Kepentingan tajwid bacaan

CG Sponsors




king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Ilmu tajwid adalah ilmu yang sangat penting yang berkaitan antara hamba dan penciptanya. Kerana seorang hamba dituntut untuk untuk membaca Al-Fatihah dan beberapa surat lain dalam setiap solat, yang ilmu tajwid ini merupakan salah satu upaya untuk mendapatkan pahala yang besar di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.

Namun masih banyak masyarakat yang belum mengetahui pentingnya ilmu tajwid ini. Padahal, membaca Al-Quran dengan perlahan dan tenang serta memahami hukum tajwid dengan benar, baik memanjangkan bacaan panjang, mengucapkan dengan dengung, merupakan sebagus-bagus bacaan, sebagaimana perintah Allah dalam Al-Quran surah Al-Muzammil ayat ke-4 :
“DAN BACALAH AL-QURAN ITU SECARA TARTIL.”

Dan yang sangat kita kesalkan adalah ketika kita dapati para imam rawatib yang masih banyak kesalahan dalam membacanya. Terutama ketika membaca Al-Fatihah, di mana hal ini dapat merubah erti dan maknanya (sehingga boleh membatalkan solatnya). Padahal, Al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat. Hal ini menunjukkan bahwa masih jauhnya mereka dari ilmu.

Maka saya nasihatkan kepada saya sendiri dan kaum muslimin untuk kembali menuntut ilmu agama mereka, yang diambil dari Al-Quran dan As-Sunnah, baik dalam permasalahan aqidah, ibadah, muamalah, tajwid, dan yang lainnya. Agar sentiasa kukuh pada aqidah yang benar, serta berupaya untuk menyelamatkan diri kita di dunia dan di akhirat. Amin....

Ada pendapat yang mengatakan bahawa tajwid itu tidak penting, maka rujuklah kembali kepada mana-mana guru dan ulama' muktabar perihal tajwid ini. Jika tak tahu, bertanyalah pada mereka yang tahu. Jangan main-main dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran hatta ayat paling pendek sekalipun.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu penting tak kiralah anda ni sampai tahap professor sekalipun, kerana ilmu mengenal Allah itu luas dan tidak akan habis kita mendalaminya.

Wallahu'alam betulkan saya jikalau salah......
 
Sponsored Post

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
tajwid mmg penting :D:D:D


syarat sah solat al-Fatihah tu :)cgrock



better talaqqi dgn guru2 baru leh check & betulkan mana yg salah :D:D:D
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Tu pun ada pihak yang mempertikaikan tajwid ni, depa kata tajwid ni tak penting sebab Al-Quran turunnya tak bertanda.

Jibril AS sampaikan wahyu Allah pada Nabi SAW melalui bacaan/lafaz/literal dan maknanya Rasulullah SAW ambil bacaan direct dari Jibril, jadi penuh dengan tertib dan tajwid bacaan.

Apalah ertinya kita baca Al-Quran tanpa tertib dan tajwid yang betul jika bacaan kita tu langsung tak ada makna. Malah, kalau kita nak bercakap dengan orang-orang atasan pun kita cakap dengan lembut dan penuh bahasa, inikan pulak kalau kita nak 'bercakap' dengan Allah melalui solat dan pembacaan Al-Quran.

Wallahu'alam......
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Tu pun ada pihak yang mempertikaikan tajwid ni, depa kata tajwid ni tak penting sebab Al-Quran turunnya tak bertanda.

Jibril AS sampaikan wahyu Allah pada Nabi SAW melalui bacaan/lafaz/literal dan maknanya Rasulullah SAW ambil bacaan direct dari Jibril, jadi penuh dengan tertib dan tajwid bacaan.

Apalah ertinya kita baca Al-Quran tanpa tertib dan tajwid yang betul jika bacaan kita tu langsung tak ada makna. Malah, kalau kita nak bercakap dengan orang-orang atasan pun kita cakap dengan lembut dan penuh bahasa, inikan pulak kalau kita nak 'bercakap' dengan Allah melalui solat dan pembacaan Al-Quran.

Wallahu'alam......
maaf nak bagi pendapat jugak. Ayat-ayat Al-Quran juga dulunya turun tak bertulis. Depa dulu menghafal ayat-ayat ALLAH.

Alhmadulillah syukur ada sahabat CG kita yang sudah pun menghafal 30 Juz Al-Quran :) Moga dirahmati oleh ALLAH :)

Jom kita teruskan menuntut ilmu ALLAH :)

:)cgrock
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
da tahu kita ada kekurangan....kita perlu belajar...dengar..dengar lagi...dan kita terus mencari dan belajar

Jangan sesekali kita ada sifat suka mencari kekurangan orang dan sifat tawar diri nak mengajar orang...

Jika rasa diri serba lengkap dan serba cukup duniawi dan ukrawi,perlu ada sifat tawdhuk dengan apa yg kita miliki....
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Ya betul tu tuan nuar, tajwid ni kita kena berguru direct dengan orang yang lebih alim dan mengetahui, tak boleh melalui online atau pembacaan semata-mata.

Sebabnya, makhraj huruf dan lajnah tu harus ada orang yang menilainya (orang yang lebih arif dari kita) supaya kena maknanya dan lebih tepat bacaannya.

Jadi, saya rasa tak salah jika ada siapa-siapa yang sudi hendak menilai bacaan kita, mana lah tahu selama hari ni kita sangka kita baca dalam keadaan yang betul, padahal salah......wallahu'alam.....
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
da tahu kita ada kekurangan....kita perlu belajar...dengar..dengar lagi...dan kita terus mencari dan belajar

Jangan sesekali kita ada sifat suka mencari kekurangan orang
dan sifat tawar diri nak mengajar orang...

Jika rasa diri serba lengkap dan serba cukup duniawi dan ukrawi,perlu ada sifat tawdhuk dengan apa yg kita miliki....

Saya sokong!!! :)

moga kita dijauhkan dari sifat mengaibkan orang lain. ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya....

:)
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
kalau orang buta...pekak dan bisu nak baca al-quran cemana erkk?.....:-?....
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
kalau orang buta...pekak dan bisu nak baca al-quran cemana erkk?.....:-?....
tuan tanya soalan ni, sama seperti soalan bagaimana orang kudung kaki atau tangan, pekak dan bisu solat :">
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
yup, dalam Qiraat, yang penting ialah 2 aspek, iaitu Tajwid dan Makhraj. ia bagaikan irama dan lagu...

ajarlah anak-anak kita membaca al-Quran sejak kecil, bukan mengajar menyanyi lagu Tom Tom Bak...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register