BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib

zackpenang

Super Active Member
gem
Messages
5,006
Joined
Jan 9, 2010
Messages
5,006
Reaction score
1,768
Points
151

Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib​

NOOR AZLIDA ALIMIN
NOOR AZLIDA ALIMIN
13 Januari 2025 01:22pm
Masa membaca: 3 minit



Kerajaan akan memohon di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah larangan bersuara bagi melarang mana-mana pihak, membincangkan permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Titah Adendum. Gambar fail.

Kerajaan akan memohon di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah larangan bersuara bagi melarang mana-mana pihak, membincangkan permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Titah Adendum. Gambar fail.

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan memohon di Mahkamah Tinggi di sini, untuk mendapatkan perintah larangan bersuara bagi melarang mana-mana pihak, membincangkan permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Titah Adendum.
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan berkata, permohonan dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.


“Mahkamah mengarahkan permohonan itu difailkan pada 20 Januari ini dan Najib perlu memfailkan afidavit balasan dalam tempoh seminggu.
“Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes semakan kehakiman secara dalam talian pada 11 Mac depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding yang berlangsung dalam kamar di hadapan Hakim, Hayatul Akmar Abdul Aziz.

Selain itu, Shamsul berkata, kerajaan akan membantah permohonan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Zulkiflin Nordin untuk menjadi peguam pemerhati bagi kes tersebut.
Mereka akan hadir bagi pihak tiga ahli Parlimen iaitu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Mahkamah mengarahkan permohonan itu, difailkan secara rasmi pada 27 Januari ini dan kerajaan perlu memfailkan afidavit balasan pada 10 Februari,” katanya.
Sementara itu, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, membantah permohonan larangan bersuara itu, kerana kes terbabit termasuk dalam kes berkepentingan awam.



Selain itu katanya, kes terbabit telah dibincangkan secara meluas termasuk di Parlimen.
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pekan ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
ADVERTISEMENT

Sinar Harian

Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!​



Najib yang juga bekas pemimpin UMNO itu mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkannya, menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan di kediamannya.
Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan titah terbabit.
Hakim memutuskan demikian selepas mendapati semua afidavit difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia bersifat khabar angin.
Sebelum ini, Najib meminta perintah mandamus untuk memaksa tujuh pihak selaku responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lepas.
Pihak terbabit ialah Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Pada 23 Ogos 2022, Najib dihukum meringkuk di Penjara Kajang selama 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bagaimanapun, pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta, menyaksikan Najib akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.
 
Sponsored Post

Permohonan gag order cetus polemik​

MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
14 Januari 2025



Laporan muka Sinar Harian berhubung isu permohonan larangan bersuara mengenai Titah Adendum.

Laporan muka Sinar Harian berhubung isu permohonan larangan bersuara mengenai Titah Adendum.

A
A
A
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
CADANGAN kerajaan mahu memfailkan permohonan perintah larangan bersuara (gag order) untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman mengenai keabsahan dan ketulenan Titah Adendum kini mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan pengamal undang-undang, ahli politik dan juga rakyat.
Ini susulan kenyataan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan yang menegaskan, Pejabat Peguam Negara (AGC) berbuat demikian demi melindungi institusi raja kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.

Manakala, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula membantah permohonan berkenaan kerana ia membabitkan berkepentingan awam dan sudah menjadi topik perbincangan hangat termasuk di Parlimen.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, pula berpandangan permohonan pasukan pendakwaan itu kurang wajar diteruskan kerana persoalan pokok kes semakan kehakiman yang bakal didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur nanti.

Persoalan utama yang bakal dibangkitkan di mahkamah nanti adalah bagi menentukan sama ada Titah Adendum yang dihantar Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada Peguam Negara pada 29 Januari 2024, tulen dan sah atau tidak untuk digunakan.
Jika dokumen berkenaan tulen, maka mahkamah tinggi perlu menentukan sama ada Titah Adendum berkenaan boleh dilaksanakan atau tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan atau boleh diketepikan begitu.

Ini kerana isu kewujudan Titah Adendum sudah terungkai apabila mahkamah rayuan mengesahkan surat berkenaan wujud dan memerintahkan semakan kehakiman didengar atas merit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Justeru, persoalan yang ditimbulkan ialah kenapa pihak berkuasa dan kerajaan tidak mendedahkan kewujudan Titah Adendum terbabit lebih awal? Adakah wujud arahan supaya titah berkenaan tidak didedahkan kepada umum?


Namun pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menyorok Titah Adendum untuk membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Sebaliknya Anwar berkata, beliau antara individu awal membawa perkara tersebut di dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan berserta alasan-alasan pengampunan.

Sinar Harian

Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!​





Berbalik kepada isu gag order, seorang peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, di sesetengah negara, ia berfungsi untuk memastikan juri-juri daripada terpengaruh dengan sebarang siaran atau laporan berita kerana dikhuatiri juri-juri ini tidak dapat memberikan keputusan yang adil dan telus jika terpengaruh.
“Namun memandangkan Malaysia tidak menggunakan sistem juri dalam prosiding undang-undang di mahkamah, maka gag order mungkin dilihat sebagai suatu perintah yang menyekat laporan berkenaan sesuatu kes dibuat secara keseluruhan atau ‘in toto’ atas apa-apa sebab,” katanya.
Justeru, Mohamed Haniff Khatri menggesa supaya perintah perlindungan dan gag order mengenai Titah Adendum tidak diteruskan.
Rakyat juga tidak wajar dihalang untuk membincangkan isu berkaitan Titah Adendum kerana kebebasan bersuara adalah hak rakyat yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, jika ada tulisan atau kenyataan dikeluarkan mana-mana pihak yang melampaui batas maka pihak AGC atau Perdana Menteri atau pihak lain mempunyai hak memfailkan saman fitnah sivil terhadap pihak berkaitan.
Pihak pendakwa raya juga boleh membuat permohonan untuk memulakan prosiding pengkomitan atau menghina mahkamah terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan berkenaan.
Justeru, Mohamed Haniff Khatri melihat pandangan ilmiah oleh peguam, ahli akademik dan pihak lain yang sejajar dengan peruntukan Perlembagaan tidak mungkin dari segi undang-undang boleh menjejaskan perkara diputuskan mahkamah tinggi nanti.
Selain itu, mahkamah juga mempunyai kuasa memberi takrifan sendiri biarpun terdapat peguam dan ahli akademik menyatakan pendapat masing-masing secara ilmiah.
Mohamed Haniff Khatri turut menasihatkan pengguna media sosial dan penyokong mana-mana parti politik supaya tidak memutarbelitkan fakta sehingga menjejaskan tugas mahkamah.
 
9f83c30b157602abffce958f251075de.jpg

mk-small-logo-50.png

Berita
Larang ulas titah adendum: Rakyat akan lebih tak percaya k'jaan - Puad



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) agar tidak memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman titah tambahan melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak.


Mohd Puad berkata komen rakyat terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara untuk “gag order” itu terlalu negatif.
"Ia menambah parah “trust deficit kepada kerajaan.
"Gag order melarang rakyat bercakap isu “titah adendum” menyebabkan rakyat percaya kerajaan ada banyak lagi rahsia yang mahu disorokkan. Banyak spekulasi dan juga andaian negatif akan berlegar di media sosial. Ia memburukkan kredibiliti kerajaan," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Justeru, Mohd Puad berkata adalah wajar Pejabat Peguam Negara membatalkan permohonan gag order tersebut.

ADS

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa AGC, yang mewakili Lembaga Pengampunan dan kerajaan, telah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk perintah larangan.
Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, mengesahkan bahawa AGC memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes di hadapan hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.
“Mereka (AGC) akan memfailkan permohonan untuk perintah perlindungan dan perintah larangan,” katanya.

ADS

Peguam itu berkata dia difahamkan AGC memohon perintah perlindungan dan perintah larangan bukan sahaja untuk dokumen mahkamah tetapi juga untuk keseluruhan prosiding semakan kehakiman.
Dia turut memaklumkan bahawa mahkamah sivil menetapkan 11 Mac sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.
Najib memfailkan semakan kehakiman bagi melaksanakan titah adendum berkenaan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak kebenaran untuk Najib memulakan semakan kehakiman tersebut atas alasan bahawa afidavit sokongan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan baru-baru ini membatalkan keputusan tersebut dan memberi kebenaran terhadap permohonan Najib.
Hakim mengarahkan perkara itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.
Minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan kewujudan titah tambahan tersebut.
Anwar berkata titah tersebut telah dihantar terus kepada peguam negara.
 
Saya sokong AG......undang-undang Gag Order tu, bukan AG yang buat....tapi politician yang buat dalam parlimen......bila berkait dengan politician, pastu AG gunakan peruntukan undang-undang tu, politician pulak yang menggelupur......dah korang yang buat...banyak cantikkkk.....

Kalau takmau Gag Order tu, mansuhkan la dalam parlimen....

Pandai ye team najib main sandiwara....

Tetap team AG....hehehehe
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register