combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,038
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,038
- Reaction score
- 222
- Points
- 73
Keputusan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka diketahui paling awal malam esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata keputusan itu mungkin diketahui semasa Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasar sekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR 2024/2025.
”Kalau keputusan itu kita boleh buat pada malam yang sama selepas atau semasa perasmian dan ucapan dasar Presiden, insya-Allah kita akan umumkan… paling lewat adalah 2.30 petang Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai perjalanan kongres itu di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Pengerusi JPP Datuk Ahmad Kassim.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata keputusan tidak rasmi pula hanya boleh diakses oleh setiap calon bertanding dan perwakilan.
Beliau juga berharap agar tiada gangguan liputan Internet pada hari berkenaan bagi membolehkan proses pengundian berjalan lancar.
“Setakat ini, Presiden dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyaksikan tidak pertandingan manakala terdapat pertandingan bagi jawatan-jawatan yang lain,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu.
Fuziah pula berkata seramai 150 petugas media telah mendaftar bagi membuat liputan Kongres Nasional PKR tahun ini.
Beliau berkata seramai 9,029 perwakilan akan mengundi secara fizikal termasuk di Sabah dan Sarawak manakala 13,060 lagi secara dalam talian bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).