

Antara lain, MAS boleh membuat undang-undang kecil sendiri dan bertanggungjawab melulus dan menetapkan syarat pelan bangunan dan sambungan rumah. - MStar

kb.ashx

Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1

KAMPUNG_BARU_1555944358.jpg


PINTU Gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru (gambar hiasan). FOTO Saifullizan Tamadi

Dana sehingga RM10 bilion diperlukan beli tanah Kampung Baru


KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan melihat kemungkinan memerlukan suntikan dana sebanyak RM6 bilion hingga RM10 bilion sekiranya berhasrat membeli tanah Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi tujuan pembangunan.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sedang mengkaji mekanisme terbaik bagi mendapatkan dana itu, termasuk mungkin membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan bon perbandaran atau sukuk seperti yang diamalkan di negara maju.

“Masalah pembangunan di Kampung Baru satu sahaja, iaitu nak adakan duit mencukupi untuk membeli seluruh tanah lebih kurang 250 ekar daripada pemilik supaya kita boleh bangunkan secara tersusun, bersepadu dan mengikut pelan menyeluruh.

“Bagaimanapun, dana ini diperlukan dengan syarat seluruh pemilik tanah bersetuju menerima tunai sebagai rundingan pengambilalihan tanah mereka untuk dibangunkan pemaju yang akan dilantik,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini sempena setahun Pakatan Harapan mentadbir negara.

Khalid berkata, perancangan menyeluruh penting kerana pembelian tanah secara terus daripada pemaju dan kemudian dibangunkan secara runcit seperti dilaksanakan sebelum ini tidak menghasilkan pembangunan terancang dan bersepadu.

Malah, Khalid berkata, maklum balas diperolehinya mendapati rata-rata penduduk di Kampung Baru sebenarnya lebih berminat sekiranya tanah mereka dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan, berbanding pembelian oleh pemaju swasta.

Justeru, beliau secara peribadi meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menyelesaikan isu pembangunan Kampung Baru dalam penggal ini juga dan berharap ianya mendapat kerjasama serta persetujuan oleh penduduk kawasan terbabit.

“Kalau dibiarkan (tanpa kemajuan) Kampung Baru akan menjadi satu kawasan yang tidak terjaga sehingga mencacatkan pemandangan kawasan kampung Melayu itu di mata pelancong sedangkan kawasan itu cukup bernilai dan dapat dimanfaatkan,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...on-diperlukan-beli-tanah-kampung-baru-metrotv
 

BenVentures

Super Active Member
gem
Messages
9,466
Joined
May 10, 2018
Messages
9,466
Reaction score
563
Points
121
Please dont use govt money for a project exclusively for only the malays. Use malay funded capital and develop using that fund. then only you can sell exclusively for the malays. Then let us see whether project is sustainable.
 

Skuter

Active Member
Messages
1,009
Joined
Dec 1, 2016
Messages
1,009
Reaction score
58
Points
30
Dah berapa kali kena tipu itu free ini free itu turun ini turun. Dah ada kuasa itu bayar ini bayar ini naik itu naik. Felda, TH, Sawit, Petrol, menara TM, saham, matawang abis terlangkup. Semua kena game.

Nak bagi puak ni handle kampung Baru pulak? Next story: Dalam sejarah Kampung Baru pulak kena game.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,591
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,977
Points
201
habis tanah melayu kat kl nak ambik bagi kat kiasu ke??
 

waepy

Active+ Member
Messages
4,626
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
dah plan lama...
sejak zaman Najib tp berapa kali uturn sbb pembangkang hasut rakyat bantah...
skrg pembangkang dah jd kerajaan, tiada halangan lagi utk pindahkan kampung baru...
seronok tak jadi macai politik?

kena kencing, bergaduh sakan kat CG dulu, sorang duk kafirkan UMNO, sorang duk caci maki lawan...
peimpin yang diangkat sama jer, meneruskan legasi lama, malah lebih teruk lagi tak berpendidikan langsung, jd menteri gaji berpuluh ribu tak masuk duit tepi lagi...
jd bahan lawak setiap hari, sepandai2 maszlee pun kena tipu dengan timbalannya...
yg belajar kulinari sekerat jalan lagilah, entah apa yg dibincangkan dgn menteri pertahanan lain, pandai angguk jerlah...
dulu sembang kencang, jd menteri menikus sbb x reti wat kerja..
ikut jerlah kata2 ahli perniagaan yg selalu berkunjung ke pejabat menteri, rumah menteri...
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,256
Points
1,831
Awards
1
Najib Razak
10 hrs ·

Di satu sidang akhbar pagi tadi, Menteri HARAPAN Coin kata rumah-rumah Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah amat memalukan jika ditunjuk kepada pelawat asing.

Oleh itu, dia nak gunakan DBKL untuk pinjam sehingga RM10 bilion untuk beli semua rumah-rumah dan tanah-tanah orang Melayu di sana supaya ianya boleh dirobohkan dan diberi kepada syarikat pemaju untuk dimajukan.

Tunggu apa lagi? Cepatlah buat.

DAP banyak kawan-kawan tokay pemaju.

https://www.malaysiakini.com/news/473211

58571107_10156027471090952_2721989047722442752_n.png
 

wataktau

Banned
Messages
1,510
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
424
Points
41
Nak kencing penduduk kampung baru pulak? Hamjadah tul PH ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register