Kepala adik disangka buah kelapa terapung

CG Sponsors




kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Pelajar 12 tahun lemas selepas mandi di Pantai Teluk Ketapang

KUALA TERENGGANU: "Pada mulanya, saya menyangka objek bulat itu adalah buah kelapa yang terapung. Namun, selepas diamati dan didekati, ia sebenarnya mayat adik bongsu kesayangan," kata abang sulung Allahyarham Muhammad Fadzwan Jamaluddin, 12, yang ditemui lemas selepas mandi di Pantai Teluk Ketapang di Telaga Daing, Seberang Takir di sini, petang kelmarin.

Fadli Aizudin, 27, berkata, beliau terlihat objek bulat seperti buah kelapa tetapi tidak mengendahkannya ketika menyertai gerakan mencari Muhammad Fadzwan bersama penduduk kampung, anggota polis, anggota bomba serta Jabatan Pertahanan Awam di pantai itu, awal pagi semalam.
“Dalam keadaan masih gelap pada awal pagi, ada penduduk kampung memberitahu saya ada objek kemungkinan mayat Muhammad Fadzwan ditemui di kawasan pantai itu. Dalam keadaan samar, saya melihat objek itu namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia adalah buah kelapa. Malah, petugas gerakan mencari juga menyatakan ia buah kelapa.

“Namun, selepas objek itu didekati sekali lagi kira-kira jam 10.30 pagi, saya sedar ia adalah mayat adik saya,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan tragedi menimpa adiknya itu, petang kelmarin.

Fadli berkata, mayat Muhammad Fadzwan ditemui hanya beberapa meter dari lokasi orang ramai memancing.

Berikutan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal jika orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak membantu adiknya yang ketika itu mungkin terkapai-kapai meminta tolong sebelum lemas dan dihanyutkan arus.
Sementara itu, ibu mangsa, Kertini Osman, 53, berkata, sebelum kejadian Muhammad Fadzwan ada memberitahu, dia dan beberapa rakan ingin menghadiri kenduri di kawasan berhampiran, kira-kira jam 3 petang.

“Kira-kira jam 4.30 petang selepas solat Asar, saya menghubungi telefon bimbitnya dan dia memberitahu sedang bermain bola bersama kawan-kawan. Saya pun tidak syak apa-apa kerana selalunya dia bermain bola di padang Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, tetapi rupa-rupanya dia bermain di tepi pantai itu.

“Tidak lama kemudian saya menerima panggilan telefon yang memberitahu Muhammad Fadzwan lemas. Hanya Allah SWT yang tahu betapa sayu dan sedihnya hati saya kehilangan anak ketika umat Islam lain menyambut Aidiladha,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Kertini berkata, Muhammad Fadzwan adalah seorang anak yang sangat manja dan rapat dengan semua anggota keluarga.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari mayat anaknya, Kertini berkata, arwah memperoleh 2A dan 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

“Dia juga berazam belajar bersungguh-sungguh dan menjadi lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Samsudin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat Muhammad Fadzwan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kepalaadikdisangkabuahkelapaterapung/Article
 
Sponsored Post

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
Innalillahi wainna ilahi rajiun... takziah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register