Kerajaan akan kaji semula gaji minimum sektor swasta

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta yang bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Berpendapatan Tinggi yang akan membolehkan pekerja menerima gaji yang berpatutan dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

"Gaji di banyak sektor termasuk pengeluaran masih sangat rendah. Kita tidak tahu sama ada gaji rendah ini menyebabkan pekerja tempatan tidak berminat menyertainya," katanya selepas menyampaikan ucapan Tahun Baru kepada kakitangan kementerian itu di sini, hari ini.

Subramaniam berkata, kajian penetapan gaji bagi kategori pekerjaan perhotelan dan pengawal keselamatan telah dilakukan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Katanya, kajian turut dilakukan bagi pekerja dalam industri elektronik dan tekstil yang akan mengambil masa antara enam hingga lapan bulan sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Mengulas kira-kira 39,000 warga negara India yang dilaporkan "hilang" di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat, beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap majikan yang mengambil pekerja haram.

"Jika ini dilakukan, ia menunjukkan kerajaan serius mengenai perkara ini, dan majikan akan berasa bimbang untuk mengambil pekerja haram.

"Selepas pendatang tanpa izin tidak boleh mendapat pekerjaan di negara ini, secara automatik mereka akan pulang," katanya.

Subramaniam berkata, bukan tugas mudah bagi kerajaan untuk mengenal pasti setiap orang yang tinggal melebihi had tempoh masa di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu warga asing menghilangkan diri selepas tempoh visa mereka tamat di negara ini amat membimbangkan. - Bernama
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
masalhnye nk ke org kite keje cm burma,indon,macha tu..sume nk jadi bos..aku dulu keje ngn dorang.se level.dari kilang furniture section angkat2 besi ke pasaraya hero pn ngn dorang..skrg jer keje cm bos
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
kalo keje buruh gaji minimum rm2000 mesti ramai mau kot..:D
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
company2 kecik ni suke lagi pakai foreigner ni..leh kasi henjut off meter hari2 pn tape :D
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
kerajaan mmg x blh kontrol majikan swasta bg gaji minimum. kalo nk bg ringan beban pekerja swasta, turunkan la harga keperluan asas.sekali nk masuk sekolah siap la seribu kalo anak ramai
 

UpProfits

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
103
Reaction score
1
Points
15
Selaraskan jer gaji minimum pekerja kerajaan & swasta..bukan hanya utamakan kebajikan pekerja kerajaan jer..:-?

Kos sara hidup sekarang pun tak seiring ngan pendapatan rakyat..~X(
 

sarialong

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,116
Reaction score
1
Points
25
alhamdulilah...gaji aku naik lg taun nih..
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
mcm biasa la..antara bende yg perlu d beri perhatian :

1)gejala rasuah kalangan puak atasan

2)harga siling barang keprluan x selaraskn ngn betul

3)sistem x betul


kalo x repair suma tu,krajaan toksah sembang la nk kaco swasta...ngat cmpany2 nk layan ker berita cmtu?swasta gaji berasaskan :

1)rajin
2)patuh pd sykt
3)pgalaman
4)kelayakan

pehal tah tetibe kaco swasta..ngn cmpany kocik nk layan ke :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register