BTC USD 38,756.5 Gold USD 1,820.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan mahkamah bersihkan nama saya - Khalid Ibrahim

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,474
Reaction score
1,327
Points
111
c203d15f6e4c9e512f119b2efbead95e.jpg=s480

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, keputusan mahkamah menolak saman daripada Menteri Besar Diperbadankan Selangor (MBI) membuktikan beliau tidak membuat sebarang salah laku ketika memegang jawatan berkenaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memutuskan pampasan sebanyak RM2.7 juta yang diberikan Khalid kepada pegawainya sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor tidak menyalahi undang-undang dan pengurusan kewangan MBI.

"Sejujurnya saya tidak terkejut dengan keputusan mahkamah ini kerana amat yakin saya telah menggunakan proses yang telus dan beretika di dalam transaksi tersebut selaras dengan peruntukan di dalam enakmen MBI.

"Saya amat bersyukur keputusan yang dibuat pada hari ini (semalam) kerana ia secara langsung telah membersihkan nama saya daripada tuduhan salah laku ketika bertugas sebagai menteri besar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mahkamah yang difailkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilakukan secara semberono, berniat jahat serta bermotifkan politik.

"Saya juga tidak menolak keghairahan menteri besar meneruskan tindakan saman tersebut adalah sebagai usaha untuk menutup kepincangan dan ketirisan yang berlaku di dalam pentadbiran beliau," kata Khalid.

Khalid memberikan pampasan kepada lapan bekas pegawai MBI - Ketua Pegawai Eksekutif Faekah Hussin; Rohani Talib; Arfa'eza Abdul Aziz; Mustapha Mohd Talib; Rahimah Kamarudin; Sulaiman Masri; Abdul Halim Mohamed Yusof; dan Tuan Nazuri Tuan Ismail - apabila beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor selepas krisis yang berpanjang pada tahun 2014.

Pada 16 Januari 2015 Azmin mengarahkan mereka memulangkan wang pampasan antara RM114,870 dan RM699,000 setiap seorang yang didakwa melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri atau berdepan prosiding undang-undang daripada BMI.

'Rakyat tanggung kos tinggi'

Sementara itu, Khalid menyelar pentadbiran kerajaan Selangor kerana mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dengan harga terlampau tinggi iaitu RM2.8 bilion, sedangkan nilai ekuiti syarikat itu hanya RM800 juta.

Katanya, perkara itu menimbulkan banyak persoalan mengenai integriti kerajaan negeri dan akan merugikan rakyat.

"Jika rancangan ini diteruskan rakyat akan menanggung kos yang sangat tinggi dan tidak akan berpeluang untuk memiliki saham syarikat air yang kini telah dimiliki kerajaan negeri.

"Rakyat perlu prihatin atas perbelanjaan yang telah dibuat dan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan dan nilai yang setimpal," katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/377719
 
Sponsored Post

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,474
Reaction score
1,327
Points
111
TSKI sekali lagi dibersihkan dari fitnah oleh mahkamah.

Kali ini wataknya Azmin. Dulu Pudin dengan 90 muka surat.

Orang jujur dan berintegriti macam TSKI memang tiada tempat dalam PKR.
 
Last edited:

orang2

Active Member
Joined
Aug 28, 2013
Messages
1,322
Reaction score
163
Points
43
Ada MB bagus mcm khalid di fitnah macam2...itu pun masih berlagak ckp langkah bangsat tu betul oleh kayu2 nya
 
sutranilam

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
4,575
Reaction score
318
Points
41
Bagi can lah. Ni penggal terakhir TSKI jadi ADUN dan ahli parlimen. Lepas ni tak merasa lagi dah. Pencen duduk rumah je
 
bahas18

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,907
Reaction score
168
Points
33
TSKI sekali lagi dibersihkan dari fitnah oleh mahkamah.

Kali ini wataknya Azmin. Dulu Pudin dengan 90 muka surat.

Orang jujur dan berintegriti macam TSKI memang tiada tempat dalam PKR.

Silakan ambil masuk pas...
 
Jalapeno

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2015
Messages
3,583
Reaction score
49
Points
35
Pas dok tunggu TSKI jatuh ke riba tu
 
2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,474
Reaction score
1,327
Points
111
Saya menyeru agar kita semua di Selangor agar jangan penat daripada terus berjuang dan menuntut pentadbiran yang telus terutama dalam penstrukturan air dan perbelanjaan dana negeri.

Sikap kerajaan negeri yang masih berdegil mahu mengambil alih SPLASH dengan harga terlampau tinggi iaitu RM2.8billion sedangkan nilai ekuiti syarikat tersebut hanyalah RM800juta telah menimbulkan banyak persoalan integriti dan tanda tanya terhadap slogan Peduli Rakyat.

Jika rancangan ini diteruskan rakyat akan menanggung kos yang sangat tinggi dan tidak akan berpeluang untuk memiliki saham syarikat air yang kini telah dimiliki kerajaan negeri.

Rakyat perlu prihatin atas perbelanjaan yang telah dibuat dan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan dan nilai yang setimpal.

Pentadbiran yang baik bukan sahaja diukur dari segi kemampuan mengurus sumber negeri, pertumbuhan negeri atau mengumpul duit tetapi satu kriteria yang paling utama dalam konsep pentadbiran itu ialah menghentikan ketirisan.

Walau apa-apa pun saya bersyukur rakyat Selangor masih menikmati program dan polisi Merakyatkan Ekonomi Selanagor (MES) yang saya laksanakan sejak 2008.

YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK.
31 MAC 2017
 
miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,857
Reaction score
1,568
Points
191

Aku ada tgk sidang dun azmin jawab soalan ni..

Bila kita takeover splash.. kita akan beli sekali aset dan liabiliti company tu.

Mmg equity 800 juta.. tu tak termasuk liabiliti dan cash yg terpaksa ditanggung kerajaan dlm proses pembelian tu. Sebab tu kos meningkat naik.

Contoh la..

Aku nak juai kedai runcit aku..

Aku letak value kedai aku 100 ribu..

Nilai 100 ribu tu belum dicampur dgn hutang lama aku dgn suplier yg masih belum berbayar.. atau ada tunggakan gaji.. tunggakan bil utiliti kedai.. katakan rm 60k

So selepas dicampur2 kos lain.. kos pembeli baru membeli kedai runcit aku sebenarnya rm160k.. tu tak termasuk cash yg ada dlm current acc aku lg..

Equity rm100k..
Liability rm60k..
Cash current acc rm20k..
Jumlah pembelian rm180k..

Tu contoh la..

Tp itula gambaran yg azmin bgtau sidang dun selangor haritu..

Tp kalau org taktau.. mesti dia marah2.. pasaipa jual rm100k kedai tapi kira2 kos naik rm180k pulak..

So kena terang balik la satu2 bg paham.

Mcm kita beli keta la.. seller kata juai rm10k.. seller tak bgtau kos nak repair keta tu lepas jual..

So bila kita beli keta rm10k.. tp lepas tukar nama insurans roadtax.. repair sana sini.. cat sana sini.. jadi rm16k..
 
Last edited:

piko1

Active+ Member
Joined
Dec 18, 2010
Messages
3,502
Reaction score
302
Points
56
Saya menyeru agar kita semua di Selangor agar jangan penat daripada terus berjuang dan menuntut pentadbiran yang telus terutama dalam penstrukturan air dan perbelanjaan dana negeri.

Sikap kerajaan negeri yang masih berdegil mahu mengambil alih SPLASH dengan harga terlampau tinggi iaitu RM2.8billion sedangkan nilai ekuiti syarikat tersebut hanyalah RM800juta telah menimbulkan banyak persoalan integriti dan tanda tanya terhadap slogan Peduli Rakyat.

Jika rancangan ini diteruskan rakyat akan menanggung kos yang sangat tinggi dan tidak akan berpeluang untuk memiliki saham syarikat air yang kini telah dimiliki kerajaan negeri.

Rakyat perlu prihatin atas perbelanjaan yang telah dibuat dan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan dan nilai yang setimpal.

Pentadbiran yang baik bukan sahaja diukur dari segi kemampuan mengurus sumber negeri, pertumbuhan negeri atau mengumpul duit tetapi satu kriteria yang paling utama dalam konsep pentadbiran itu ialah menghentikan ketirisan.

Walau apa-apa pun saya bersyukur rakyat Selangor masih menikmati program dan polisi Merakyatkan Ekonomi Selanagor (MES) yang saya laksanakan sejak 2008.

YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK.
31 MAC 2017
Tak sokong pkr....nak BG umno?
Pas tentu fail daa
Dap laagi fail
Biarlaah pkr control dlu....
 
aliatome1

Active Member
Joined
Dec 25, 2010
Messages
1,175
Reaction score
44
Points
30
Dari segi undang2 memang Khalid tak Salah sebab peraturan saguhati itu mereka yang tak bertanggungjawab buat...tapi dari segi Moral pegawai lantikan yang di berhentikan di bayar ada yg sampai setengah juta ringgit adalah salah dari segi Moral.Besar sangatkah jasa Pegawai Khalid sehingga dibayar sampai begitu banyak.Rakyat biasa banyak yang diberhentikan Kerja, ada yang mendapat sedikit saja pampasan,malah ada yang tidak mendapat Pampasan langsung.Masalahnya duit ini duit rakyat,kalau TSK yg bayar sendiri tak apa.Kerajaan Selangor kena siasat siapa yang membuat peraturan tentang Pembayaran Pampasan yang tidak munasabah ini dan mansuhkannya.Jangan kata kamu Menang setelah kamu membazirkan duit rakyat di masa rakyat sedang bergelut dengan kesempitan hidup dgn kos sara hidup yg tinggi sekarang.Kita tak mahu Selangor di perintah seperti Syarikat Swasta seperti Teguran DYMM Sultan Selangor dulu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register