Keputusan MB PERAK diketahui SELASA ini

CG Sponsors




WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
Keputusan MB perak diketahui Selasa ini

PUTRAJAYA: Teka-teki siapakah yang menerajui Perak, akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya Selasa ini (9 Februari).

Pada hari tersebut, panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, akan mengumumkan keputusan mereka sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PKR-Pas, mendapat semula jawatan itu.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ia adalah rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut perlembagaan.

Panel hakim itu menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu selepas selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Konflik siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lalu apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan DAP-PKR-Pas meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Januari dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas yang menyokong BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, iaitu ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang, supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menitahkan Dr Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu pada Februari tahun lalu selepas mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan undangan negeri itu.

Pada 13 Februari tahun lalu, Mohammad Nizar, 52, mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei tahun lalu juga, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan. - Bernama
 
Sponsored Post

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
Bagi aku rakyat Perak sendiri yg patut menentukan siapa yg berhak jd MB Perak.Adakan PRK bertanding semula itu yg wajar..BN atau PR yg menang biar rakyat sendiri pilih..
 

lambda123

Super Active Member
Joined
Aug 10, 2008
Messages
7,338
Reaction score
448
Points
81
hal nie dah melarut lama sangat la. boring siot.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
hal nie dah melarut lama sangat la. boring siot.
Lama sebab mahkamah tangguh buat keputusan. Sebab apa tangguh? tak tau la. Mungkin nak tanya PM dulu kot sapa patut menang. :)) Biasanya kes2 melibatkan kepentingan rakyat dicepatkan keputusannya. Tapi itulah situasi di Malaysia. Proses mahkamah ni mmg lembap dan mencabar kesabaran. Kes Amy Search saman rec. company dulu pun 10 tahun baru dapat result. Amy pun siap lupa kot dia pernah saman rec. company tu kot.

Apa2 hal, nampaknya ada lagi jalan iaitu semakan kes. Agaknya kalau si Zambry kalah lagi, mungkin secepat kilat semakan kes didengar. :))
 

MrKacanG

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
Harap satu keputusan yg adil
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
aik...:">:">:">

MB sekarang nih siapa....?:">:">:">

bukan Zambery ke....?:">:">:">
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,221
Reaction score
99
Points
80
MB halal ker haram??
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Esok penentuan. Jgn ditangguh lagi sudah la. Kesian kat oghang Peghok. Kalau buat undian semula dulu kan senang. In tak, alasan membazir duit la, itu la ini la. Kalau ketirisan RM28 billion takper la pulak. Heran heran.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register