BTC USD 57,598.8 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepentingan pendidikan seks untuk remaja

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
DUNIA hari ini sedang berhadapan masalah seks yang tidak dapat dielakkan. Masalah itu turut melanda remaja di negara ini. Saban hari, pasti ada kes membabitkan jenayah seks.

Masalah itu menyebabkan gejala seks bebas, kehamilan, pengguguran dan kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, jangkitan penyakit kelamin, HIV atau Aids dan keganasan seks di kalangan remaja tidak lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat.

Sebenarnya, masalah terbabit mengheret manusia jauh daripada peradaban dan agama.

Laporan Kesihatan Seksualiti dan Reproduktif Remaja pada 2003 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menggambarkan sejauh mana seriusnya gejala seks di kalangan remaja di negara ini.

Merujuk kepada kes rogol, 63 peratus mangsa adalah golongan remaja dan 9.4 peratus daripada jumlah pemangsa juga remaja.


Sementara bagi kes pelacuran membabitkan remaja pula, sebahagian besar pelacur terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun.

Tidak kurang juga pembabitan remaja berusia 12 hingga 14 tahun iaitu 13.1 peratus.

Kes zina pula membabitkan individu pada peringkat awal iaitu sekitar usia 10 tahun.

Maklumat yang didedahkan itu hanya sebilangan kecil daripada apa yang sebenarnya berlaku dalam negara ini.

Apa yang didedahkan itu memberi gambaran betapa parah dan goyahnya nilai agama, moral dan akhlak generasi hari ini. Namun, masyarakat masih mampu dan berupaya menangani dugaan itu, termasuk mengambil tindakan tertentu seperti didikan agama dan akhlak.

Memetik laporan Bernama, menurut Dr Ismail Thamby, remaja yang aktif melakukan hubungan seks bebas terdedah kepada risiko menghadapi masalah kesuburan apabila berkahwin.

Beliau berkata, biasanya kegagalan organ pembiakan berpunca daripada jangkitan kuman, kulat dan virus akibat hubungan seksual yang tidak bersih dan berbilang pasangan.

Menurutnya, banyak pasangan yang gagal mendapat zuriat menemuinya dan apabila diperiksa ada di kalangan mereka dijangkiti kuman dan virus akibat hubungan seksual bebas yang kerap sebelum berkahwin.

Ada juga pasangan yang kecewa apabila mendapat tahu pasangan hidup mereka pernah terjebak dalam hubungan tidak sihat itu.

Oleh itu, ibu bapa dan setiap ahli masyarakat mestilah prihatin terhadap anak remaja mereka mengenai kepentingan pendidikan seks untuk generasi muda hari ini.

Pendidikan seks yang betul dapat membantu anak lebih bersedia menghadapi saat menjelang akil baligh.

Dedahkan mereka dengan perubahan yang berlaku dalam diri, perkembangan dan kepentingan memelihara kebersihan serta kesucian alat kelamin.

Seperti diketahui umum, tujuan pendidikan seks adalah bagi membentuk generasi yang memiliki kehormatan diri dan mampu mengendalikan diri daripada penyimpangan seksual.

Peranan itu dapat dilakukan ibu bapa, guru, media dan badan lain dalam masyarakat.

Dalam Islam, tujuan pendidikan seks untuk mencegah penyimpangan seksual.

Selain itu, ia juga memberi maklumat kepada anak bagi memahami diri dan perubahan yang dialami dengan mengawal dorongan seks yang tidak terarah.

Terdapat beberapa perkara tidak sesuai diajar kepada anak yang baru mencapai mumaiyiz yang dikhuatiri boleh menyebabkan risiko jiwa kerana emosi mereka belum matang.

Ajarkanlah perkara asas yang digariskan dalam Islam.

Didiklah anak mengenai zina iaitu perbuatan tidak bermoral, baik dari segi agama mahupun etika kemasyarakatan.

Konsep pendidikan seks menurut Islam dilengkapi pengetahuan secara teori, hukum fikah dalam pelbagai aspek yang diterangkan dalam al-Quran.

Pendidikan seks bagi anak Muslim mesti bersandarkan ajaran agama iaitu menekankan aspek kemuliaan, kehormatan dan kesucian manusia serta batasan aurat.

Ia dilakukan secara bersepadu antara kaedah dan hukum secara kesinambungan.

Pendidikan seks juga perlu disampaikan secara jelas dan tidak berselindung bagi mengelakkan salah tafsiran, andaian dan pemahaman serta perkara berkaitan dengannya.

Ia mestilah juga dibuat secara berperingkat mengikut tahap, kesesuaian usia, dari peringkat kanak-kanak hingga remaja.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Apabila riba dan zina sudah berleluasa di sesuatu tempat, maka mereka menghalalkan diri mereka untuk mendapat seksaan Allah.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Ya’la)

Nabi juga bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berzina atau minum arak, nescaya Allah mencabut imannya seperti seseorang yang menanggalkan bajunya dari bahagian kepala.” (Riwayat al-Hakim)

masalahnya depa bukan belajar untuk kebaikan tetapi untuk testing sesama depa...kadang2 cikgu pun join sekali...ajak buat praktikal

~X(~X(~X(
 

CG Sponsors




Top
Log in Register