Kerajaan akan tubuhkan jawatankuasa khas bagi tangani jenayah kolar putih

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan selewat-lewatnya bulan depan bagi menangani jenayah kolar putih di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai empat agensi kerajaan yang saling bantu-membantu bagi menangani jenayah kolar putih mengikut bidang kuasa masing-masing.

"Kita bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa bersama antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti, Polis Diraja Malaysia (di bawah bahagian jenayah komersial) dan Bank Negara.

"Masing-masing ada kaitan, (misalnya) kalau didapati ada yang ambil deposit secara haram (kita) serah kepada Bank Negara, kalau penipuan serah pada polis, langgar akta syarikat tugas SSM," katanya selepas program "Outreach SSM-UniKL: Perniagaan Anda Bermula di SSM", di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas kesedaran bahawa setiap agensi tidak berupaya menangani jenayah kolar putih secara sendirian.

"Oleh itu sekarang ini bila kita buat secara bersama, kalau kita rasa tak ada kes bagi kita, namun ada kes untuk agensi lain kita terus serahkan kepada mereka," katanya menambah bahawa cadangan penubuhan jawatankuasa itu telahpun dimaklumkan kepada Kabinet.

Program yang berlangsung selama tiga hari sehingga hari ini anjuran SSM itu bertujuan mendedahkan peranan agensi tersebut kepada masyarakat, selain meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan mendaftarkan syarikat mereka dengan agensi itu. - Bernama
 
Top
Log in Register