Kento Momota cedera nahas van di Lebuhraya MEX

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


KEADAAN van yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto ihsan bomba



KEADAAN van yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Pemandu van maut manakala empat yang lain termasuk pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), di sini, jam 4.57 pagi tadi.

Ketika kejadian, Momota yang baru memenangi Masters Malaysia semalam, menaiki van terbabit bersama tiga lagi pegawai badminton.

Mereka ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.

“Kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Lebuhraya Mex menghala ke Putrajaya. Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan,” kata jurucakap bomba ketika dihubungi.

Difahamkan, pemandu van, seorang lelaki rakyat tempatan tersepit di tempat duduk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, van membawa pemain badminton itu dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang apabila melanggar belakang lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Momota merangkul gelaran juara Masters Malaysia selepas menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen 24-22, 21-11 dalam aksi final di Arena Axiata Bukit Jalil.


 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,679
Reaction score
962
Points
161
laju kot van ni....
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,328
Reaction score
141
Points
73
aduh trauma momota..baru je lepas game kan tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu dengan ketua jurulatih badminton kebangsaan Jepun, Park Joo-bong di unit kecemasan Hospital Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Momota, 3 lagi mangsa kemalangan kini stabil


PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan tiga lagi mangsa yang bersama Momota dalam kejadian itu turut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, tiga mangsa itu ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata Momota disahkan patah tulang hidung dan mengalami kecederaan lain di bahagian muka akibat nahas berkenaan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya

Beliau dan tiga yg lain terlibat dalam kemalangan di MEX, awal pagi tadi

Semua mangsa mengalami sakit belakang dan akan jalani pemeriksaan lanjut
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,253
Reaction score
75
Points
80
next time ke escort ni...menjaga keselamatan pemain dunia dan nama baik negara
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


PEMAIN badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota. - Foto Eizairi Shamsudin

Momota patah tulang hidung, kecederaan lain di muka - Polis


KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, disahkan patah tulang hidung dan mengalami kecederaan lain di bahagian muka akibat kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Ismadi Borhan, berkata Momota bersama tiga lagi mangsa yang cedera dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan tiga lagi mangsa terbabit ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.

Menjelaskan lanjut, Ismadi berkata, Momota luka di bahagian bibir dan menerima jahitan, manakala Akifumi mengalami patah tangan.

“Yu pula hanya luka di bahagian muka dan kaki kanan, sementara Thomas luka di bahagian kepala, kaki kanan serta peha,” katanya.

Ismadi berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari ibu kota.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,457
Reaction score
480
Points
81
Malang x berbau..

Secekap mana pun ko memandu dgn pengalaman berpuluh tahun, kesilapan kecil membawa padah.. Terlelap ke, tercuai hilang fokus kejap ke...

Bawa je slow2 range 70-80kmh. Apa nak laju2.. Lantak la keta belakang duk cucuk.. Terajang kepala dia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register