BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala Lori ‘Hilang’ Di Jalan Duta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
23.11.2024 - Pengguna jalan raya dikejutkan dengan insiden mencemaskan apabila badan sebuah treler terpisah daripada kepala treler semasa melalui Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur beberapa hari lepas. Menerusi sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) di Facebook, treler itu dilihat berada di lorong paling kiri ketika kejadian berlaku. Selepas melintasi sebuah lori putih, bahagian badan treler secara tiba-tiba dilihat bergerak ke arah kanan dengan sendirinya dan hampir menghimpit lori putih tersebut. Walaupun nyaris dilanggar, lori putih itu meneruskan perjalanan seperti biasa, manakala kepala treler pula berhenti di tengah jalan raya. Insiden ini mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, rata-rata mempersoalkan tahap penyelenggaraan kenderaan berat yang digunakan di lebuh raya bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

“Jarang cabut kepala kot. Sekali dah rosak ‘turn table’ tu, memang lah akan tercabut tengah jalan,” ujar Mohd. Azaim.
“Pemandu tak kunci ‘turn table’ betul-betul ke?,” tanya Mizan.
“Makin banyak kejadian ekor treler tercabut. Macam mana lah tu. ‘Swiss lock’ tak check ke?,” tulis Zai.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register