BTC USD 38,002.2 Gold USD 1,805.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepada Pemilik Motosikal MZ....

g_kan

Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
2,279
Reaction score
180
Points
33
Ada tak di antara korang yang pakai motor2 jenama MZ cam skuter nyamuk (Moskito), Mantizz, Perintis etc.? Kalau ada, korang jagalah motor korang elok2, sebab kalau motor korang tu jahanam, korang takkan dapat lagi gantikan dengan motor yang sejibik macam motor korang tu... sebab apa?

Aku terbaca berita sedih ni kat majalah Roda-roda bulan 12 yang baru aku beli semalam, dan dalam kolum pengarang tu dier sebut pasal penutupan MZ Motorrad bukan setakat kat Mesia tapi gak kat Jerman secara rasmi pada 31 Disember 2008 lepas kerajaan wilayah Saxony (wilayah kat mana kilang utama dier terletak) amik keputusan untuk hentikan subsidi untuk jenama MZ ni laa.

Sejarah MZ memang panjang. Zaman dulu, MZ pernah jadik syarikat motor terbesar di dunia pada awal abad ke-20 lepas motor MZ RT125 (1939-1962) jadik motor yang paling laris dijual di dunia time tu, dan gak jadik motor yang paling banyak ditiru sebab motor tu la yang membentuk standard kepada motor naked ataupun street bike yang ada sekarang. Time tu motor MZ RT125 pakai enjin 2-stroke, tapi dier nyer 2nd generation model (1992) lak pakai enjin 4-stroke.

Lepas Jerman kalah Perang Dunia Kedua, wilayah2 dier berpecah kepada 2 iaitu Jerman Barat (demokrasi) dan Jerman Timur (komunis). Memandangkan kilang MZ tu terletak kat belah timur, kilang tu pun diambil alih oleh pemerintah Jerman Timur dan diberi protection giler2 oleh kerajaan. Oleh sebab negara2 komunis ni buat dasar tutup pintu terhadap negara2 demokrasi, diorang cuma guna produk dari negara2 komunis jer, dan pasaran MZ time tu terhad kat negara2 komunis jer. Tapi yang bestnyer pada diorang ialah demand untuk motor sentiasa jer ada sebab jadik milik negara.

Lepas Jerman bersatu semula tahun 1990, MZ dijadikan syarikat awam pada tahun 1991, dan pada tahun 1996 Hong Leong beli MZ. Encik Ron Lim dari Hong Leong Yamaha diberi kepercayaan untuk mengetuai operasi membeli MZ. Lepas MZ dibeli oleh Hong Leong, MZ memulakan projek superbike pertama (dan satu2nya) iaitu MZ 1000S. Dalam masa yang sama, Hong Leong membawak jenama MZ kat Mesia dan kuarkan model2 kapcai cam Perintis, Mantizz dan skuter Moskito. Skuter nyamuk tu still bleh carik kat Jerman, tapi model2 kapcai lak cuma ada kat Mesia jer. MZ siap masuk Cub Prix lagi untuk memperkenalkan model diorang dan gak untuk test power laa. Time tu, MZ Motorrad Malaysia buat promo giler2 termasuklah buat macam2 program cam konvoi ataupun program lepak kat kedai2 makan sambil promo model diorang.

Tapi zaman malap MZ bermula bila Encik Ron Lim bersara, dan takder pengganti berkaliber untuk menggantikan dier untuk mengepalai MZ. MZ kat Jerman lak berdepan dgn masalah nak bersaing dgn pengeluar motor lain yang lebih besar kat Jerman dan gak lambakan motor2 China kat Eropah. So akibatnya, MZ tutup terus kilang kat Mesia tanpa diketahui sesaper, dan kilang kat Jerman lak bakal ditutup pada 31 Disember 2008 ni laa. Ia memang ironi, sebab time zaman minyak mahal (walaupun harga minyak dah turun) ni sepatutnya demand keter turun giler2 dan demand motor lak naik giler2.

So pengajaran yang patut kita dapat dgn peristiwa sedih ni ialah betapa pentingnya protection kerajaan, tapi kenalah berpada2 untuk bersaing dgn jenama lain. Usaha Hong Leong patut dipuji sebab diorang cuba pelihara jenama MZ lepas dibeli, tapi malangnya tak dapat gak bertahan lama disebabkan keadaan ekonomi dunia sekarang. Dulu time zaman Mahaleel lak Proton pernah gak beli MV Agusta, satu lagi jenama bersejarah yang dikenali sebab menapau hampir setiap kejuaraan tahunan kategori 500cc sebelum dibenam habis2an oleh motor2 Jepun, tapi Mahaleel takder niat pun nak pulihkan balik MV Agusta tu, setakat beli untuk amik kemahiran design dier jer. Sebab tu la time Syed Zainal Abidin baru2 naik jer dier jual MV Agusta sejumlah 1 euro jer. Lagi satu, bila kita dah beli, jenama tu sepatutnya diangkat sama jadik jenama nasional gak laa walaupun asal-usul jenama tu bukan dari Mesia. Macam Proton beli Lotus, kerajaan sepatutnya amik kesempatan guna Lotus Elise jadik keter polis untuk menghambat pelumba haram ataupun penjenayah laa.

Sekarang ni bila MZ dah nak berkubur, ada persoalan yang kena diselesaikan - camaner dgn nasib pemilik motor2 MZ kat Mesia? Kat mana lagi nak carik spare part utk motor2 tu...? Kalau trade-in nanti ada harga tak...? So jagalah motor korang bebaik sebagai bahan peninggalan sejarah pada masa akan datang.
 
Sponsored Post

lavazoca

Junior Member
Joined
Nov 13, 2008
Messages
88
Reaction score
1
Points
11
aku pakai motor RG ok jer
lagi plak dh xder stok lagi
nanti aku nk framekan motor aku
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
aku pakai motor RG ok jer
lagi plak dh xder stok lagi
nanti aku nk framekan motor aku

suzuki RG250...motor zaman aku sekolah tu...#:-S
 

arulgit

Active Member
Joined
Jan 6, 2007
Messages
2,061
Reaction score
13
Points
25
wah..suzuki rg250 pon ade ke?setau aku 110 je yg aku tau..
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
naya la sapa yg baru beli superbike MZ nih.design cun tu.lampu depan mcm Lambo Muciellago
 

g_kan

Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
2,279
Reaction score
180
Points
33
ok la tu... RG tu moto memeng gah jenamanya di dunia
Tp MZ ni xlah sehebat mana pun....
Sebab aku salah seorang pemilik moto nie....
aku pakai scrambler MZ 125 tu...
huaaa...skrang pun nak cari spare part pun payah
nak jual pun xda rega....
 

Dobit127

Active+ Member
Joined
Oct 29, 2007
Messages
2,882
Reaction score
86
Points
45
nak jual.. dah x jual dah...

nak pakai terus... maintainance tinggi..spare part payah dapat...


apa pilihan anda.....(kot nak buat poll pulak)
 

shadow

Active Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
2,200
Reaction score
2
Points
25
leceh la moto jenama xfames kt malaysia nie.
mcm2prob nanti.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register