BTC USD 38,460.4 Gold USD 1,770.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Keputusan benarkan ziarah Aidilftri di Sabah tepat, kata MP

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,568
Reaction score
76
Points
40

Keputusan benarkan ziarah Aidilftri di Sabah tepat, kata MP​

Keputusan Sabah membenarkan kegiatan ziarah Aidilfitri selama tiga hari adalah wajar, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman.

Walaupun keputusan itu dilihat tidak selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, yang melarang lawatan dan ziarah sempena Aidilfitri, namun katanya, ini dibuat selepas melihat keadaan kes di Sabah semakin berkurangan.

“Kerajaan Sabah lihat kes makin kurang dan menurun jadi untuk benarkan ziarah itu sudah betul.

“Ia juga dibuat kerana desakan rakyat kerana dua tahun kita beraya begini jadi kerajaan Sabah buat keputusan macam ini supaya rakyat dapat sedikit keselesaan untuk menyambut Aidilfitri,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Tambahnya, dia juga yakin rakyat di Sabah sudah lebih teliti akan prosedur operasi standard (SOP) dan mula berhati-hati.

“Ziarah ini terpulang kepada yang mahu. Rakyat Sabah juga sudah lebih teliti akan SOP. Jadi jika mahu ziarah, mereka akan lebih berhati-hati. Saya yakin,” jelasnya lagi.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan PKP di seluruh negara bermula hari ini sehingga 7 Jun.

Antara SOP yang ditetapkan kerajaan persekutuan adalah untuk melarang sebarang rumah terbuka dan ziarah-menziarahi sewaktu Aidilfitri.

Bagaimanapun semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun (gambar, bawah) berkata, Sabah membenarkan aktiviti kunjung mengunjungi dan ziarah ke kubur sempena Aidilfitri sehingga hari raya ketiga.

f96fae31d03bc4ce5770e03df3a876ae.jpg

“Sesi ziarah hari raya dihadkan dari 9 pagi sehingga 9 malam, iaitu dua jam bagi setiap 10 orang dan tuan rumah wajib menyediakan kod QR MySejahtera serta mematuhi protokol kesihatan umum.

“SOP terbaru yang dikemas kini itu akan diwartakan esok dan berkuat kuasa sehingga 7 Jun,” katanya seperti dipetik portal Sabahpost.

Untuk rekod sejak semalam, Sabah mencatatkan jumlah harian Covid-19 sebanyak 70 sejurus menjadikan kes keseluruhan sebanyak 59,073 di negeri itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin turut bersetuju akan langkah kerajaan negeri itu, menyatakan bahawa situasi Sabah dan Semenanjung berbeza.

“Situasi Sabah berbeza dengan Semenanjung. Kerajaan negeri (Sabah) sudah memutuskan untuk melarang bazar Ramadan dari hari pertama bulan itu.

“Indeks R di Sabah juga 0.9. Trend kes dilihat mencecah hanya dua digit. Jadi kerajaan Sabah mahu uruskan wabak dengan cara sendiri bukan semuanya ikut keputusan kerajaan persekutuan," katanya.

Meskipun mengakui terdapat risiko keputusan membenarkan ziarah Aidilfitri namun Chan berharap rakyat Sabah mengekalkan tahap disiplin pematuhan SOP Covid-19.

“Saya ada kerisauan tentang kebenaran ziarah selama tiga hari raya. Pelonggaran SOP akan memberi harapan palsu bahawa semuanya sudah pulih.

"Saya gesa rakyat semua orang mematuhi SOP dengan ketat,” tambahnya.

 
Sponsored Post

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,568
Reaction score
76
Points
40
PKP separuh masak.tak seragam plak satu malaysia

kerajaan negeri boleh pancung keputusan pusat ke.
 
Last edited:

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,381
Reaction score
3,207
Points
201
high risk, tapi kita boleh belajar dari kesilapan menteri jika kne second wave. Nasihat pakar mana dia pakai ?
klo dia rse dia boleh cover first wave hari tu..

kne next wave, jangan harap semenanjung nak tolong cover..

sbb di semenanjung pun dh koyak..
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,909
Reaction score
643
Points
81
dah lupa kes PRN sabah ke??
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,843
Reaction score
1,865
Points
201
Awal lagi aku da ckp.. sejak jan awal tahun Selangor kene balik pkp.. tempat lain da syok2 mcm biasa selangor baru nak pulih dec.. sabah sarawak tak ya swap bile dtg semenanjung... Dec open.. jan selangor tutup balik pkp.. Ulang skrip sama... Pkp skrg ni.
 

ahimsa99

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2013
Messages
979
Reaction score
46
Points
30
sabah sedia kena blam sekali lagi kalau kes semakin naik..
 

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,568
Reaction score
76
Points
40
tahniah orang sabah dapat sambut raya 3 hari.jaga SOP
 

g-man

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
5,007
Reaction score
722
Points
121
Ok tunggu lagi 13 hari..kita tengok apa kesan ziarah raya di Sabah...boleh wat research ni hehehe...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register