BTC USD 57,245.5 Gold USD 1,779.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Pilihan Raya Kampus UTP

Kehidupan

CG Top Poster Club
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
TRONOH - Pilihanraya Kampus di Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 29 Oktober lalu. MPP baru bagi sesi 2008/09 telah berjaya membentuk sebuah kerajaan pada pukul 1.30 pagi tadi (30 Oktober 2008).

Pada pilihanraya kali ini di UTP, ia semeriah seperti di Lembah Klang. Sebanyak 5 orang calon perlu dipilih daripada 11 orang calon yang bertanding untuk kerusi umum dan 6 orang perlu dipilih daripada 9 orang yang bertanding untuk kerusi program.

Pada tahun lalu (2007/08), kerusi MPP telah dimenangi tanpa pertandingan kerana kekurangan calon yang menawarkan diri bertanding. Ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah perubahan pada syarat pilihanraya itu sendiri dan kesedaran politik yang kurang dalam kalangan mahasiswa UTP.

Memandang serius pada perkara ini, sesi pimpinan MPP pada sesi 2007/08 telah mengambil inisiatif dengan bersemuka dengan pihak HEP untuk mengubah beberapa syarat yang dirasakan tidak perlu di dalam pemilihan calon MPP. Selain itu, Kempen Mengundi yang diadakan pada awal Februari dan disusuli dengan Kempen Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pelajar pada bulan Julai yang lepas menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran berpolitik dikalangan pelajar.

Pilhanraya kali ini telah menampakkan hasilnya dengan penyertaan 11 orang calon untuk memenangi 5 kerusi umum (Majlis Tertinggi MPPUTP) dan 16 orang calon (7 menang tanpa bertanding) untuk kerusi program (Majlis Eksekutif MPPUTP).

Walaupun tempoh berkempen agak panjang iaitu selama 14 hari, para calon menunjukkan prestasi dan komitmen yang mantap dari hari ke hari. Kereta jentera, blog, menara, bunting, banner, perang poster, roadshow bilik dan kuliah talah menjadi penyeri sepanjang tempoh berkempen tersebut.

Namun, kemeriahan ini telah dicemari dengan beberapa insiden sabotaj yang berlaku kepada beberapa orang calon seperti poster dikoyak dan dispray, dikutuk ketika memasang poster dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang pelajar untuk terjun ke kancah demokrasi ini. Berlakunya peningkatan mendadak terhadap jumlah pembuangan undi, yang sekali ganda daripada pilihanraya 2006/07 yang lalu iaitu 40 % (kira-kira 2000 pelajar dari 5000 populasi pelajar dalam UTP) pelajar telah keluar untuk mengundi pada kali ini.

Berikut adalah keputusan pilihanraya kampus MPPUTP bagi kerusi Umum UTP mengikut ranking:

UMUM
HASMADI BIN HASBI =1683 UNDI
AHMAD FAROUQI BIN HASSAN =1600 UNDI
NORZILA BTE NOH= 1535 UNDI
NIK AKMAL AFIF = 1468 UNDI
NOOR SYUHADA BINTI HALIM= 1450 UNDI

MOHD FARRIZ IJAZ= 710 UNDI
SOFIA SHAHAROM=643 UNDI
ADONIS SINGH= 499 UNDI
MOHD ASYRAF FADZLEE= 473 UNDI
KHALIB ISMAIL= 449 UNDI
RAHIMAH MOHAMAD NAWAI= 423 UNDI
(5 yang terastas dipilih menjawat jawatan MT MPPUTP 2008/09)

FAKULTI
Information Communication Technology
1. Nurul Farhan Normi
2. Amir Hamzah
3. Khael Abdul Malik

Chemical Engineering
1. Nur Farhani Mohd Zulhairi
2. Wan Ahmad Faiz Wan Razali
3. Muhammad Aimen bin Isa

Petroleum Engineering
1. Awangku Alizul Azahari Bin Awangku Mathali
2. Muhammad Hafiz Bin Khairul Azmi
3. Ron Fernandez

Business Information Systems (win unopposed)
1. Aizi Syazwan Azman
2. Nazurah Husna

Electrical & Electronic Engineering (win unopposed)
1. Mohd Zulhilmi Zaini @ Pungik @ Martin

Mechanical Engineering (win unopposed)
1. Shalini a/p Subramaniam
2. Mohd Safwan Izzudin

(2 Nama Teratas Dipilih Menjadi Majlis Eksekutif MPPUTP)

Dengan berakhirnya Hari Mengundi pada 29 Oktober 2008, Pilihanraya MPPUTP 2008/09 telah melabuhkan tirainya. Semoga suasana yang sama akan menerjah kembali ke dalam kampus.

Walaupun di UTP tidak wujud pertentangan antara Pro Mahasiswa dan Aspirasi namun diharapkan agar barisan MPP UTP yang dilantik dapat memperjuangkan agenda kebajikan mahasiswa dengan bersunggu-sungguh.
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
semoga berkhidmat dengan amanah....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register