Keputusan Akhir Majlis Fatwa Kebangsaan : YOGA HARAM!!!

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
Umat Islam diharam amalkan yoga

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.



p/s : yang mana masih mengamalkan tu, silalah tinggalkannya...
 
Sponsored Post

samyu

Fun Poster
Joined
Apr 14, 2008
Messages
199
Reaction score
0
Points
10
umat islam mestilah sensitf dgn apa saja isu yg melibatkan kepentingan agama/ akidah
 

wanlie

Banned
Joined
Apr 17, 2008
Messages
258
Reaction score
0
Points
10
umat islam mestilah sensitf dgn apa saja isu yg melibatkan kepentingan agama/ akidah
betul, kita mesti jadi amat-amat sensitif dan peka kepada perkara sebegini
 

ajax932

Super Active Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
7,694
Reaction score
41
Points
75
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan".

Aku dengar penyataan ni dah dari 3 tahun lepas, dari seorang teman beragama Hindu, yg mana antara hobi masa lapang dia adalah mengkaji dan memahami agama2 di dunia ni.

Sejak dari itu aku dah terdetik, Yoga ni bahaya dan boleh mengakibatkan penyelewengan akidah. Alhamdulillah sekarang Majlis Fatwa telah mengambil langkah pencegahan.
 

rissa

Super Active Member
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
they should have brought this matter long ago.
well, setelah difatwakan whereas it's against our roots, then avoid it immediately then ya :)

p.s solat pun is a for m of exersice aits? Ditto!
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
byk lg senaman yg lebey baik dr yoga ni wujud....
gi jer try yg lain2....
:)
 
E

En.Hafiz

Guest
Yoga tu sembahyang india = exercise
Solat tu sembahyang orang Islam pun Exercise gak, tapi naper x ramai org buat yer?
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
Yoga tu sembahyang india = exercise
Solat tu sembahyang orang Islam pun Exercise gak, tapi naper x ramai org buat yer?
yoga trend kini..
so diorg buat yoga sbb follow trend..
solat tu bkn trend terkini diorg exercise kot..
(bahaya klu tlalu ikut trend ni..):-?
 

mdshamz

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,394
Reaction score
24
Points
25
Isnin November 24, 2008
Pengarah JAIP tarik balik kenyataan pengharaman yoga

IPOH: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury hari ini berkata fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ianya diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama hari ini bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apaapa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Akhbar The Star hari ini menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.

Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsurunsur keagamaan, mantera dan pemujaan.

Pengerusi majlis itu, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dilaporkan berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam. BERNAMA

Isnin November 24, 2008
Keputusan fatwa: Rujuk Majlis Raja-raja, titah Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum diumum.

Menurut baginda ia adalah bagi memastikan supaya kaedah menyalurkan sesuatu keputusan fatwa itu dapat dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini, berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam, Sultan Selangor menjelaskan bahawa keputusan itu belum berkuatkuasa di Selangor kerana perkara itu belum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, akan bersidang membincangkan perkara itu dengan lebih mendalam berkenaan aktiviti senaman yoga di Selangor, dan selepas keputusan muktamad dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, ianya akan disembahkan untuk perkenan baginda.

Ini selaras dengan prosedur yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berkaitan dengan menerima pakai sesuatu keputusan fatwa. BERNAMA
yg neh lagu mano pulok ek??suma mcm takde sepakat jee
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
129
Points
73
yg neh lagu mano pulok ek??suma mcm takde sepakat jee
bkn takder sepakat, yang kat selangor dan perak tu, sebab blum diputuskan diperingakt negeri.

setiap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, perlu disahkan diperingkat negeri masing-masing, oleh Jawatankuasa fatwa peringkat negeri untuk diterima pakai. kebiasaannya, diaorg terima, cuma protokol.

sama mcm arahan naik gaji/bonus ect oleh kerajaan persekutuan, perlu dibentang dan dipersetujui untuk diterima pakai oleh semua SUK, PBT dan jabatan2 lain.. baru boleh bayar atau dilaksanakan.

senang ceritanya, birokrasi... tu yang Mufti Perlis dok hangin tu... yang mudah disusahkan, yang susah disenangkan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register