Keputusan Pilihanraya Kampus UKM 2009

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Bangi, 16 Jan - Tepat jam 11.malam, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof Dato Dr Mohammad Bin Abd Razak telah mengumumkan keputusan rasmi Pilihanraya Kampus UKM, bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP PMUKM.

Hampir 1000 Mahasiswa membanjiri Kompleks Bestari, untuk menyaksikan sendiri pengumuman keputusan tersebut yang dipancar secara langsung menerusi skrin di dalam bangunan cafe di KB tersebut. Mahasiswa berjaya menambah 8 buah kerusi berbanding 4 kerusi pada tahun lalu.

Menyaksikan Aspirasi kehilangan 9 buah kerusi kepada 21 berbanding 30 pada tahun lepas. Keputusan rasmi ini sudah memberikan signal yang jelas kepada PMUKM-Aspirasi bahawa Mahasiswa UKM inginkan perubahan.

Seperti yang dijangka, Aspirasi berjaya memperdayakan pelajar tahun 1 apabila lebih daripada 14 kerusi diperolehi mudah menerusi undi pelajar tahun 1, termasuk 6,enam kerusi umum tahun 2, Dua kerusi FST tahun 2, 2 kerusi Fssk tahun 2, 1 kerusi Fperubatan tahun 2, yang menampakkan perbezaan ketara berbanding kerusi tahun 3.

Mahasiswa Tahun 1 ternyata masih ramai lagi takut dengan ugutan, berbeza dengan Mahasiswa Tahun 3 ke atas yang majoritinya sudah mula nampak dan yakin bahawa Mahasiswa perlu berfikir dengan bebas tanpa sekatan, paksaan, mahupun ugutan.

Ramai dikalangan Mahasiswa tahun 3 ke atas ternyata lebih matang apabila kerusi umum tahun 3 dimenangi dan didahului oleh calon Mahasiswa, Sdr Mohd Faez Mat Zin, dengan 2432 undi, diikuti Sdr Hisyamuddin Che Ali, juga calon Mahasiswa, dengan 2372. Turut memecah monopoli aspirasu untuk kerusi umum tahun 3, adalah sdr Mohd Fikah Sanusi dengan 2196 undi untuk melayakkan beliau menjadi calon ke-5 dari kerusi umum tahun 3, yang bergelar MPP.

Pro Mahasiswa berjaya menafikan 2/3 undi aspirasi untuk pertama kalinya selepas 5 tahun. Hasil perbualan dengan Mahasiswa/i ukm yang berada di Kompleks Bestari tersebut, rata-rata Mahasiswa yakin bahawa Gelombang Perubahan yang dituntut oleh Mahasiswa pada kali ini akan memperlihatkan kesannya yang terdekat dalam PMUKM, dan pastinya akan memberikan impak yang berbeza pada pilihanraya akan datang.

Mesej ringkas sempena kemenangan ini, GMUKM ingin mengajak seluruh Mahasiswa/i UKM, untuk merealisasikan Harapan Baru Mahasiswa, Bersatu Berubah.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register