BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Baharu Perancis Perkenal Belanjawan Berhemat

Md Hanif

Active Member
Messages
1,093
Joined
Jun 13, 2023
Messages
1,093
Reaction score
82
Points
35
32425bb7a4e38e1c75be860ba3e400786708f63d93f63

Perdana Menteri Perancis Michel Barnier. Foto: REUTERS

PARIS, 11 Okt (Bernama-dpa) -- Kerajaan baharu Perancis yang diterajui oleh Perdana Menteri Michel Barnier telah memperkenalkan belanjawan berhemat yang bertujuan menangani hutang negara yang tinggi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut penjelasan yang diberikan oleh kerajaan selepas mesyuarat Kabinet pada Khamis, rancangan itu bertujuan untuk menjimatkan dan menjana tambahan €60 bilion (US$65.5 bilion) pada tahun hadapan.
Dua pertiga daripada jumlah itu dijangka daripada pemotongan perbelanjaan, dengan baki sepertiga daripada kenaikan cukai yang menyasarkan syarikat dan isi rumah berpendapatan tinggi.

Disebabkan defisit yang terlalu tinggi, Suruhanjaya Eropah sedang menjalankan prosedur defisit terhadap Perancis. Menjelang akhir Oktober, Perancis mesti mengemukakan pelan penyatuan kepada Brussels.

Bagi tahun semasa, Perancis menjangkakan defisit belanjawan sebanyak 6.1 peratus, yang akan dikurangkan kepada lima peratus menjelang 2025 dan dikembalikan di bawah had Eropah iaitu tiga peratus menjelang 2029.

Belanjawan berhemat itu menghadapi tentangan di Parlimen. Malah sebelum pembentangannya, terdapat kritikan daripada pemimpin nasionalis berhaluan kiri dan kanan.

Terdapat juga keraguan dalam kalangan anggota kerajaan sendiri, dengan beberapa anggota yang tidak berpuas hati dengan pemotongan bajet.

 
Back
Top
Log in Register