Keputusan hukuman sebat Kartika selepas mengadap Tengku Abdullah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN: Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor akan diputuskan selepas pertemuannya dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman, berkata pihaknya perlu menunggu maklum balas daripada pertemuan itu sebelum membuat tindakan susulan.


"Kartika perlu menghadap dulu Tengku Mahkota, lepas itu barulah keputusan boleh dibuat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis akad nikah pasangan saudara baru Sheikh Adam Idham Fadhil, 27, dan Ling Suraiyah Foo Abdullah, 29, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebat terhadap Kartika, 33, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai tahun lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Abdul Manan berkata, JAIP telah membuat persiapan untuk melaksanakan hukuman itu.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebelum ini bertitah baginda bersedia menerima menghadap Kartika berhubung isu penangguhan pelaksanaan hukuman sebat itu.-Bernama
 
Sponsored Post

mustang rider

Active+ Member
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
rumours sultan2 bakal berkuasa nampak mcm betul jer......:D:D:D




:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
apa nak jumpa tengku plak ni,,sebat je lah..ish2
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
aku harap keputusan sebatan ni jadi titik tolak menegakkan hukum islam wlupun tak sempurna hukuman sebenar islam..
dan pelaksanaan nye tidak terbatas hanya kpd rakyat jelata,malah semua golongan org islam d malaysia..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register