Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus


GAMBAR menunjukkan kereta sport Lotus New Esprit.​

NORWICH - Pengeluar kereta sport Lotus merancang untuk menghasilkan kereta sport di luar Britain selepas kerajaan Britain enggan memberi pinjaman berjumlah £50 juta (RM248.80 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lotus memerlukan wang itu untuk menaik taraf kilangnya bagi mengeluarkan lima buah model baru selain model sedia ada, Lotus Elise yang mampu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar memberitahu beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Britain itu.

"Saya tidak faham kerajaan (kerana tidak meluluskan pinjaman). Ini adalah peluang untuk membantu satu jenama ikon Britain dan mencipta peluang pekerjaan. Lotus mahu memohon pinjaman dengan terma komersial, bukannya hadiah daripada kerajaan," kata Bahar.

Lotus kini milik syarikat pengeluar kereta dari Malaysia, Proton sejak 1994.

Pemilik syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabatnya di Hethel, dekat Norwich untuk pasukan jurutera, pereka dan kakitangan pemasarannya.

Keputusan mengeluarkan kereta sport Lotus di luar Britain akan mengurangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga tempatan. Lokasi kilang barunya akan diputuskan sebelum Krismas ini.

Syarikat Lotus diasaskan oleh seorang jurutera, Colin Chapman pada tahun 1952 yang pernah belajar di Universiti College di London.

Kilang pertamanya ialah di dalam sebuah bangsal lama di London Utara milik keluarga kekasihnya.

Operasi kilang itu kemudiannya berpindah ke Hethel pada tahun 1966.

Jenama Lotus mula terkenal di seluruh dunia apabila ia menyertai pelumbaan Formula satu pada tahun 1958 dan memenangi sebanyak 79 perlumbaan.

Kereta lumba ciptaan Chapman juga pernah dipandu oleh pelumba terkenal Britain, Jim Clark. - Agensi
 
Sponsored Post

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Depa kerajaan British dah pokai sbb kenduri kawen prince William je dah pakai puloh juta pound sterling
 

theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
cuba try pinjam kerajaan malaysia, mane tau si pak jib nk bagi, dorang ni mmg ske buang2 duit....
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
cuba try pinjam kerajaan malaysia, mane tau si pak jib nk bagi, dorang ni mmg ske buang2 duit....
cuba mintak loan ngan kak mah ....kak mah minat bab2 mengupgrade2 nie ...

opsss...kak mah minat ke kete ??...:)):))
 

theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
cuba mintak loan ngan kak mah ....kak mah minat bab2 mengupgrade2 nie ...

opsss...kak mah minat ke kete ??...:)):))
lupa plak aku, kak mah nie, psal duit no 1, pastu no 2 baru laki dia dan konco2 nyer..muahahahaha

hahaha,kalau pulangan dia lumayan for sure kak mah kate never say NO for this loan, kita accept jer
!
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
RM248juta je...baik gomen malaysia tolong n buka kilang kat sini. Kos ni lebey murah daripada masuk team F1 yg lagi byk membazir
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
RM248juta je...baik gomen malaysia tolong n buka kilang kat sini. Kos ni lebey murah daripada masuk team F1 yg lagi byk membazir
gomen nak buat menara la...

nanti kalau ada extra fund, diorang tolong kut?
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
RM248juta je...baik gomen malaysia tolong n buka kilang kat sini. Kos ni lebey murah daripada masuk team F1 yg lagi byk membazir
takleh woo.. nanti jadi rm2.48 bilion.
pehtu keter punya tingkap takleh kerja.
 

mnzaim

Active+ Member
Joined
Oct 6, 2010
Messages
2,850
Reaction score
20
Points
25
takleh woo.. nanti jadi rm2.48 bilion.
pehtu keter punya tingkap takleh kerja.
hahaha..yg ni ada betulnye...pastu last2 jadi Gajah Putih, duit ntah ke mana, projek ntah ke mana
 
Sponsored Post
Top
Log in Register