BTC USD 61,140.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Kemasukan Ke UA, Politeknik, KK, ILKA Diketahui 12 Tengahari 16 Julai - KPT

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
FB_IMG_1626364053097.jpg

Keputusan permohonan kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA diketahui 12 tengahari esok - Kementerian Pengajian Tinggi

Berita lanjut akan menyusuli.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,311
Reaction score
15,060
Points
1,906

Semak keputusan STPM 12 tengah hari ini​


15 September 2021

MGF04112020_KEMENTERIAN-PENGAJIAN-TINGGI_01-1.jpg


Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya.


KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf akan diumumkan pada 15 September ini.

Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari, 15 September 2021 hingga 25 September 2021 melalui pautan berikut:
i. https://jpt.utm.my
ii. http://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. http://jpt.ums.edu.my
v. http://jpt.umt.edu.my
ADVERTISEMENT


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 September hingga 25 September 2021 di laman web UA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 1 6 September 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan. Rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 September 2021
sehingga 25 September 2021.



Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan, kata KPT dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan:
No tel : 03 – 8870 8200
Emel : [email protected]
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Semakan permohonan masuk UA mulai tengah hari ini

Oleh Rafidah Mat Ruzki- September 15, 2021 @ 10:18am
[email protected]

05nt06uni2_1631672262.jpg


Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke UA Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan STPM atau yang setaraf boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari ini. - Foto hiasan


PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media, berkata semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 25 September melalui pautan https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Katanya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran pula boleh dicetak mulai esok hingga 25 September di laman sesawang UA, manakala surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya juga mulai esok selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

"Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan.

"Rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 sehingga 25 September ini," katanya.

KPT berkata, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan pemohon tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan pertukaran program dan universiti.

Selain itu, ia turut memaklumkan dasar pemilihan rayuan tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Kenyataan itu juga menyebut, pemohon boleh mengajukan sebarang pertanyaan di talian 03-8870 8200 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau merujuk kepada laman Facebook KEMASUKAN BPKP JPT; Instagram di @KEMASUKANBkpa selian menggunakan sistem maklum balas di https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ dan UPUChat di http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Rayuan ke IPTA dibuka minggu depan

September 19, 2021 @ 5:02pm

16320danial1_1632042141.jpg


Rayuan ke universiti awam akan dibuka secara dalam talian. - Foto hiasan NSTP/DANIAL SAAD


KUALA LUMPUR: Pemohon yang tidak berjaya mendapat tempat di universiti awam (UA) boleh mengemuka rayuan selepas 11 hari hebahan semakan keputusan kemasukan ke UA sesi 2021/2022 yang diumumkan Rabu lalu.

Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Wahi Nordin, berkata rayuan boleh dikemuka menerusi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline).

"Pemohon hanya boleh mengemuka empat pilihan rayuan dan program bertemu duga atau ujian hanya untuk pilihan satu dan dua.

"Calon yang gagal sahaja akan mendapat menu rayuan. Bagi yang berjaya nak tukar ke pilihan pertama, itu tidak dibenarkan.

"Saya juga nak ingatkan kepada calon, permohonan kali ini agak sengit. Ramai yang dapat keputusan cemerlang peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), asasi dan matrikulasi tidak mendapat tempat, berdasarkan pilihan program yang sengit persaingan," katanya, hari ini.

Wahi berkata, menerusi rayuan, pelajar memiliki peluang untuk mendapat tempat, dan beliau menasihati calon untuk tidak memilih semula 12 pilihan kursus yang dimohon sebelumnya, memandangkan program itu mungkin sudah penuh.

"Jadi calon-calon boleh memilih program yang bersesuaian dengan keputusan dalam empat pilihan rayuan itu," katanya.

Selain itu, calon yang ingin membuat permohonan baharu atau terlepas memohon menerusi UPUOnline, boleh mengambil maklum yang permohonan yang dibuka oleh UA seperti Universiti Teknologi MARA dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang membuka permohonan pada semester kedua pada Mac 2022.

"Jadi calon-calon boleh melayari permohonan kemasukan semester kedua, bukan ambilan kedua, boleh buat permohonan terus kepada universiti berkenaan. Peluang di situ lebih cerah dengan keputusan yang ada," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengumumkan keputusan rayuan pada akhir Oktober, selepas kumpulan pertama ini mendaftar masuk ke universiti mulai 15 Oktober depan.

Sementara itu, beliau berkata, tawaran yang diberikan muktamad dan pemohon tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran program atau universiti.

"Kami membuat pilihan berdasarkan susunan merit. Kalau calon tidak berjaya pilihan pertama, tetapi berjaya mendapat pilihan kelima, maknanya markah merit dia tidak mencukupi untuk pilihan pertama," katanya.

Semakan keputusan boleh didapati menerusi lima pautan antaranya https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my; dan http://jpt.umt.edu.my.
– BERNAMA


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register