KERA jaan BN Aniaya Syarikat Bumi putra

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,998
Reaction score
207
Points
133
Pesaka, tiga kementerian didakwa mungkir janji!

SELEPAS hampir dua tahun diberi janji-janji manis, Harian Inovatif Sdn. Bhd (HISB) mendedahkan bahawa syarikatnya masih belum menerima bayaran tertunggak sebanyak RM1.127 juta kerana menguruskan penganjuran Kejuaraan Silat Sedunia ke-13, 2007.

Kejuaraan tersebut adalah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bersama-sama Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KeKKWA), Kementerian Belia dan Sukan; dan Kementerian Pelancongan.

“Sehingga kini, kita (HISB) tak dapat apa-apa bayaran dari Pesaka, (juga) termasuk dengan KEKKWA, (Kementerian) Beliau dan Sukan serta (Kementerian) Pelancongan, kita memang tak dapat langsung sumbangan,” jelasPengarah Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Lela.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Lembaga Pengurusan HISB, Mohd Fairuz Mohd Yusof mengganggap syarikatnya seolah-olah dianiaya oleh para pemimpin Umno sendiri.

“Adakah syarikat bumiputera seperti kami (HISB) perlu dianiaya…penaungnya (program) adalah pemimpin BN kita (iaitu) Najib (Perdana Menteri),” ujarnya.

Selain Najib selaku Penaung kejuaraan, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabeery Chik serta Pemangku Pesaka Datuk Sohaimi Mohamed kerana sering berdolak-dalih apabila bertemu dengan pihak HISB.

Ketua Pasukan Peguam yang mewakili HISB, Ramesh Kanapathy yang ditemui kemudian berkata, anak guamannya telah mengfailkan saman ke atas Pesaka.

Pun begitu, beliau berkata pihaknya tidak menyenaraikan ketiga-tiga kementerian terbabit sebagai yang dipertanggungjawabkan.

“Sebenarnya, kita saman Pesaka sahaja kerana mereka yang membuat perjanjian bertulis, kementerian-kementerian terbabit hanya terlibat secara tidak langsung,” jelasnya.

“Tetapi, saya percaya Kementerian Belia dan Sukan seharusnya dipertanggungjawabkan kerana merekalah pihak berwajib menyelenggara sukan di negeri ini.”

“Maka, sebarang masalah seharusnya dirujuk juga kepada mereka. Yang anak guaman kami mahu, tuntutan wang tertunggak (RM1.127 juta), tidak lebih dari itu.”

Dalam perkembangan tidak rasmi, pihak HISB tidak teragak-agak mendedahkan skandal berkaitan kejuaraan yang melibatkan beberapa individu dalam istana Pahang, kerajaan negeri serta Pesaka sendiri, sekiranya tuntutan wang tertunggak tersebut tidak diselesaikan secara profesional.


sumber

Penaung Najib Copperfield sebagai PM pun tak boleh selesaikan masalah kecik camni, begitu lemah!!! Kalau boleh buat magic hilangkan enjin jet, takkan hutang ciput pun tak leh kasi hilang!!! Kalau bukan syarikat Bumiputra, aku rasa dah lama hutang ni di bayar selesai!!! Syarikat Bumiputera sampai kena lawan ugut mengugut!!! Cakap KPI berapi2, bottomline hutang berlambak, pemimpin kayaraya....
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Bagus. pendedahan begini perlu diteruskan supaya ramai yg tahu kebobrokan kerajaan pimpinan BN.
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,280
Reaction score
1,211
Points
221
sekarang satu malaysia....kerja kosong kerajaan pun sekarang pentingkan kaum lain dulu... sebab nak memajmukkan dalam kerajaan....satu malaysia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register