Kerajaan beri perhatian kepada kumpulan PLKN bekerja dan bermasalah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan memberi tumpuan kepada remaja yang berkerja dan bermasalah untuk menarik mereka menyertai latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila diarahkan berbuat demikian.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka ditempatkan dalam kumpulan tiga dan empat dalam setiap siri PLKN tetapi pada kebanyakan masa, mereka mengelak daripada menyertai latihan wajib itu.

Katanya, dalam empat kumpulan siri PLKN, kumpulan ketiga dan keempat merupakan kumpulan yang sering memberi cabaran kepada PLKN berbanding pelatih daripada dalam kumpulan satu dan dua.

"Kumpulan satu ini tidak ada masalah kerana mereka (pelatih) baru lepas (tamat) sekolah. Yang ada masalah adalah pengambilan (kumpulan) tiga dan empat yang sering mengelakkan diri daripada menyertai PLKN," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta PLKN Siri 7/2010 di pekarangan Stadium Bukit Jalil di sini, hari ini. - Bernama
 
Top
Log in Register