BTC USD 35,326.6 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1

Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin​


August 21, 2021 11:55 PM

Ahmad-Maslan-dan-Abdul-Rahman-Dahlan.jpg


Ahmad Maslan (kiri) dan Abdul Rahman Dahlan berkata, Barisan Nasional bukannya parti komponen Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno berkata, kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bukannya kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang disifatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS,” katanya di Facebook.

Ahmad mengulas kenyataan Muhyiddin selepas menemui Ismail hari ini yang menyatakan beliau akan terus membantu kerajaan PN.



“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” demikian menurut catatan Muhyiddin di Facebook.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata, jenama PN sebagai kerajaan persekutuan berakhir hari ini.
Malah katanya, BN bukannya parti komponen PN.

“Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan PN.

“Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan PN,” katanya dalam catatan di Facebook

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
1629613257509.png


Umno dan Bersatu tak sefahaman isu nama kerajaan baru​

Diterbitkan 22 Aug 2021, 9:10 am

Dikemaskini 9:15 am



Walaupun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sedang menikmati saat-saat awal jawatan barunya, perselisihan mengenai apakah kerajaan baru adalah kesinambungan dari Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yassin atau tidak mula timbul.

Muhyiddin, ketika mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri merujuk kerajaan baru itu sebagai kerajaan PN.

"Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

"Saya mendoakan semoga YAB Dato' Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan," katanya dalam catatan di laman Facebooknya semalam.

Seorang lagi pemimpin Bersatu, Azmin Ali juga dipetik media sebagai berkata "Saya percaya Ismail akan terus memimpin kerajaan PN" dengan fokus pada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Ini juga merupakan kali kedua Muhyiddin merujuk kerajaan di bawah pimpinan Ismail sebagai PN, bukannya BN.

3175e1e5becdc95aeb084276f4d8e099.jpg


Dengan 50 ahli parlimen, PN adalah rakan kongsi terbesar dalam pentadbiran Ismail yang mendapat sokongan 114 ahli parlimen. BN mempunyai 42 ahli parlimen.

Muhyiddin dan Azmin membantu mencetuskan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan menubuhkan kerajaan PN.
Kerajaan PN jatuh selepas ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Sejak Bersatu bekerjasama dengan Umno, PAS, GPS dan parti-parti kecil lain, ia juga telah kehilangan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan negeri Perak, Kedah dan Johor.

Ahmad Maslan, Rahman Dahlan bantah
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menjelaskan pandangannya ketika dia mengumumkan bahawa kerajaan baru "bukan kerajaan PN" tetapi "kerajaan Malaysia" termasuk parti-parti dari Barisan Nasional, PN, Gabungan Parti Sarawak dan juga Parti Bersatu Sabah.

"Kerajaan baru ini pada saya bukan kerajaan PN tapi adalah Kkrajaan Malaysia yang dianggotai parti-parti BN, PN, GPS dan PBS. Ini kerajaan campuran.

PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS, "kata ahli Parlimen Pontian itu
Bekas menteri dan anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan malah mempertikaikan bahawa rejim Muhyiddin sebelumn ini adalah kerajaan PN.

"Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan Perikatan Nasional.

"Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan Perikatan Nasional," katanya.

af7d7441460fd953e807bf1c34672784.jpeg


Ismail dilantik sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia setelah mendapat sokongan 114 anggota Parlimen.

Muhyiddin sebelumnya mengatakan bahawa sokongan kepada Ismail dari 50 anggota parlimen PN adalah dengan syarat tidak ada yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah yang akan dilantik ke kabinet.

Ini dilihat sebagai usaha untuk menyekat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi - yang dibicara di mahkamah atas tuduhan rasuah.
Zahid dilihat sebagai pemimpin Umno yang bertannggungjawab menggulingkan presiden Bersatu dari jawatan perdana menteri.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1

Pentadbiran pimpinan Ismail masih dianggap kerajaan PN, kata Faizal​


August 22, 2021 1:24 PM

AHMAD_FAIZAL_AZUMU_PEJA_PERAK_MB_FMT_19102020-2.jpg


Ahmad Faizal Azumu berkata beliau percaya mereka mewakili kerajaan PN.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menganggap pentadbiran kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob masih lagi atas nama Perikatan Nasional (PN).

Ia berikutan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Ismail adalah daripada gabungan PN, manakala Barisan Nasional (BN) hanya 41.

“Pada kami ini kerajaan PN, kawan sebelah (BN) ada 41, kami percaya kami mewakili kerajaan PN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi PN yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nama kerajaan pimpinan Ismail sama ada kekal dibawah nama PN pimpinan Muhyidin sebelum ini atau mengguna nama baharu.



Seramai 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ismail sebagai perdana menteri, terdiri daripada PN (54), BN (41), GPS (18) dan PBS (1).
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada PN,BN, PN,GPS dan PBS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berkata, soal nama kerajaan baharu di bawah kepimpinan Ismail, bukanlah isu besar sebaliknya yang penting kesepakatan antara parti BN, PN, GPS, PBS, dan beberapa yang lain dalam mentadbir negara.

Terdahulu pimpinan utama PN mengadakan mesyuarat khas pimpinan tertinggi parti itu di Publika yang dipengerusikan Muhyiddin.

Antara pemimpin dilihat hadir ialah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri semalam menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

 

2618918

Active+ Member
gem
Messages
2,723
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,723
Reaction score
1,470
Points
111
Cam tu lah org umno. Bila diatas sifat sombong dulu kini & selamanya. Padahal parti2 dlm kerajaan skrg sama je dgn kerajaan PN dulu, yang tukar PM dan Kabinet je... MP yg sokong sama je.... YB Maslan kan yg CGPA paling tinggi paling cerdik, knapa bab ni nmpk slow sikit nie...
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,961
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,961
Reaction score
2,364
Points
266
Awards
1

Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin​


August 21, 2021 11:55 PM

Ahmad-Maslan-dan-Abdul-Rahman-Dahlan.jpg


Ahmad Maslan (kiri) dan Abdul Rahman Dahlan berkata, Barisan Nasional bukannya parti komponen Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno berkata, kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bukannya kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang disifatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS,” katanya di Facebook.

Ahmad mengulas kenyataan Muhyiddin selepas menemui Ismail hari ini yang menyatakan beliau akan terus membantu kerajaan PN.



“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” demikian menurut catatan Muhyiddin di Facebook.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata, jenama PN sebagai kerajaan persekutuan berakhir hari ini.
Malah katanya, BN bukannya parti komponen PN.

“Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan PN.

“Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan PN,” katanya dalam catatan di Facebook

Hahaha org lain yg mkn cili, duo ekor natang ni pulak yg teraso podeh...

Cucuk virus covid19 kek bontot baru Tau ekekeke 😁
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,292
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,292
Reaction score
3,006
Points
266
Awards
1
makin gemok pulak rahman dahlan ni.
hidup ada happy nampak.
 

imabiz

Active Member
Messages
2,303
Joined
Mar 27, 2009
Messages
2,303
Reaction score
53
Points
40
Tah apa2 la.. nak bergaduh je kerja. dah macma akde beza dgn geng yakuza rebut kawasan. Cubalah bincang benda lebih penting.. bincang pasal rakyat.. kan lebih pekdoh..
 

ahimsa99

Active Member
Messages
1,050
Joined
Oct 31, 2013
Messages
1,050
Reaction score
68
Points
40
kalau macm ni tak berkesudahan la konflik kerajaan pilihan cg ni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register