Kepala anak biri-biri mirip manusia

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

GAMBAR yang menjadi perbincangan di Internet menunjukkan seekor biri-biri memiliki wajah seperti manusia.

IZMIR - Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.

Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

"Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.

"Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.

Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.

Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.

Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.

Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. - Agensi
 
Sponsored Post

acan

Banned
Joined
May 31, 2009
Messages
19,661
Reaction score
15
Points
120
huh..pulak dah..mkin pelik..
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
sape plak yg gi tabuh benih kat tempat x spatutnye nih...
 

pokcak

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
9,664
Reaction score
95
Points
80
Seram aku tengok kejadian ni. hati aku duk pk manusia wat sex dengan biri2. aduhaiiiiiiii!!!!
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Hishhhh....giler tolll!!!
Ni la kali pertamaa aku tgk hasilnye...
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Ini manusia punya keje ke dan nak buat kajian jika buat dgn biri2 jd apa. Aduh.....gila betul laaa
 

azriff

Permanently Banned - , Multiple Accounts Cytokines
Joined
Jul 31, 2008
Messages
4,789
Reaction score
473
Points
46
kalau ikut biologi memang mustahil kalau organisma dari genus atau spesies yang lain ni nak saling membiak.. memang tak compatible sperm and ovum tu.. kalau sama genus memang boleh sesangat macam harimau (pantera tigris) and singa (pantera leo) = (Liger - memang dah adapun).. Tapi yelakan dah akhir zaman ni apa2pun leh jadi.......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register