BTC USD 50,535.7 Gold USD 1,784.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan tempoh tol jambatan kedua Pulau Pinang dijangka suku pertama 2010

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
BUTTERWORTH: Kerajaan dijangka membuat penentuan muktamad menjelang suku pertama tahun depan tempoh konsesi tol bagi Jambatan kedua Pulau Pinang, yang dijangka siap menjelang akhir 2012, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini.

"Terdapat banyak kaedah untuk menetapkan tempoh konsesi dan memutuskan mengenai kadar tol. Kami akan mempertimbangkan semua ini dan memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat, khususnya mereka di Pulau Pinang," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Anil Netto dalam blognya bahawa tempoh konsesi bagi jambatan berkenaan ialah 45 tahun sebagaimana menurut laporan tahunan 2008 Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Nor Mohamed, yang mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU), berkata kerajaan boleh mengendalikan tinjauan bagi menentukan kadar setiap pemandu kena bayar bagi menggunakan jambatan itu.

"Kita perlu luluskan kadar yang setiap orang mampu bayar supaya setiap orang berpeluang sama untuk melalui jambatan itu," katanya selepas mesyuarat lembaga pertubuhan peladang Pokok Sena di sini.

Beliau berkata, sesetengah tempoh konsesi tol membolehkan pemegang konsesi menaikkan amaun tol setiap tahun sementara sesetengahnya mengekalkan sesuatu kadar itu untuk beberapa tahun. Tahun lalu, kerajaan menubuhkan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), sebuah badan khas, untuk menyelia dan mempercepatkan projek jambatan kedua itu.

Jambatan sepanjang 26 km itu, yang akan menghubungkan Batu Maung di pulau itu dengan Batu Kawan di tanah besar, adalah projek dilaksanakan bersama oleh UEM Builders dan China Harbour Engineering. - Bernama
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
aiks syarikat china pun joint venture ke?ish2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register